YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday 3 November 2012

waktu sekolah dulu-dulu...

assalamualaikum

hoho. aku rasa memang betul la tulis entry ni macam dah jadi routine aq sekarang.

ok. hari ni, dah lebih 10 bulan aq tinggalkan zaman persekolahan. cepat je masa berlalu. dah 10 bulan. aku rindu member2 aku dekat sekolah dulu. betul la orang kata. bila kita duduk hostel, kita akan faham nilai hidup dan persahabatan tu dengan lebih mendalam.



aku masuk asrama bukan sebab aku memang betul2 pilih sendiri untuk masuk asrama. aku ikut je apa yang mama dan abah nak. bila dapat borang untuk sbp/smka waktu darjah 6 dulu, aku suruh abah yang isikan. aku betul2 serahkan semua dekat abah. aku ikut je. guess what, sebelum tu, aku x pernah dengar pun nama sekolah menengah kebangsaan agama sultan azlan shah. haha. bila isi borang sbp/smka tu baru aku tahu kewujudan sekolah tu.
orang pertama yang dapat tahu aku dapat tawaran untuk masuk smka sultan azlan shah tu bukan lah aku sendiri. tapi makngah aku. sebab waktu tu aku tinggal dekat kampung. parents aku pergi haji waktu tu. lagi dua minggu nak masuk sekolah baru aku dapat tahu pasal surat tu. dan yang daftarkan aq ke sekolah tu pun, bukan mama dan abah. tapi pakyang aq. bapa sedara. sebab waktu tu, parents aq x balik dari haji lagi. dan yang uruskan soal asrama dan segala bagai ialah tok dan wan aq. bila aku ingat balik. macam sedih pulak sebab orang lain semua datang dengan parents masa hari pendaftaran. tapi aku sebenarnya x berapa nak kisah pun. sebab selepas mama n abah, orang yang paling aku sayang dekat dunia ni, tok n wan aku.

aku ingat lagi. minggu pertama duduk dekat asrama tu, kenal dengan orang baru, aku x rasa janggal pun. sebab aku dari sekolah rendah memang selalu pergi sana sini dengan orang baru. camping, kursus, lawatan and etc. homesick. menangis. tipu la kalau aku kata aku x menangis waktu minggu pertama tu. ya. aku menangis. siap menangis dekat surau lagi. lol. rindu dekat tok dengan wan. bukan dekat mama dan abah. haha. tapi bila time mama dan abah dah nak balik dari haji, baru lah aku pulun menangis nak balik nak jumpa mama dan abah. hahaha.

ok. habis part budak hingusan masuk asrama. sekarang aku nak cerita story yang paling aku tak boleh lupa bila dekat asrama dulu.

 tak dapat dinafikan. aku memang bukan budak baik waktu aku dekat sekolah dulu. tapi aku jenis yang ikut masa, jarang la pergi lambat ke aktiviti2 yang sekolah buat. kalau bangun pagi pun, tahun2 awal duduk asrama tu je aku bangun agak lambat. dan tahun2 yang seterusnya, aku antara orang paling awal bangun dalam dorm tu. bukan. dalam asrama tu. betul weyh. aku bukan la nak riak. tapi kalau aku bangun tidur. pergi tandas nak mandi tapi memang aku orang pertama yang bukak paip air tu, tak ke nama aku paling awal bangun tidur? hehe. cerita pasal awal lambat ni, aku teringat. ada dua kali aku kena denda sebab lambat keluar asrama. satu. bila satu hari tu aku lambat turun pergi kelas prep pagi hari sabtu. aku siap kena denda ketuk ketampi wehh... sudah la form5. kena denda ketuk ketampi lagi. adessss.. dan yang lagi sekali tu, waktu aq form 5 jugak. aku lambat turun surau untuk solat maghrib. bukan aku sengaja lambat. tapi aku baru keluar tandas waktu tu. dan yang tragis nya. aku kena panggil dengan pk hem merangkap cikgu fizik kesayangan aku gara2  kesalahan aku tu. cikgu bainah. aku memang sayang betul dengan cikgu tu. dia buat aku suka gila dekat fizik. sampai sekarang aku sayang dia. waktu aku kena panggil tu, aku kena panggil dengan 2-3 orang member aku yang lain sekali. sudah lah masa tu dah nak dekat dengan time trial spm. cikgu bainah bagi nasihat pasal disiplin, pelajaran dan ibu bapa. meleleh air mata aku wehh bila cikgu touch sikit pasal parents. buat aku homesick terus. haha. sampai sekarang aku boleh ingat macam mana cikgu cakap pasal harapan ibu bapa.

