YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 24 December 2013

mama&me 1

mama: suara dia sedap ke?
me: dia nasyid dulu kot, mama..
mama: iye? suara sedap la tu kot..
me: entah...raihan rasa macam suara dia x sedap je...hihi
mama: kawan raihan xkata suara dia sedap ke:
me: hm...ada kot.
mama: sedap la tu..
me: x..
mama: haha


Monday 23 December 2013

short 1

stand still. hear what your heart say. move on. life is like a surviving game.

Saturday 7 December 2013

cebisan hambar & humble 1 : da'wah

salam alayk

somehow i just realized that one day, i'll becoming an engineer insyaALLAH. realizing that just make me realized one more thing, it is about da'wah. engineering vs da'wah. macam krik krik je...

ada yang kata, engineering course ni antara course yang social. i dont know. since i am not in the circle yet. but maybe starting from now, i can start learning and prepare myself to survive in any circumstances that maybe happening in that circle. why survive? being a newbie in a circle, first thing to do is to survive. then there will be a lot of plans that you can make later. plan a ke, plan b ke, nak sampai plan z pun boleh, tapi first thing comes first, that is survive dulu.

dalam apa jua course, especially yang bukan islamic course (sounds so secular) beside enjoy studying and doing your works as a student, the other important thing that we have to do is da'wah, which is one of our responsibilities that we always put it on the least rank. maybe it is because we less concern about the 'sickening' islam in our country but it also shows how insensitive we are about our own deen, our religion, our islam.

nak masuk syurga, tak best kalau masuk sorang-sorang, so that is why da'wah is important,amar ma'ruf nahi munkar. enjoy doing goods, hate doing sins. we are living in this dunya, in this wordly life is for us to survive in the next life, the hereafter. be futurelistic. be realistic, although malaysia is so called as one of the islamic country but how strong we are? do we ever realized that who we are now will determine who we are in the future? the same goes to our country, our country now, today will determine the strength of our country in the future.

it might be tough. however, we are never alone. there is Allah, there are muslim brothers and sisters. there are many ways that we can try to make our iman stronger and achieve mardhatillah. step bye step, start from our nearest first. family, friends, collegues maybe. just try, Allah see our efforts. dont stop. keep spreading islam. the only deen, the way of life.

just a cebisan hambar dan humble.

bye

may Allah bless.


Friday 6 December 2013

short message1: understanding

salam alayk

short message for myself and for those who are reading this.

hye

dalam bermasyarakat, bersosial, berdakwah, kita tak boleh sama kan orang lain dengan diri kita. Allah jadikan setiap orang itu berbeza perangai, jiwa, perasaananya.

 bagaimanapun, kita tetap ada sekurang-kurangnya satu persamaan atau pun something yang kita boleh panggil sebagai common sense. sebagai muslim, persamaan yang paling basic antara kita ialah, kita seislam dan bersaudara. why not kita remind diri kita, setiap kita yang beriman itu bersaudara, dan once kita bertaaruf, kita sebenarnya telah mewujudkan ikatan persaudaraan yang lebih kuat dan rapat. yang bila dia susah kita tolong, bila kita lupa dia ingatkan, bila ada yang terjatuh kita bantu dia bangun. bukan hanya sekarang kita bersaudara, tapi sampai bila-bila.

remember this : fahami orang lain jika kita mahu mereka fahami kita. gembirakan orang lain jika kita mahu mereka gembirakan kita, sayangi orang lain jika kita mahu diri kita disayangi.

ikhlas kan hati, renew your intention, be a good muslim, good muslimah. put a smile on your face, spread the happiness, feel the sweetness of ukhuwwah. that is da'wah. insyaAllah.

bye

may Allah bless 



Sunday 24 November 2013

day off 4: finally i drove the car!

bismillah

hye

today i drove the car!! hahahaha... sejak dapat lesen dulu, tak pernah lagi bawa kereta tanpa abah. selalu bawak kereta mesti abah ada dekat sebelah.

hari ni mama n abah keluar, bawa kausar adik aku pergi interview sekolah. adik aku yang hanan n widad ni gatal2 bodek aku pergi mcdonald tapi aku xnak sebab dah lama jugak aku start boikot mcdonald tu. diorang pujuk ajak pergi kfc pulak. aku pun macam lapar je masa tu. macam sedap je makan kfc lunch ni.. macam comel je kereta kat depan tu. maka, aku suruh hanan telefon mama. tanya dengan mama n abah.  nak dijadikan cerita, mama kasi. weehhoooo...maka bersiaplah kami untuk ke kfc lepas solat zohor.

masa keluar rumah, tiba2 widad tanya. "kakak, kalau accident macam mana?" ish budak ni! aku tak nak bawak karang! lepas tu cepat2 dia baca doa kasi selamat dan diberkati perjalanannya. comel jugak adik aku ni. hahaha.

alhamdulillah. gendang-gendut talik kecapi, kenyang perut senang hati. lepas kenyang makan kfc, kami pun pulang dengan selamat. sekian...

