YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 27 November 2012

please be strong...

assalamualaikum.

setelah lama ketandusan idea, hari ni aku rasa terpanggil untuk menconteng lagi.

aku ter-baca (ter = tak sengaja)  blog member aku. entry dia kali ni buat aku rasa bimbang, kesian, risau...ermm..aku pun tak pasti apa yang aku rasa, tapi perasaan yang sewaktu dengan nya. dari entry yang dia post tu, mungkin sekarang hati dia bukan dalam perasaan yang aman dan bahagia. dengan kata lain, mungkin sekarang dia tengah down.



lumrah hidup, setiap manusia akan merasa naik dan turun. kejap kita di atas dan kejap kita di bawah. mungkin hari ni kita ketawa, esoknya kita menangis. dan begitu juga sebaliknya. sejauh mana kekuatan hati kita untuk menghadapi situasi tu, bergantung kepada diri kita sendiri. setiap orang mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang berbeza2. kau lain, aku lain. banyak perkara yang boleh membuatkan manusia rasa down (putus asa, sedih, kecewa, etc)

antara situasi2 yang boleh buatkan manusia rasa down:

  • msti la masa aq kalah or gagal..eh, 1 lg... aq down ble putus cinte kot.haha -ieka
  • down bila belajar tu susah -dayah
  • situasi kena marah.putus cinta. -mama
  • ehmm time kena pulau dgn kawan2
    tu aku rasa down sgt
    pastu kalau kena marah ngan mak aku . -fikah 
  • erm .. ble sumting yg aq da lme aim aq x dpt ..ble aq tgk org yg aq ske dok ngn org laen ..ble aq gado ngn kwn ..-beloved czn:tikah
  • kematian
    putus cinta
    kemiskinan
    atau sakit
    -
    naim fahmi
ok. cukuplah dengan contoh2 situasi yang boleh buatkan sesorang rasa down. dekat sini, aku nak tambah lagi dua tiga situasi lain. bila hilang kepercayaan, dipandang serong, dipersalahkan bila tidak bersalah dan bila perasaan kita diketepikan atau tidak dipedulikan. mungkin tak semua situasi2 yang aku bagi ni kau pernah rasa. tapi mesti satu dua situasi ni kau pernah hadapi. 

aku rasa, situasi bila kita dipersalahkan walau kita tak bersalah dan bila perasaan kita diabaikan tu adalah antara saat2 yang betul2 boleh buat kita down. mungkin keadaan tu tak lama. tapi rasa dia..pergh....macam 10 biji durian jatuh atas hati dalam satu masa yang sama.grr! 

fitrah untuk manusia kalau dia mahu menegakkan kebenaran. normal. cuma bukan semua orang berani untuk bangkit menegakkan perkara yang benar. rata2, kaum perempuan terutamanya, bila berdepan dengan keadaan2 macam ni, lebih suka untuk diam, tarik diri, menangis, bawa diri, layan perasaan sendiri, salahkan diri sendiri, dan mungkin ada juga yang menyimpan dendam. nahh... yang menyimpan dendam tu  salah satu daripada tindakan yang paling tak relevant sekali. ada banyak lagi tindakan lain yang boleh kau buat.tak payah la nak dendam2. simpan dendam tu tak bawa apa2 kebaikan pun. so, kau jangan lah gatal2 nak simpan dendam kesumat dekat sapa2. seriously, it is so bad...so bad...



ok

apa yang kau buat bila kau down?
ermmm...
firstly, mstilah solat sunat, apaje lahh.. slt sunat hajat laa selalu...
yg kedua..
kte slalu bkk blog..
iluvislam ka, allah seeker tuh ker..
blog yg slalu tulis psl motivation...-nabilah

aq cpat nangis sorg2
n i seek my friend's advice
cite kat org
tido...qiam
n
aq jnis luah ats krtas
evrytime i cant take it anymore
Nursofiyah Jamaluddin
mula2 aq menangis sepuas hati..
lps tu aq wat ape2 yg aq suke...
yg bleh wat aq lupa la prob tu..
g jln2 ke... tolong org ke.. bila da cool n tng...
bru aq fikir btol2 pasal prob aq tu
n.. klu pyah sgt.. aq cite kat org.. mnx tlg
org yg aq pcaye je la -ieka
aq nanges..
sbb lps aq nanges .. aq rse mcm lege sikit
then bce quran byk2 ..
pas uh aq rse lege gler . x de marah2 .. sdey2 .. aq rse mcm redha je -beloved czn : tikah 
 see? ada banyak cara sebenarnya yang boleh kita buat bila kita down... kadang2 kita perlu fikir jugak. mungkin semua yang terjadi ni sebenarnya berpunja dari kesalahan kita sendiri. kenapa ALLAH letakkan diri kita dalam situasi2 macam ni? apa yang kita dah buat sampai kita kena berada dalam keadaan2 macam ni?
setiap yang berlaku itu ada sebab dan musababnya, ALLAH lebih mengetahui
kalau sesuatu perkara buruk itu berlaku kerana kesalahan kita, antara perkara yang kita perlu buat ialah muhasabah diri kita sendiri. tak ada sapa2 yang boleh sedarkan kita kecuali dengan izin ALLAH dan diri kita sendiri yang mahukan kesedaran dan tak ada sapa2 pun yang boleh mengubah kita kalau bukan diri kita sendiri yang mahukan perubahan.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka":Al-Quran:Ar-Rad:ayat11
 ada juga yang bila berlakunya sesuatu yang buruk, dia akan mempersalahkan diri sendiri. ok. aku tak kata yang perangai macam ni tak bagus, cuma, kalau terus-terusan salahkan diri sendiri, aku rasa, lebih banyak benda buruk yang akan berlaku pada diri kau sendiri. hilang keyakinan dan kemurungan contohnya.
tidak ada ciptaan allah yang sia-sia
aku, kau, kau dan kau, semuanya ALLAH ciptakan ada fungsinya. bukan untuk saja2. dan tujuan yang paling utama ialah untuk beribadat padaNYA.  jangan lupa juga matlamat kita untuk menjadi khalifah di bumi NYA. jadi, bila berlakunya sesuatu perkara yang tak baik (tak menggembirakan) fikir lah yang setiap apa yang berlaku di dunia ini, ada sebab nya. mungkin untuk menguji keimanan dan kesabaran kita. iman manusia, turun dan naik. dan turun naik iman kita tu sebenarnya kita yang tentukan. you choose your choice.


time is moving, move forward. don't turn back

smile!=)




2 comments:

  1. Lumrah seorg manusia...
    Asalkn jgn kite putus asa nk mnx kat Allah... minx je kat Allah na...

    ReplyDelete
  2. amboiii kau..aq igtkan apela. riso aq. skali ko copy ap aq ckap.

    ReplyDelete