nahh. yang ni, story yang aku paling suka ingat. bila asrama x ada air. ha.ha.ha. tragis betul hidup tanpa air. first time aku hadapi situasi x ada air dekat asrama ialah bila aku menengah rendah. form berapa tu aku x pasti. tapi aku x tahu lah macam mana aku boleh stay cool je waktu tu walaupun x ada air. walhal orang lain dok kerut2 muka hadapi masa darurat x ada air tu. haha.ntah macam mana aku buat boleh survive mandi dengan satu setengah baldi air je. lol. nak survive kan. x kuasa aku nak turun naik tanggan yang bergunung tu semata2 nak dapat air sebaldi dari lori tangki air yang jabatan air hantar dekat sekolah. ok. itu masa first time. waktu form4, kerap jugak la x ada air. dan waktu tu aku dah pandai nak angkut baldi pergi sekolah dan mandi dekat tandas sekolah. haha. sebabkan aku ni pantas dan efisyen. aku x pernah la jadi situasi bila penat2 angkut baldi dan toiletries semua pergi tandas sekolah, tengok2 air dekat tandas sekolah pun dah kotang. sia-sia. dan kawan aku cerita, sampai ada yang masuk tandas lelaki, tadah air dekat situ. dan tengah2 tunggu air penuh baldi tu, budak lelaki datang serang tandas tu.lol. aku x pernah kena situasi tu. bersyukur. bila form5. time spm. air x ada. untuk beberapa hari. dan sangat dahsyatnya kerunsingan kami masa tu. tapi bersyukur jugak sebab jabatan air letak lori tangki air dekat surau. dekat dengan tandas perempuan yang ada kolah. demi keamanan dan keselamatan masyarakat sejagat. kami gilir2 tadah air dan tuang ke dalam kolah tu. sampai penuh lagi. hoho. gila gotong royong la masa tu.

menurut perkhabaran dan statistik, batch kami adalah batch yang paling x boleh diharapkan kalau nak beza dengan batch2 yang sebelumnya. masalah disiplin tu, memang banyak dan x sikit. haaa..ni aku ada satu cerita kelakar. waktu form 3, lepas habis pmr, kami x boleh balik dan kena stay dekat hostel. seriously boring dan sangat membosankan. sudah tu, kami x boleh bawak barang2 haram macam novel, komik, majalah dan seangkatan dengannya. tapi ramai je yang bawak. termasuk aku. aku bawak majalah kpop waktu tu. kecik2 dah pandai eaa...haha. itu aku dulu. memang suka betul cari majalah2 korea ni. sekarang x buat dah..ada la sekali dua beli dalam setahun. teringin kann... ok. sambung cerita. oleh kerana kebosanan yang melampau. maka timbullah idea2 bernas dari kawan2 aku untuk mengisi masa lapang. antaranya main batu seremban. waktu tu, setiap pagi kami kena duduk dekat surau dan mengaji. bila dah habis mengaji, semua pun boring dan xtahu nak buat apa. ala, seminggu dua je tahan mengaji tiap2 pagi. lepas tu x ada dah... jadi, kami pun mainlah batu seremban dekat dalam surau. tak disangka2. kegiatan kami dilaporkan kepada ustaz. jadi, kami kena panggil ke dataran perhimpunan. aku ingat lagi ayat ustaz.
"firaun pun x main batu seremban dekat dalam masjid kamu tahu"
hahahaha.... waktu tu, student2 form lain tengah exam. jadi x ramai lah yang nampak kami kena denda dekat dataran tu. kena denda apa? ketuk ketampi, kutip sampah dan bersihkan kawasan tepi2 pokok dalam pasu. ustaz kata bagi bersih betul2 kawasan dalam pasu tu. tak nak tengok ada pokok2 kecil dekat keliling dia. bayangkan. sekali aku jenguk dekat dalam satu pasu tu, aku x nampak lansung tanah dia sebab dah kena tutup dengan pokok2 kecik. lol. memang geram jugak la waktu tu. sebab aku x main pun batu seremban tu. tapi sebab aku duduk dekat dengan member2 aku yang main tu, aku pun kena tempias sekali. tapi best apa kena denda sama2. haha. walau pahit terasa manisnya jua.