=)


Tuesday 19 November 2013

off day 3: Balada Pencinta

salam alayk.

hye.

balada pencinta. masa mula2 tengok trailer dye rasa macam excited nak tengok sebab ada johan as'ari. huhu. lama jugak aku cari source yang baik untuk dapatkan kepuasan menonton yang maksimum. uish ayat. haha. semalam, ternampak tweet member aku yang dia tengah tengok cerita belada pencinta. maka aku tanpa rasa segan silu mintak lah link dia. nah gedebuk!

http://www.gengtube.com/tonton-balada-pencinta-2013/

haha

aku punya excited nak tengok cerita ni siap panggil widad adik aku tengok sekali cerita ni sebab dalam adik2 aku yang lain, dia seorang je la yang layan cerita melayu ni. yang lain anime dengan sci fi je yang diorang layan. tapi last2 aku tengok sorang2 je sebab dia tertidur. kroh..kroh...

aku suka je cerita ni. sebab ada johan as'ari.huhu. tapi cerita ni melodrama sangat. slow. cuma yang aku puji, cerita ni mesej dia jelas. 1- bila kita betul2 nak berubah, benda yang baik akan datang pada kita. 2-jangan buat main kl ni. banyak ganster. 3-nak cari rezeki, biar susah asal halal. 4-nak pilih pasangan biarlah sekufu. eh? 5-dalam apa2 situasi, kita jangn lupa keluarga kita. 6-pilihan keluarga tak semestinya tepat.erk? 7-jangan pandang sebelah mata pada lelaki bisu. hehe

ok.

bye



Friday 15 November 2013

day off 2: upsr

assalamualaikum.

hye.

semalam keputusan upsr diumumkan. alhamdulillah dapat 5A. rasa macam x percaya! aku bukan study sangat pun. boleh pulak dapat 5A. hahahaha *kisah 7 tahun lepas. dah lama tu..

tahniah kepada mereka yang berjaya. semoga anda gembira dengan kejayaan yang Allah berikan kepada anda. =]

cuma kali ni, adik aku x dapat result yang menggembirakan. tak menggembirakan hati dia, hati mama dan abah dan mungkin hati tok jugak. berapa tu tak payah la aku cerita. biar lah rahsia. aku tahu mama dan abah sedih. mungkin juga kecewa. tapi semua ni rezeki yang Allah bagi. ok la tu x ada fail. aku kata. aku faham. risau ibu bapa tu, risau untuk anak2 dia jugak. risau masa depan dia. tapi kan Allah jadikan setiap masalah tu ada jalan penyelesaian dia. selagi kita usaha dan minta tolong dengan Allah, insyaAllah Allah tolong. aku percaya tu. tapi kalau kita dah usaha, dah doa, tapi tak dapat2, maybe kita ada buat something wrong, atau pun sebab masanya belum tiba, atau pun sebab Allah dah plan sesuatu yang lebih gempak dari apa yang kita mahukan. 2:216.

"..... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kau tidak mengetahui."


malam tadi. tengah aku syok2 layan cerita korea se-episode, adik aku datang bilik aku.

"kakak, dulu masa kakak upsr, sampai bila orang cakap pasal keputusan upsr eh?"

"entah. tak ingat dah. kenape? abang sedih ke?"

"haah la. abang sedih la. abang kalau boleh dapat sikit lagi ok lah"

*masa ni aku rasa kesian sangat dekat dia. sob2

"tak pe... benda dah lepas. abang patut rasa bersyukur la Allah bagi result tu kat abang. at least Allah tak bagi fail dekat abang tau."

"haah... ada kawan abang dapat fail. dia lagi kesian. tapi abang takut la nanti kalau orang tanya dapat berapa upsr.."

"abang diam je.. sabar je... nanti orang tak tanya dah. keputusan upsr bukan guna lama pun. nanti masuk sekolah menengah orang tanya pmr pulak. tak ingat dah upsr ni"

"hmm... abang ada pmr lagi ke nanti?"

"erk. dah takde eh? hehe"

*diorang dah takde pmr dah eh nanti? (malu)

dulu aku rasa adik aku ni macam tak pernah ada perasaan. tapi kali ni, aku rasa bukan dia tak ade perasaan, tapi aku yang tak pernah ambil kisah apa yang dia rasa. mungkin ujian yang Allah bagi ni bukan untuk buat dia je sedar, tapi mungkin untuk aku jugak. Allah made things for reasons kan. Allah campakkan kita dalam satu ujian tu tanda Allah masih ada rasa kasih pada kita. masih ada sayang. maka, bersyukur lah jika diuji. dan belajar lah dari musibah dan ujian itu. insyaAllah, ada pelangi selepas hujan.

bye.


