YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 27 January 2016

family love

assalamualaikum

biasanya kalau dalam adik beradik tu cuma ada seorang anak perempuan, kau rasa dia akan rapat dengan siapa?

untuk kes aku, aku rasa aku lagi rapat dengan mama. dengan abah pun aku rapat, tapi aku lagi manja or dekat dengan mama. ye lah. aku je lah satu satu nya geng mama dalam rumah ni pun. adik adik aku yang lain semua lelaki.

semalam untuk kesekian kalinya aku cuba untuk pujuk mama pergi hantar aku ke airport esok (khamis). dan untuk kesekian kalinya aku gagal lagi. aku tahu mama orang yang tetap dengan pendirian dia. which means kalau mama say no, sampai ke sudah lah mama akan say no. tapi aku pun kadang kadang tak mudah mengalah jugak. jadi aku cuba lagi pujuk mama walaupun dah tahu mama akan cakap 'tak' jugak at last.

selalu nya kalau ada adik beradik kita yang nak pergi belajar jauh, luar negara contohnya, gambaran cliche yang kita nampak ialah keluarga dan sanak saudara satu bas akan ikut hantar ke airport. tak payah sampai luar negara, yang belajar ke luar negeri pun ada yang macam tu. culture mungkin.

tapi berbeza pula dengan kisah aku. minggu ni aku nak fly, minggu ni jugak lah baru aku bagitau saudara mara yang aku dah nak terbang. dan aku pesan, ala tak payah susah susah hantar raihan pun tak pe, pergi 4 bulan je, bukan 4 tahun pun. belagaknya dia ni.

tapi seronok jugak buat macam ni sebenarnya. macam macam reaction kau boleh tengok. ada yang terkejut beruk tak percaya, ada yang marah marah merajuk sebab tak bagitau awal, yang buat macam tak de hal pun tak kurang jugak. no offence

aku lagi prefer bagitau lambat ni or last minute sebab aku tak selesa bila nanti orang banyak tanya dan wish awal awal padahal aku sebulan nanti baru nak pergi, rilex lah sayang.

tapi dengan mama, aku menyesal bagitau tarikh flight aku lambat. aku bagitau abah dulu then beberapa hari lepas tu baru aku ingat aku belum bagitau mama date flight aku. kesannya, adik aku dah banyak ponteng sekolah awal awal, dan mama tak sempat isi borang cuti yang sepatutnya kena isi paling lewat seminggu sebelum tarikh cuti.

tapi sifat tidak putus asa aku tak pudar pudar pulak kali ni, aku tetap tak berhenti cuba pujuk mama untuk hantar aku. akhirnya aku dikecewakan berkali kali sampai aku hilang mood semalam sebab sedih. monyok aku satu hari. mulut muncung itik sejengkal, muka tak manis sikit pun hilang gula. aku tekad satu hari taknak keluar bilik. merajuk dengan semua orang kecuali abah sorang sebab abah je yang nak hantar aku esok.

setelah dua jam aku diam dalam bilik, mama buka pintu bilik aku, jenguk kepala, ajak keluar pergi pasar borong. aku menolak pada mulanya. walaupun rasa bersalah berbuku dalam hati. tapi baru dipujuk mama sekali aku tak boleh lawan lagi. ye lah ye lah. raihan pergi. aku mengalah terus.

sambil jalan jalan di pasar borong, mama pun tanya aku kenapa muncung sangat? merajuk mama tak pergi hantar lah tu? aku terus buat muka sedih. see, mama cakap pasal tu je pun raihan dah sedih. tapi kejap je aku sedih. mama belikan aku blouse satu, aku terus ok. materialistic ke aku ni?

panjang aku cerita. apa point aku sebenarnya?

perasan tak, bila kita dengan orang yang kita sayang, kadang kadang kita lagi mudah terasa dan kecewa? aku rasa sebab kita mesti expect yang best best je dari orang yang kita sayang. contohnya macam kisah aku ni, aku expect mama akan pergi hantar aku ke airport, tapi bila mama tak boleh hantar, aku sedih gila. padahal kalau orang lain aku tak kisah pun. ada yang aku siap pesan tak payah datang lagi. sebab aku malu lah orang ramai ramai kasi attention dekat aku nanti. eh.
dan kita jugak susah nak tolak apa apa je permintaan orang yang kita sayang walaupun time tu perasaan kita tengah tak best. kan? ke aku je yang macam ni? sweet jugak aku ni rupanya. aww

adakah ini yang dinamakan cinta? aku rasa ye kot. cinta antara family member kita. family love?




