YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday 30 November 2012

sweet couple =)

assalamualaikum.

he.he.he.
hari ni aku nak tulis lagi dekat sini. boring x ada kelas sampai hari isnin. =D =.=' TT.TT

minggu lepas, aku pergi alamanda. sementara tunggu adik2 dan abah di toys r us, mama di parkson, aku duduk diam2 dekat depan tempat permainan kanak2 dekat depan entrance parkson sambil teman nuha, adik sedara aku main2 dekat situ. walaupun dekat taman permainan tu tak ramai kanak2, tapi aku kira ada ramai orang dekat situ sebab hampir semua kerusi yang ada dekat situ penuh orang duduk. hampir sepuluh minit aku duduk dekat situ, rasa bosan mula datang. rugi pulak tak ikut mama masuk parkson. mata aku pun melilau tengok sana sini. ada yang tengah bersembang. ada yang khusyuk belek handphone, ada yang tengah minum air, macam2 lah gelagat manusia dekat situ. aku jeling orang yang duduk selang sebelah kerusi aku. ada couple yang tengah borak2. pasal apa tu aku x pasti. tapi perempuan tu asyik senyum je. aku toleh belah kiri aku pulak. selang dua kerusi dari tempat aku duduk, ada satu lagi couple. pakwenya tengah betulkan jam aweknya. alahai sweet nye haaa... aku pusing tengok orang yang duduk dekat belakang aku pulak. ada seorang pakcik tengah tolong isterinya pakaikan kasut anaknya. comel. aisy...apa pasal keliling aku semua orang tengah berkasih sayang ni. aku angkat kepala. tengok dekat dalam old town. ada dua tiga couple tengah meluangkan masa berkualiti bersama2. haihh..bila la turn aku pulak. tak tahan duduk situ lama2, aku angkat kaki. pergi toys r us tengok adik2 aku tengah bersuka suki menghabiskan duit dekat situ.


tadi, aku pergi mid valley. dengan member aku. dalam bas, agak ramai orang. semua tempat duduk penuh. aku nampak ada seorang laki ni berdiri. dia kasi awek dia duduk dekat satu kerusi kosong sebelah dia. tak lama lepas tu, bas berhenti. ramai yang turun. ada lebih kurang 3-4 kerusi kosong dekat bahagian belakang bas. tapi lelaki tadi tak bergerak untuk duduk dekat kerusi kosong tu pun. tetap berdiri dekat depan awek dia. sweet. sampai mid valley. jam baru pukul 10.45 pagi. padanlah tak ramai orang lagi. lalu depan baskin robin. aku nampak mesra betul satu couple cina ni. makan aiskerim pun suap2kan. siap kongsi2 sudu lagi. comel je aku tengok. semoga mereka bahagia. aku jalan lagi. sambil jalan, mata aku melilau sana sini. weyh... apa ni... aku nampak boleh kata semua yang ada dekat keliling aku waktu tu semua nya jalan dengan pasangan masing2. aku tengok sebelah aku. member aku. key *bukan nama sebenar. "weyh...aku pun nak couple jugak la weyh... sweet sangat aku tengok couple2 hari ni. hari ni hari couple sedunia ke?" key setuju. dia pun rasa macam nak couple jugak. dalam hati, rasa macam..ohhhhh~~wuuwwuuuu~~waaaaaa~~~

satu setengah jam lepas. aku online facebook. tengok mama tengah online. he.he.he. aku nak try mintak izin lah.


mama, td raihan pg mid valley..
sweet plak tgk org ade pakwe.
raihan nak couple jgak blh x?
hehehehe

ish eh x yah lah..blajar dulu. klu ada pun x leh kluar skali.x elok.



ok. cubaan aku tak berjaya. mama said no untuk aku couple. tapi yes untuk kawen(ops).well... aku teringat pasal satu talk yang pernah aku pergi tak lama dulu. sebelum bulan ramadhan yang lepas tak silap aku. tajuk dia, jigsaw of love. salah seorang ustaz yang bagi talk malam tu, ustaz nizam abdul kadir. dalam talk tu, semua cakap pasal love... dan tajuk couple tu wajib lah masuk senarai kannn... ustaz nizam kata. couple tu asalnya tak haram. harus asalnya. couple tu macam cop. booking. dia aku punya. kau jangan kacau. macam tu. tapi, bila couple tu ditafsirkan mengikut fahaman anak2 zaman sekarang, couple tu jadi haram. bila si lelaki bawa si perempuan keluar berdua2 di tempat sunyi, bila si lelaki pegang2 tangan si perempuan. bila si perempuan cubit2 tangan si lelaki, bila itu dan ini semuanya dibuat mengikut nafsu. couple tu tak membawa makna : ok, sekarang saya awak punya... boleh la pegang2 tangan, cubit2 pipi, tarik2 hidung bawak pergi sana sini. no, no, no..... kalau kau nak buat macam tu dekat awek kau, kau kawen dulu dengan dia. jangan nak mengada2. aku teringat satu ayat yang aku pernah baca satu masa dulu.
dari aku pegang anak dara orang, baik aku pegang babi. pegang babi, boleh samak. pegang anak dara orang, daftar nama aku untuk membership neraka hell. 
ayat ni tepat dan padat. yes. memang aku kata, bila lelaki betulkan jam tangan perempuan tu sweet, makan aiskerim suap2 tu comel, tapi sweet apa nya kalau dapat dosa. ye lah... sweet la kot namanya kalau masuk neraka sama2. you jump, i jump. erk.

seriously, semua tu sweet sangat kalau perempuan dengan lelaki tu dah kawin. lagi sweet kalau lelaki dengan perempuan tu dah 30 tahun kawen, tapi sweet dia macam tu punya manis. pasal 30 tahun kawen, aku teringat satu benda.



beberapa minggu lepas, dekat mid valley(again) aku nampak ada couple omputeh ni sweet sangat. jalan pegang2 tangan, lelaki tolong pilihkan kasut untuk perempuan. siap tolong pakaikan kasut tu dekat kaki perempuan tu lagi! makan kongsi2, lelaki tu panggil perempuan tu sweetheart. perempuan tu suka lentokkan kepala dia dekat bahu lelaki tu. lelaki tu tarik2 hidung perempuan tu. pilih buku, baca sama2. (aku x follow mat saleh ni sampai habis, x sempat.=P) sweet kan. guess what? yang dok sweet2 macam ni punya cute, diorang dah berumur dalam 40-45 tahun kott... dah umur macam tu pun sweet dia macam newlywed lagi.


nahhh.... serious aku kata, kalau orang melayu pun macam tu, aku yakin masa tua tu antara sesuatu yang sangat dinanti2 kan. sebab masa tu, kau dah tak payah nak fikir pasal benda lain. macam kerja, duit, belajar,  dll, yang ada masa tu, masa untuk kau dengan dia je... macam selalu orang2 couple kata,

i want to grow old with you
betul kan, bila aku kata kau sweet, cute , romantik dengan pasangan kau bila dah kawen jauh lebih sweet dari bila kau manja2 dengan pakwe kau yang belum tentu lagi akan grow old dengan kau. bagi aku, it's ok kalau kau nak couple. cuma jangan nak act macam orang dah kawen. syurga awak bawah tapak kaki mak lagi. ok?



will write again soon, bye bloggy^^
*minta ampun kalau ada yang terasa. kalau saya salah, mohon ditegur dengan baik =)

3 comments:

  1. Tu la, slalunye org lyar yg sweet tue2 ni... org melayu ni, sush la nk jmpe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab macam dah jadi budaya dan mind set orang melayu. time tua2 = no sweet2 thing

      Delete