Wednesday 6 November 2013

off day: 1

salam alayk

hye

minggu lepas, lima hari aku stay kat rumah paksu lepas camp training of fasilitator kat kem btn bukit sagu. saja nak stay situ kejap before balik perak. hihi. lima hari dekat rumah paksu, lima hari la aku dengan sarah, anak paksu. bukan main dia. dah ada adik, sekarang nak suruh panggil baby. nasib baik comel.



depavali, balik kedah, rumah tok. family aku pun balik. serious terkejut bila kausar bawak balik xbox. ini tidak adil! seribu mama spend untuk dia. haihhh.. tapi x kisah la pasal aku pun naik tanduk main sekali. muahaha. serious sekarang aku asyik main game je. sampai lupa nak tengok cerita korea. kalau diorang main xbox, aku main psp, serious dahsyat teruk aku sekarang. sedar2 la diri tu dah besar ha. besar usia mahupun badan. maybe excited kejap dah lama tak sentuh species2 game ni kan. dekat hp pun suci je xada game. huhu

masa dekat rumah tok tu, aku, mama, paksu, maksu plan nak pergi langkawi. tapi x jadi sebab macam tak sempat kalau nak pergi pun. ye lah... langkawi ni kalau nak pergi jalan2, aku syorkan pergi tidur dekat sana. sebab langkawi best dekat pantai2 dia...pemandangan dia best. tapi kalau nak jalan2 shopping pinggan mangkuk dan cekelat tu sempat je kalau nak pergi sehari. jadi, paksu tukar plan, kitorang pergi hatyai. tak lah jauh sangat dari rumah tok nak sampai sempadan tu, ada dalam sejam setengah kalau tak sesat. jalan pun lurus je. cuma masa tu, aku dengan mama tak bawak passport. kena buat border pass. guide untuk yang nak buat border pass ke thailand, mesti lahir dekat perlis/kedah/perak/kelantan, bawa ic, salinan ic, gambar size passport 2 keping dan rm10 untuk dewasa, rm5 utk kanak2.

malangnya, macam2 kes jadi sampai kitorang x jadi nak pergi hatyai. mungkin x ada rezeki. mula2, geran kereta paksu tertinggal, tak boleh buat insuran kereta. tapi masalah tu settle lepas paksu minta orang yang jual kereta tu email kan geran kereta tu. lepas tu, ic aku x lepas. sebab guna ic lama. akak imegresen tu kata, kalau nak buat border pass guna ic lama, kena ada salinan surat beranak. masa tu rasa macam nak balik je. tapi paksu bawak pergi jpn pergi mintak salinan surat beranak. setengah jam jugak nak tunggu dapat salinan surat beranak tu. segan sebenarnya duduk dalam jpn tu lama2 sebab orang lain datang nak buat ic baru, aku datang nak buat surat beranak baru. huhu. lepas tu, pergi dekat imegresen tu balik. masa tu, dah 6 kali kami lalu dekat roadblock sebelum masuk sempadan tu. rasa macam abang polis tu boleh cam dah kereta paksu tu. haha. bila dah sampai dekat kaunter imegresen tu, orang dah makin ramai, sebab pasar malam dekat hatya tu buka pukul 2ptg-9mlm. sebab tu paksu tak kisah ulang alik tak masuk2. malangnya, ic aku tak lepas jugak. akak imegresen tu kata, "adik, kena buat ic baru la dik..." masa tu rasa macam dah nak meletup dah. tadi kata kena bawak surat beranak. ni kena buat ic baru pulak. rasa macam sia2 je... sriously, serik dah nak buat border pass. lepas ni, pergi jalan mana2 pun, bawak je lah passport tu, lagi2 bila jalan dengan paksu. bukan boleh harap sangat. karang tiba2 je dia ajak pergi sana sini. plan last minute. biasala. engineer memang pesen macam tu dah. haha.

panjang cerita.

bye.


Thursday 31 October 2013

the down: result

Assalamualaikum

Hye

23-27 haribulan 10 baru2 ni aku join salah satu program yadim, training of fasilitator yang sangat superb dekat kem btn bukit sagu. Yang tu, nanti aku cerita. Belum datang mood nak cerita sekarang.

Now.

Kisah hati aku, lebih baik jangan baca. Kalau nak baca, jangan komen apa2. Aku tak mahu komen, cuma nasihat.

Petang tadi aku baru dapat result final exam haritu. Seriously lepas nampak latest cgpa tu aku macam down sangat2. Kecewa dengan diri sendiri sebenarnya. Aku rasa, macam dah buat yang terbaik untuk exam haritu, tapi tup2 result keluar macam gini. Siapa tak sedih kan,takkan nak happy kot. Masa solat tadi pun aku macam teringat2 je result aku. Dalam doa pun macam tergambar2 je result tu. Macam mana nak bagitau mama n abah nanti. Benda ni maybe nampak simple. Result cfs je kot. Tapi kita tak tahu kan....apa yang ada dalam hati parents kita...Tapi aku masih bersyukur. At least aku tak jatuh banyak. At least aku lulus. At least aku tak kena repeat. Alhamdulillah.

Apa2 pun aku terima result ni. Ini yang ALLAH berikan pada aku. Mungkin ini yang terbaik. tapi melayang jugak la semangat ni kejap tadi. Macam malas nk buat apa2. Malas nak fikir apa2. Paksu minta tolong pun aku macam nak tak nak je buat. Nak reply msg orang pun mcm terpaksa je reply. Ampun sangat2 kalau ada siapa2 yang terasa dengan msg aku hari ni. besok nak keluar dgn aida, moga dapat recover sepenuhnya.