esok aku nak pergi dah. doakan all is well. may the bless be with me. amin

Tuesday 26 January 2016

road to france #2

assalamualaikum

dulu aku pernah cerita dekat sini yang aku dapat offer untuk join international semester under student outbound program iium-limoges university, france. and, inshaAllah, dua hari lagi , aku fly ke sana untuk program ni selama 4 bulan lebih. flight aku hari khamis malam. dua hari je lagi. lusa okay. lusa ! ho ho ho excited nya mak oii. nak pergi paris woi ! macam mimpi jadi kenyataan ! omaigad ! omaigad ! overnya dia ni!


okay. aku tipu je. aku tak excited pun sebenarnya. instead of excited, aku rasa nervous, risau, dan malas pun ada jugak sebenarnya. mana semangat aku ni. manaaa~


sebenarnya hari ni aku nak story lah sikit pasal aku punya preparation and whatsoever dekat sini. tapi disebabkan phone aku kena hantar kedai, repair screen tak siap lagi (aku ada cerita dekat sini pasal screen aku pecah, once upon a time),


so aku k.i.v dulu lah cerita ni. gambar-gambar dan details preparation nak pergi france ni aku banyak simpan dalam phone. nanti dah baik handphone aku tu aku kasi story dekat sini, okay :)

as for now, i will just draft the rest of the story first.

aku tak ada benda nak cerita sekarang sebenarnya tapi nak tulis jugak. ha macam ni lah jadi nya. macam pointless pulak. hu~

by the way, doakan everything is fine dan dipermudahkan, please =]
will update soon !

Friday 22 January 2016

sister solat jumaat

assalamualaikum

salam jumaat penghulu segala hari.
kenapa hari jumaat ni kita panggil penghulu segala hari? apa special dia?

satu. banyak amalan sunat buat hari jumaat ni, mandi sunat salah satunya. dua, sunnah nabi pun banyak, potong kuku, baca kahfi contohnya. tiga, hari jumaat ni jugak, elok lah kita banyakkan berselawat dan bersedekah. bukan nak kata hari lain tak payah selawat, tak payah bersedekah dah, tapi apa salahnya kan selawat banyak sikit hari jumaat ni kan. okay aku dah tak ada point lain nak hurai

dan untuk orang lelaki muslim, wajib lah untuk mereka pergi solat jumaat pada setiap hari jumaat. aku ada kisah sikit nak cerita dekat sini pasal solat jumaat ni.

kisah ni berlaku masa tengah study week final exam baru ni.
diceritakan exclusive oleh aten dekat aku. dia yang request aku tulis cerita dia ni.
aten roomate aku ni jenis kalau time study week dia rajin gila pergi study dekat library. jauh beza lah dengan aku yang satu sem ni sekali pun tak pernah jejak library. astaghfirullah aku punya pemalas nya nak angkat kaki pergi library tu tuhan saja yang tahu. over pulak cerita pasal malas sendiri heh .

library dekat uia ni setiap hari jumaat, time solat jumaat dia tutup. ye lah. kalau tak tutup nanti ada pulak brothers yang skip solat jumaat menyorok dalam library kan. so aten pun ikut sama lah kawan kawan dia pergi masjid. nak balik bilik, bilik jauh. tak kuasa nak pergi balik bilik - library. kalau balik bilik memang dah tak nampak jalan pulang ke library agaknya sebab jauh dia boleh tahan kasi tiakk basah jugak kalau cuasa panas. alang alang dah dekat masjid tu, aten ikut lah sisters yang lain sama sama solat jumaat since ruang solat wanita dekat main prayer hall masjid uia tu dia memang reserve untuk sisters, tak kasi brothers masuk.

dalam solat jumaat ni, lepas azan, khatib akan bagi khutbah dua session dan sambung dengan solat sunat jumaat dua rakaat. aten pun ikut lah jemaah semua solat bersama sama. kalau nak tahu, ni first time aten ikut solat jumaat. sebelum ni aten belajar dalam kelas je pasal solat jumaat ni.

sebaik saja imam bagi salam lepas selesai solat dua rakaat, masih dalam saf, aten rasa macam keliru dan tertanya tanya. dia pun bertanya dekat kawan di sebelah dia.

a: ni solat jumaat kan?
k: yup
a: bila nak solat zohor?
k: . . . .

setelah krik krik terdiam  dua tiga saat, kawan aten terangkan pada aten. 'sebenarnya, kalau kita dah solat jumaat, kita tak payah solat zohor dah. macam substitute lah lebih kurang'. aten angguk angguk kepala, baru faham. 'weyh selama 21 tahun aku hidup ni, hari ni baru aku tahu lelaki tak payah solat zohor kalau dah solat jumaat', kata aten.

aku pun sejak dengar kisah aten ni baru aku sedar. bukan semua orang tahu apa yang kita tahu. dan bukan semua yang kita tahu, orang lain tahu. ceyh benda sama je ni.