waktu form 3 juga. kami anti dengan ketua umum masa tu. abang bunga,bukan nama sebenar. asalnya cuma sebab kenakalan kami yang di luar batasan dan kemarahan abang bunga di luar kawalan. maka berlaku lah insiden dia terlepas cakap 'korang takkan berjaya sampai bila2' kalau aku x silap. macam tu lah ayatnya. dan ini sangat menyentuh senstiviti umat tingkatan 3 tahun 2009. haha. mana tak marah weyh. sudah lah pemimpin tambah lagi dengan kata2 yang macam tu. bukankah setiap kata2 kita itu doa? bermula dari titik tu, batch aku. terutama perempuan naik angin. aku x tau macam mana cerita pihak lelaki, tapi perempuan semua naik hangin taufan petir segala bagai. ada lah yang mula buka fail2 rahsia abang bunga. semua kesalahan2 yang dia pernah buat dibongkarkan. ada yang mula bagi pandangan laser kalau nampak dia. dan yang paling x tahan, bila kami tahu dia ada dalam library, bilik pendidikan islam atau apa2 bilik yang x dibenarkan memakai masuk ke dalam nya, maka akan ada lah tangan2 besi yang ambil dan sembunyikan kasut abang bunga dekat tempat lain. nakal betul weyh.. tapi guess what, bila sampai penghujung peperangan, lepas abang bunga minta maaf. semua terima dia dengan hati yang terbuka. mula lah tersebarnya  berita2 baik tentang abang bunga. tutup lah semua cerita2 buruk tentang dia. betul weyh. banyak ayat yang menyatakan 'dia tu baik sebenarnya.','kesian pulak aku buat dia macam tu dulu.' dahh..siapa suruh dia cari pasal... see, minta maaf tu kan amalan mulia. kalau dari awal dia minta maaf, x ada lah perkara2 buruk semua ni jadi dekat dia. hehe

ada satu kisah lagi. tapi ini kisah budak2 lelaki batch aku. diorang ni aku x tau lah apa masalahnya dengan otak diorang ni. tapi memang gila bila ada 2-3 orang student laki batch aku shuffling dekat atas tembok korridor tingkat 3 kelas aku. ni kalau jatuh ni memang kena baca yaasin siap2 la. ada lagi. budak2 laki batch aku ni memang suka fly asrama. ada yang keluar ikut semak lah. apa lah. memang banyak kes fly asrama. tapi yang satu ni aku x boleh lupa. ada dua orang sahabat ni fly siap naik basikal lagi. lepas tu kena hantar balik dengan polis. sejauh mana kebenarannya tu aku pun x pasti. tapi macam tu lah yang aku tahu. ada orang kata, kena hantar dengan polis sebab mula2 nampak diorang tu macam mat indon kot.. serious kelakar. keesokannya, warden asrama denda diorang naik basikal keliling dataran perhimpunan. comel weyh. tengok sorang kayuh, sorang bonceng. pusing2 keliling dataran. ok. ada lagi. ni waktu form 3. budak laki batch aku main perang jepun siap pakai senjata lagi. baling2 batu. gila lah! aku dapat bayangkan keseronokkannya kalau main perang2 macam tu. memang best. tapi kalau sekali batu tu kena dekat kepala orang sampai berdarah atau kena tingkap bilik guru sampai pecah, x ke bala namanya. macam2 lah kepala diorang punya akal.



nahh....sebenarnya banyak lagi story2 gila yang aku nak cerita. belum masuk part yang kena panggil pergi pejabat penolong kanan, x pun pasal barang kena rampas dan pasal bergaduh bertengkar. haha. memang banyak lah.

tapi semua tu dah jadi kenangan manis untuk aku ingat. aku cakap betul, duduk asrama memang best. banyak pengalaman. lagi2 bila kau deal dengan kesalahan dan kenakalan. haha.



that's all for now. k.bye

8 comments:

  1. aku x penah kene dende..see??..nampak game dye kat situ??..hahaha

    ReplyDelete
  2. ok. aku nampak, lagi pun kau pengawas.

    ReplyDelete
  3. lolz...uuntung la..aku??pgalaman skolah yg membosankan...=(

    ReplyDelete
  4. Woi adel...ko tu msuk form 4...time dh baik...ko xde zmn nakal thp melampau tu...best gile...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. kan3??! kalau aku boleh jumpa doraemon, aku nak minta dia bawa aku pergi balik waktu zaman sekolah dulu.hehe^^

      Delete
  6. macam kenai je abg bunga tuh.. ha3.. btw, memang best la post ni.. memamg tak dinafikan.. ceritanya benar2 berlaku...

    ReplyDelete