Nasihat kan aku.

Bye


Monday 21 October 2013

astaghfirullahal'azim

salam alaik.
hye

iman manusia turun naik. kejap kita baik, kejap kita jahat.

maafkan kesalahan orang lain, minta maaf atas segala kesalahan kita, maafkan diri sendiri.

dengar macam senang. tapi, heh. tak senang. susah. erm. tapi depends pada iman masing2 sebenarnya.

kalau kita susah memaafkan? muhasabah diri, tanya hati, kenapa susah untuk memaafkan? Allah jadikan setiap perkara itu bersebab. then, why this happen to me? jawab sendiri. you know yourself better than anyone knows.

dan jangan lupa. Allah ada. Allah tahu.

maafkan semua salah dan silapku. sungguh aku cuma manusia yang penuh kekhilafan. aku manusia. aku serba kekurangan. aku perlukan kau untuk tegur kesalahan aku, untuk aku jadi manusia yang lebih baik, sebaik kau.

faghfirli ya rahman, faghfirli ya rahim faghfirli ya rabbal 'alamin.

goodnight.

bye


works 2

salam alaik.
hye

erm. ada masa sikit lagi sebelum masuk waktu maghrib, gatal tangan nak type2. so here i am.

semalam. eh. dua hari lepas aku tanya mama, raihan nak kerja boleh? then finally! mama kasi! bhahaha! erk. alhamdulillah.... tapi... mama kasi, tapi dengan bad things yang aku akan dapat kalau aku kerja. raihan x jeles ke, kalau raihan kerja nanti tak dapat ikut kitorang pergi jalan2.. penat la kerja ni raihan, kalau dok rumah boleh rileks2... macam2 lah cerita nya. tapi abah, ok, cool macam biasa.

 so, tengok lah, hujung bulan ni ke, bulan depan ke, doakan ada kerja yang baik untuk aku diluar sana. n_n

bye


Saturday 19 October 2013

work?

salam alaik
hye

since dari sebelum exam final dekat cfs haritu, aku dah bagitau mama n abah, cuti 3 bulan nanti, raihan nak kerja. abah said yes. and mama said tengok lah macam mana~ [mcm biasa, mama dari dulu lagi x kasi aq kerja. but its ok ..i dont mind]. tapi tu dulu masa lepas spm, kena ambil lesen kereta, x la rasa sangat kalau mama x kasi kerja pun.

sebelum ni, aku x pernah cuti lama, selalu cuti, tambah tolak 2 minggu je sebab aku amek short sem dekat cfs. kali ni, ni first time aku cuti panjang, cuti 3 bulan. teringin nak cari pengalaman menjadi seorang yg 'ber-kerjaya'. bak kata kakak saudara aku, bila kerja ni, kita tahu la nak hargai sikit duit tu, tau susah senang macam mana nak dapat duit.

so, dari hari mama n abah ambil aku balik dari cfs hari tu, aku tanya balik dekat abah. abah, raihan nak kerja cuti ni, boleh? abah kata, cuba tanya mama dulu. aku pun tanya, mama, cuti ni raihan nak kerja boleh? mama kata.... [as guessed.] duduk rumah je lah... jaga rumah, kemas rumah, tengok adik2... aku x kisah, sebab ye lah.. maybe baru nak start cuti, kan... mama nak aku duduk rumah dulu kot. ok lah... aku pun memang rasa xnak kerja lagi.

hari tu, masa dekat rumah makcik[before balik rumah], pakngah ada ajak aku kerja dengan dia. kerja dekat jabatan perdana menteri, sebab pakngah kerja dekat situ. mama macam hesitate je nak bagi, jadi aku pun xnak la pasang harapan. nanti sedih pulak

tapi hari ni, dah masuk seminggu duduk rumah, member2 pun ramai yang dah start kerja, kalau bulan depan boleh kerja, boleh la aku menabung untuk beli dslr ke..tukar handphone baru ke..pergi travel ke.. .hehe. jadi hari ni, malam ni, aku nak tanya mama lagi, nak pujuk mama lagi. mama, raihan nak kerjaaaa, boleh laaaa.... T__T

gambar sekadar hiasan dan peringatan =]

bye

[share] Terfaktab Zine: Kita Berbeza

sharing this because i just want to share. (and for me to keep this article, actually) nice story. nice to read.

Terfaktab Zine: Kita Berbeza: Aku pernah bekerja sebagai cleaner semasa aku belajar di Kent. Aku bekerja di tiga tempat; university, private apartment and private resid...