'experience is the best way to learn'



aku yakin aten akan ingat kisah ni sampai bila-bila dan dia akan cerita pasal benda ni dekat cucu cicit dia nanti supaya diorang tak lalui kekeliruan yang aten lalui selama 21 tahun dalam hidup dia.


nota: cerita ni merupakan kisah benar yang diolah sedikit supaya rasanya lebih sedap secukup rasa. lidah i lidah omelayu campur omputeh kalau nak tahu.

sekian.
sollu alannabiy. it's jumaah =]

Thursday 21 January 2016

family and stranger

assalamualaikum

dalam dunia ni, aku rasa tak ada seorang pun manusia yang tak pernah ada masalah dan tak rasai kesedihan. bukan realiti lah nama nya kalau hidup ni sentiasa gembira, ceria, bahagia bebas masalah kan. setiap orang mesti ada masalah masing masing. kalau tak masalah pun, mesti ada sesuatu yang mengganggu ketenangan dia. tak kisah lah besar atau kecil, tapi aku yakin benda ni wujud dalam hari hari setiap makhluk yang bernama manusia.

lately aku asyik terfikir pasal satu benda ni. dah tiga empat hari dah benda ni singgah dekat otak aku. sampai aku rasa macam nak tulis dekat sini. pernah dengar tak something yang maksudnya macam ni; 'family feels like stranger and stranger becomes like family' ?  random je benda ni. aku pun tak tahu kenapa aku asyik terfikir pasal benda ni.

what if kau rasa family kau macam asing gila dengan kau, sakit ke sihat kau dia tak kisah pun. kau ada masalah ke tidak dia tak pernah kisah. makan ke tak kau hari ni dia tak pernah ambil tahu. asalkan kau hidup sudah. entah entah kalau kau mati pun dia tak sedih sikit pun.

apa perasaan yang kau patut rasa? tak kisah? sedih? dengki? benci?

what if kalau kau rasa kau asing gila dengan family kau. kakak kau dah makan belum, abang kau sihat ke tak, adik kau ada masalah ke tak, kau tak kisah pun. yang penting kau tahu diorang hidup je dekat dunia ni. mungkin kalau satu hari ada orang bagitau kau yang kakak kau kena kejar ahlong pun kau tak risau sikit pun.

macam mana pulak kalau family kau sayang atau caring dengan stranger lebih dari dia sayang dan care dengan family kau? contohnya macam abang kau sayang dan ambil berat tentang adik angkat dia lebih dari dia sayang kau dengan adik beradik kau? kalau adik angkat abang kau ada masalah, abang kau berusaha sungguh sungguh nak tolong dia walau terpaksa tak tidur malam, berhabisan duit tolong adik angkat dia. tapi kalau adik kau ada masalah, abang kau sikit pun tak pusing muka, tak ambil kisah. padahal antara kau dengan adik angkat dia, mesti lah kau lagi dekat dengan dia.

apa perasaan yang sepatutnya kau rasa? tak kisah? marah? dengki?

apa pulak yang patut kau buat? hantar spy? belasah dia? slow talk? ubah diri sendiri?

kita tak tahu apa yang family kita rasa dengan kita. mungkin kita yang paling annoying, paling banyak cakap, atau paling sensetif. tapi kita tak tahu apa yang family kita betul betul rasa dekat dia. siapa kita dalam hati diorang. yang paling penting? yang paling disayangi? yang paling berharga? atau yang paling menyusahkan? entah. kita tak tahu.



setiap orang ada perasaan dan cara masing masing bila dia dengan family dia. bagi aku, selagi dia keluarga kita, darah daging kita, dia ada hak dia yang kita kena bagi. apa yang patut dan apa yang tak patut. dalam family ni, sense of belonging tu penting kot. kau tahu dia family kau, dia tahu kau family dia. kalau kau treat keluarga kau elok elok, dengan yang sepatutnya, kau pun ada di layan dengan baik inshaAllah. What you give, you get back ye tak? fitrah kot, untuk kita masing masing rasa sayang dekat keluarga sendiri, darah daging sendiri. perasaan tu ada dalam hati sejak lahir. betul ke fitrah eh? atau pun, kita yang di didik untuk sayang keluarga kita sebenarnya? confius pulak aku. the rest, masing masing fikir. aku pun tak tahu. haha

Whatever 


Weyh aku tak tahu kenapa aku fikir pasal benda ni. mungkin time sem break ni dah tak ada benda sangat aku nak fikir agaknya. blergh