Friday 18 October 2013

10/18/2013

salam alaik

hye

life is full of up and down.

kejap dekat atas. kejap dekat bawah.

kejap suka, kejap sedih,
kejap gagal, kejap barjaya,
kejap sayang,kejap  benci
kejap malas, kejap rajin
kejap bercinta, kejap putus cinta,
kejap kena puji,kejap kena keji

sometimes it is hard, and sometimes it is easy
why?
because that is what we called LIFE
smile =]


mood: undefined
bye

Sunday 5 May 2013

general election?

assalamualaikum. 

it's been a long time since the last entry i've posted.

it's about general election. and i am not qualified yet. but that doesn't mean i don't know anything about malaysian political matter. but i am not an expert about this.

just a short entry. nak share apa yang aku pernah dapat dari salah satu talk by ustazah fatimah syarha. 
about the election. tak kisah nak undi mana2 pun, tapi sense of botherhood as a muslim brothers and sisters tu mesti di pelihara. sedih tengok masyarakat yang terlalu obses dengan idealogy dan party masing2 sampai hilang repect dan kasih sayang sesama manusia. sedih. rasulullah ajar kita untuk saling sayang menyayangi. and why must its end up to this situation? yes. manusia itu pelupa. memang itu sifat nya. mungkin kita lupa perjuangan dan pengorbanan rasulullah s.a.w dalam menyemai rasa cinta dan sayang sesama manusia. bukan cuma pada manusia, pada makhluk2 lain juga. bukan senang nak cuci belakang periuk yang dah hitam melegam jadi putih berkilat. bukan senang nak didik manusia yang heartless menjadi penyayang dan pencinta. bukan senang. tapi rasulullah did it. putting all efforts and his patience toward it. jangan sebab kita nak semua orang sokong apa yang kita sokong, kita langgar perintah Allah, buat perkara2 yang Allah x suka. come on, guys. have some respect and keep it calm. islam dah letak garis panduan dalam segala perkara. as a muslim, lets look, study and follow it. again, tak kisah lah nak sokong mana2 pun, tapi hormatilah pandangan orang lain, look for something that can benefits islam foremost. we are muslim, aite? 

"pilih dan nilai lah dengan ilmu" (Dr. Yusu Al-Qardhawi)
think about that.

wish to see you again. assalamualaikum

Tuesday 12 March 2013

Berubah.

assalamualaikum.

perubahan. hijrah. setiap manusia akan mengalami perubahan. dari sekecil2 tapak tangan menjadi besar manusia dewasa, dari kanak2 menjadi dewasa, dari rendah menjadi tinggi, dari pelajar menjadi pengajar, dari anak menjadi ibu/bapa, dari muda menjadi tua, dan dari hidup menjadi mati. manusia itu berubah2 rupanya, rasanya, perangainya, fikirannya dan jiwanya.



aku juga berubah. dari dulu tak tahu apa2, sekarang menjadi tahu. dari dulu takut2 menyorok belakang abah, sekarang jadi berani ke hadapan. dari dulu duduk diam2 di rumah tak berkawan, sekarang dah tahu cari kawan sendiri. setiap perubahan itu mesti ada sebab musabab nya.dan setiap perubahan tu, memerlukan masa. ada yang pendek masanya, dua tiga minit, dah boleh berubah, dan ada yang panjang masanya sehingga bertahun2. depends.

ada satu cerita.

satu hari dia tunggu untuk masuk ke 5 alam yang macam rumah hantu itu. plan nak masuk semalam. tapi tak sempat. sebab dah tekad nak masuk sangat 5 alam tu, hari ni dia datang lagi. dengan tiga lagi sahabatnya. tak ramai orang. dia tunjukkan tiket yang dibelinya semalam. masuk ke dalam bilik menunggu, ada lagi 4 orang perempuan. masing menunggu giliran. sekejap lagi, giliran sahabatnya untuk masuk ke 5 alam. teruja betul. tiba2 datang seorang crew 5 alam. "lepas ni, kena masuk sorang2. kami tak boleh control keadaan kalau masuk berpasangan. tak sampai objektif." sudah. tiba2 memulas pula rasa perut. tak pe lah, bukan dia orang yang pertama pun. dan hantu2 dekat dalam tu semuanya manusia juga. pujuk hati.

selepas seorang demi seorang sahabatnya masuk, kini tiba giliran dia. berdebar2 rasa hati. tetapkan niat. semoga 5 alam ni worth utnuk dia. bismillah. "sister, sebentar lagi, sister akan melalui perjalanan 5 alam. bila dah bersedia, sister boleh buka pintu ni dan masuk" berdebar2 hati dia. dengan lafaz bismillah, dia buka pintu di hadapannya dan melangkah masuk.





gelap. sejuk. dia meraba2 kiri kanannya. mencari jalan. tiba2 dia terdengar suara yang dirakam. yang maksudnya, di alam roh, kita sudah berjanji dengan Allah untuk beribadat pada Allah, sesungguhnya hidup dan mati kita hanya kerana Allah. dia tahu ayat itu. dia tahu. cuma dia terlupa bahawa dia hidup di dunia ini kerana Nya. Allahu akbar, hati dia jadi sayu, betapa dia terlalai selama ini. terlalu mengejar dunia. dia berjalan lagi. keluar dari alam roh, dia masuk ke alam rahim. pandangannya merah. kanan kiri nya terasa seperti dinding yang berlekuk2, lembut dan berair. terbayang wajah ibu di matanya, dia tak tahu macam mana rasanya seorang ibu mengandung dan melahirkan. tapi dia tahu ianya tidak mudah. menitis air mata dia. dia lupa jasa ibu yang telah banyak berpenat lelah kerana dia. dia lupa bagaimana ibu dia menyayangi dia dari sebelum dia lahir sehingga dia kini yang sudah besar dewasa, dia lupa ibu itu nikmat dari Allah yang sementara. dia berjalan lagi melepasi alam roh, kini dia sudah berada di alam dunia. terlalu banyak nikmat Allah bagi, sehingga dia lalai dan leka. cuma iman dan ilmu yang dapat memimpin dia supaya tidak rebah di dunia yang sementara ini. dia berjalan lagi. gelap. sejuk. dia bejalan perlahan2. di depannya ada kubur. alam barzakh. dia berjalan lagi. di kanannya ada kain putih. tiba2 dia terdengar lagi suara yang dirakam. di alam barzakh, kamu akan dipersoalkan oleh dua malaikat. munkar dan nakir. jawablah kamu di dalam kubur itu. sendirian. tiada siapa yang menemani. hanya kamu seorang. menangis2 dia di dalam bilik itu. Allah...Allah... dia sayu. dengan dosa2 yang telah dia lakukan di dunia ini, dapatkah dia menjawab soalan2 itu dengan baik?

dia berjalan lagi dengan teresak2. dia masuk ke dalam satu bilik. dalam bilik itu ada dua laluan. kiri dan kanan. lalu datang seorang lelaki berjubah putih. saudari, pilihlah jalan yang mana setimpal dengan apa yang saudari sudah lakukan di dunia. dia diam. kaki nya tidak bergerak, kaku.dia pandang kanan. dia tahu, terlalu banyak dosa yang telah dia lakukan. mana dia layak untuk memilih yang kanan. dia pandang kiri. dia terbayang azab neraka yang amat pedih. dia diam. kaku. menangis teresak2. sehingga lelaki berjubah putih itu memanggil dia untuk ke kanan. dalam hati, layakkah dia nanti untuk memilih jalan yang kanan ini? menitis lagi air matanya. dia kini sudah di hujung perjalanan 5 alam. saudari, apa yang saudari lalui sebentar tadi ialah perjalanan 5 alam yang pasti akan dilalui oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. semoga perjalanan saudari sebentar tadi dapat memberi kesan kepada hati saudari.

pintu keluar di buka. dia masih menangis teresak2. dia tahu. setiap manusia pasti melalui 5 alam ini. tapi, perjalanan yang dilalui oleh setiap manusia itu berbeza2. air mata di pipi di kesat, tapi masih berbekas. dia kini berada di dunia yang sementara. yang cabarannya di tak pernah putus. siapa dia di alam yang seterusnya ditentukan oleh siapa dia di alam dunia ini. dalam hati, dia bersyukur, Allah beri dia peluang untul melalui perjalanan 5 alam ini, dia perlu berubah, supaya tidak tergelincir lagi dalam perjalanan hidup ini. dia mahu berubah. tapi dia takut untuk menghadapi cabaran dalam proses dia mahu berubah nanti. dia mencari2 di mana dia patut mulakan perubahan, dia mencari2 mana2 ruang untuk dia berubah. perlahan2. satu demi satu, dia sedang melakukan perubahan. sedikit demi sedikit. mungkin tiada siapa yang tahu. tapi dia yakin Allah tahu.

Sunday 3 February 2013

kelas al quran =)



Assalamualaikum
hye bloggy, rasa macam dah lama sangat x conteng2 dekat sini. 

ok. ni bukan jam aq. ni jam google. haha
Well, sem 3 is killing me. Seriously bz. Parah kot sem ni kena ambil physics 2, math 2, chemistry 1, btq, bi <- yang ni yang paling ‘urgh!’ skali ni! Sampai terkejar2 nak cari masa untuk rehat. Erk =.=’ Bila bz sangat, time weekend rasa macam pelik bila x ada kelas. Rasa macam... pelik lah! Hari2 bz dengan kelas dari pukul 8 sampai 6, tiba2 time weekend x ada kelas. Duduk dalam bilik, tengok kipas. Ok. I'm stuck but I have to face it.
Ok. Hari rabu lepas, first class btq <- basic theme al quran. 

Mula2 rasa cuak sebab dapat ustaz yang ajar ida (roomate aku) bahasa arab masa sem 1 dulu. Ida kata ustaz ni suka bar orang n sangat strict. Mana tak cuak weyh. Masa kelas arab time sem 1 dulu aku ni memang antara yang selalu skip kelas lagi2 time kelas petang hari jumaat tu. Tapi attandace aku still cantik dan comel je pasal setiap kali nak tandatangan attendance hari2 lain selain hari jumaat tu, aku tanda sekali attandace2 yang lompong tu. Haha. jahat jugak aku ni *mmg pun~. Kali ni, btq dapat pulak ustaz yg strick macam ni. Nampaknya sem ni, x dek lah peluang aku nak ‘fly’ kelas lagi.huhu

Masa first class btq tu, aku antara orang 1st sampai kelas! Huhu. Hebat x aku?! Tapi bila sampai depan pintu kelas dekat amf tu, aku nampak ustaz dah ada dalam kelas. Uisyyy…kecut perut ambe! Tapi sebab x dek sape2 lagi dalam kelas tu, aku pun tunggu la dekat luar kelas. Lepak2 kejap tunggu member yang lain datang, bila masuk kelas balik, tengok2 ustaz dah hilang. Dalam otak aku dah mula la nak countdown class cancel. Tapi macam x best pulak kalau kelas cancel, pasal roommate aku dah start chapter 1 dah. Aku? Apa pun x start lagi. Lepas lebih kurang 15 minit lepas tu baru ustaz masuk.

Lepas ustaz terang pasal study outline, ustaz set tarikh untuk test syafawi. Mak oiii…. Baru first class dah nak set tarikh untuk test… bertambah2 cuak aku. Maybe 19 ayat dalam surah furqan tu x la banyak sangat kot bagi korang. Tapi aku ni bukan la terer sangat bab hafal2 ni…huhu. Buat yang terbaik je la ye~ 13 /2/13 ni dah nak kena tasmi’ siap dengan translation dalam bahasa inggeris lagi! Atotoi~.

 Then, ustaz cerita lah sikit2 pasal al quran… masa tu, aku rasa hilang terus rasa cuak aku. Dah lama kot x dengar tazkirah macam ni. Maksud aq, tazkirah dalam kelas. Bukan macam talk dekat hall tu. Bukan apa. Kalau duduk dalam kelas ni kan, orang x ramai, macam boleh concentrate lebih sikit la kan dengan apa yang ustaz kata...

Ustaz kata, sebenarnya rasa malas tu kita yang tentukan. Allah dah kata syaitan tu زين لالناس : sentiasa menghiasi manusia. Maksudnya macam hiasi keburukan dengan kesenangan. Contoh nya macam bila kita nak buat jahat, dia buat kita rasa senang je nak buat jahat tu. Dan hiasi kebaikan dengan kepayahan. tapi yang tentukan untuk kita nak rasa susah atau senang tu sebenarnya diri kita sendiri. You choose your choice kan? =D

Then, ustaz ada bagitau lagi, yg ni x pasti la hadis atau ayat quran,
            Mana2 muslim yang membaca alquran, dia seperti buah utrujjah
Yang baunya wangu di sisi Allah. Dan…
            Mana2 muslim yang x baca alquran, dia seperti buah tamar
Yang x ada bau. Tapi rasanya manis (islam)

Ustaz kata, jangan sekali2 memandang rendah perkara yang kecil walaupun cuma dengan senyum dengan saudara kamu. Kalau hal senyum pun kita tak boleh pandang ringan, kalau bab baca kalam ALLAH ni lagi la kena ambil berat, kan.

read more for less =)
Aku rasa semua orang tahu yang dalam al quran tu ada 30 juzuk, setiap juzuk ada 10 helai, kalau setiap kali sebelum dan selepas solat kita baca 1 helai, sehari kita dah boleh dapat 1 juzuk. Ada dalam satu hadis tu kata, maksudnya lebih kurang macam : kalau kita baca 1 juzuk 1 hari, insyaALLAH kita akan berubah esoknya ( menjadi lebih baik dari semalam)

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."



selamat beramal=)

Friday 18 January 2013

masa

assalamualaikum

peristiwa ni berlaku sejam yang lepas. sebabkan besok aku dah nak gerak pergi ke kl, tinggalkan perak, jadi malam ni aku memang sibuk lah nak packing barang (akibat rilex sangat, konon hebat sangat bab packing2 barang ni). ini nak letak dalam beg tu yang tu nak letak dalam bag ni, yang ni tak beli lagi, yang tu tak susun lagi. parah...parah... jarang sekali aku kelam kabut macam ni bila nak packing barang. selalu nya pakar dan professional lah kan aku ni... besok nak balik, hari ni barang dah siap beratur depan pintu..huhu

tengah sibuk2 aku packing2 barang, tiba2 abah panggil
abah: raihan, sini kejap.
me: kenapa?
abah: sini la kejap, tengok ni, gambar puteri.
me:'puteri mana pulak ni?~' mana gambar nye?

abah selak2 album gambar dekat atas meja makan.
'eh, ni album gambar aku ni.'
satu-satu gambar aq dari kecik sampai besar abah selak..banyak jugak gambar aku..haha...dalam adik beradik aku, memang album gambar aku yang paling banyak pun...photogedik kan...haha.. kelakar nya aku kecik2 dulu..comel3..puii...

abah:  mana ye..abah nampak tadi...

abah selak2 lagi album gambar aku tu

abah: ha..ni dia...
sambil tunjuk dekat satu gambar ni
->gambar aku masa darjah berapa entah pakai baju kawen makcik aku.

me: abah ni, buat malu je la...
*buat aku rasa malu

cepat2 aku tutup album tu.pap!

cepat nya masa berlalu. tak sedar pun masa berlalu. x sedar pun diri dah besar. x sedar diri pun ada. haihh...hari ahad dah balik cfs, start sem 3...

dulu  aku pernah dengar mama pesan dekat along, kakak sedara aq.
sekarang dah masuk universiti, sikit lagi dah nak kerja, lepas tu nak kawen pulak
betul weyh. dulu, masuk sekolah menengah, rasa macam baru semalam ambil upsr, dah habis spm, rasa macam baru semalam masuk tingkatan 1, dah masuk u, rasa macam baru semalam habis spm. sekarang dah masuk sem 3 dekat cfs. rasa macam baru minggu lepas daftar masuk cfs. masa...cepat...cepat...cepat...

hargailah masa.


Tuesday 1 January 2013

passed 2012

assalamualaikum
i am here again.

alhamdulillah. it's 2013! dah besar dah aku. dah 19 tahun. macam tak percaya je weyh! rasa macam cepat gila masa berlalu.



kali ni, aku conteng dengan penuh perasaan.

tadi, sharp 00:00:00 1.1.2013, aku buka radio. mula2 aku buka era.fm. countdown. lepas tu tukar hot.fm. countdown. lepas tu tukar ikim.fm. countdown. tapi tak tukar dah. countdown ikim lain dari countdown yg lain2. countdown dia sebut ALLAH 10 kali sebelum 00:00:00. lepas countdown, ada doa. ada sorang ustaz tu baca. apa nama dia, aku tak tahu. aku tadah tangan. dalam doa tu, ustaz tu baca doa minta supaya dosa2 diampunkan, doa mohon kejayaan, doa untuk ibu bapa. doa biasa. siap dalam bahasa melayu lagi. tapi aku tak tahu kenapa. meleleh pulak air mata aku. ustaz tu pun sama. begetar2 suara dia baca doa.

sebak pulak. bila fikir... 2012 dah habis. sekarang dah 2013... lepas ni dah x ada lagi 2012... masa tak akan berulang. tak boleh diulang. aku cuba ingat balik peristiwa2 yang berlaku dalam 2012. macam2. ada pahit. ada manis. ada masam. ada masin. ada payau. kelat pun ada. 2012 aku belajar duduk rumah 5 bulan. jadi housekeeper dan penunggu setia dekat rumah selama 5 bulan. buat bisnes online. first time mama n abah lepas aku naik bas sorang2, dapat lesen, dapat result spm, pergi sekolah sambut hari guru as alumni, masuk cfs, dapat roomate yang sekarang aku sayang sangat, belajar macam mana nak bangkit bila tergolek, lalui fasa kenalpasti identiti diri, belajar untuk sayang diri sendiri, belajar dan lalui itu ini. macam2 yang dah jadi. itulah 2012 aku. 2012 aku dengan 2012 kau berbeza. tapi mungkin ada yang sama. tahun baru kali ni, aku rasa lain. tak macam sebelum2 ni. kalau sebelum ni, tahun baru aku depan tv ruang tamu dekat rumah. kalau bukan dekat rumah aku, dekat rumah nenek aku. tapi kali ni dekat cfs. exam week. ramai orang dah balik rumah. dah habis exam. tinggal beberapa kerat je lagi. bukan dekat depan tv. bukan dekat rumah. bukan dengan family. kalau dulu, aku dengan adik2 duduk dekat tepi sliding door nak tengok bunga api. tapi kali ni. aku duduk dekat meja study. dengan buku yang sana sini bertebaran, tengok bunga api dari tingkap bilik. dengan rooomate yang sama2 rasa sayu macam mana aku rasa.haha.ayat~

azam. jujurnya aku kata, aku tak fikir lagi azam 2013 aku. tapi azam 1434 hijrah aku dah fikir hari tu. boleh je kalau aku nak guna sekali kan? azam aku kali ni tak banyak. sebab aku rasa yang tahun lepas punya pun ada yang tak settle lagi. tahun ni punya azam, ada satu je. nak buat dan tengok mama n abah happy. ades lagu kuch kuch hota hei ni....buat mata aku hujan pulak tengah pagi ni.

sebenarnya, aku tulis ni. sebab aku nak bagi aku ingat bila aku baca balik nanti. yang masa takkan berulang. tapi akan terus bergerak. semakin masa berlalu, semakin dekat kita dengan mati. semakin banyak kesalahan yang kita buat. semakin kita sepatutnya cari DIA. semakin banyak nikmat yang DIA bagi kita pinjam. semakin banyak dugaan dan cabaran kita.

dan. untuk kau, kau, kau dan kau. terima kasih. sebab dah banyak warnakan hidup aku, lengkapkan lompong2 cerita hidup aku, bagi aku rasa macam2 rasa. biar pahit atau manis rasa yang kau bagi, aku tetap hargai.



it's 2013. it's a new story. 2012 was a history. let's make our 2013.
tak tahu apa yang akan aku lalui dalam 2013 ni.
cuma aku mohon kita sama2 berjaya. tak kira dalam apa jua.
assalamualaikum.