YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday 18 January 2013

masa

assalamualaikum

peristiwa ni berlaku sejam yang lepas. sebabkan besok aku dah nak gerak pergi ke kl, tinggalkan perak, jadi malam ni aku memang sibuk lah nak packing barang (akibat rilex sangat, konon hebat sangat bab packing2 barang ni). ini nak letak dalam beg tu yang tu nak letak dalam bag ni, yang ni tak beli lagi, yang tu tak susun lagi. parah...parah... jarang sekali aku kelam kabut macam ni bila nak packing barang. selalu nya pakar dan professional lah kan aku ni... besok nak balik, hari ni barang dah siap beratur depan pintu..huhu

tengah sibuk2 aku packing2 barang, tiba2 abah panggil
abah: raihan, sini kejap.
me: kenapa?
abah: sini la kejap, tengok ni, gambar puteri.
me:'puteri mana pulak ni?~' mana gambar nye?

abah selak2 album gambar dekat atas meja makan.
'eh, ni album gambar aku ni.'
satu-satu gambar aq dari kecik sampai besar abah selak..banyak jugak gambar aku..haha...dalam adik beradik aku, memang album gambar aku yang paling banyak pun...photogedik kan...haha.. kelakar nya aku kecik2 dulu..comel3..puii...

abah:  mana ye..abah nampak tadi...

abah selak2 lagi album gambar aku tu

abah: ha..ni dia...
sambil tunjuk dekat satu gambar ni
->gambar aku masa darjah berapa entah pakai baju kawen makcik aku.

me: abah ni, buat malu je la...
*buat aku rasa malu

cepat2 aku tutup album tu.pap!

cepat nya masa berlalu. tak sedar pun masa berlalu. x sedar pun diri dah besar. x sedar diri pun ada. haihh...hari ahad dah balik cfs, start sem 3...

dulu  aku pernah dengar mama pesan dekat along, kakak sedara aq.
sekarang dah masuk universiti, sikit lagi dah nak kerja, lepas tu nak kawen pulak
betul weyh. dulu, masuk sekolah menengah, rasa macam baru semalam ambil upsr, dah habis spm, rasa macam baru semalam masuk tingkatan 1, dah masuk u, rasa macam baru semalam habis spm. sekarang dah masuk sem 3 dekat cfs. rasa macam baru minggu lepas daftar masuk cfs. masa...cepat...cepat...cepat...

hargailah masa.


Tuesday 1 January 2013

passed 2012

assalamualaikum
i am here again.

alhamdulillah. it's 2013! dah besar dah aku. dah 19 tahun. macam tak percaya je weyh! rasa macam cepat gila masa berlalu.



kali ni, aku conteng dengan penuh perasaan.

tadi, sharp 00:00:00 1.1.2013, aku buka radio. mula2 aku buka era.fm. countdown. lepas tu tukar hot.fm. countdown. lepas tu tukar ikim.fm. countdown. tapi tak tukar dah. countdown ikim lain dari countdown yg lain2. countdown dia sebut ALLAH 10 kali sebelum 00:00:00. lepas countdown, ada doa. ada sorang ustaz tu baca. apa nama dia, aku tak tahu. aku tadah tangan. dalam doa tu, ustaz tu baca doa minta supaya dosa2 diampunkan, doa mohon kejayaan, doa untuk ibu bapa. doa biasa. siap dalam bahasa melayu lagi. tapi aku tak tahu kenapa. meleleh pulak air mata aku. ustaz tu pun sama. begetar2 suara dia baca doa.

sebak pulak. bila fikir... 2012 dah habis. sekarang dah 2013... lepas ni dah x ada lagi 2012... masa tak akan berulang. tak boleh diulang. aku cuba ingat balik peristiwa2 yang berlaku dalam 2012. macam2. ada pahit. ada manis. ada masam. ada masin. ada payau. kelat pun ada. 2012 aku belajar duduk rumah 5 bulan. jadi housekeeper dan penunggu setia dekat rumah selama 5 bulan. buat bisnes online. first time mama n abah lepas aku naik bas sorang2, dapat lesen, dapat result spm, pergi sekolah sambut hari guru as alumni, masuk cfs, dapat roomate yang sekarang aku sayang sangat, belajar macam mana nak bangkit bila tergolek, lalui fasa kenalpasti identiti diri, belajar untuk sayang diri sendiri, belajar dan lalui itu ini. macam2 yang dah jadi. itulah 2012 aku. 2012 aku dengan 2012 kau berbeza. tapi mungkin ada yang sama. tahun baru kali ni, aku rasa lain. tak macam sebelum2 ni. kalau sebelum ni, tahun baru aku depan tv ruang tamu dekat rumah. kalau bukan dekat rumah aku, dekat rumah nenek aku. tapi kali ni dekat cfs. exam week. ramai orang dah balik rumah. dah habis exam. tinggal beberapa kerat je lagi. bukan dekat depan tv. bukan dekat rumah. bukan dengan family. kalau dulu, aku dengan adik2 duduk dekat tepi sliding door nak tengok bunga api. tapi kali ni. aku duduk dekat meja study. dengan buku yang sana sini bertebaran, tengok bunga api dari tingkap bilik. dengan rooomate yang sama2 rasa sayu macam mana aku rasa.haha.ayat~

azam. jujurnya aku kata, aku tak fikir lagi azam 2013 aku. tapi azam 1434 hijrah aku dah fikir hari tu. boleh je kalau aku nak guna sekali kan? azam aku kali ni tak banyak. sebab aku rasa yang tahun lepas punya pun ada yang tak settle lagi. tahun ni punya azam, ada satu je. nak buat dan tengok mama n abah happy. ades lagu kuch kuch hota hei ni....buat mata aku hujan pulak tengah pagi ni.

sebenarnya, aku tulis ni. sebab aku nak bagi aku ingat bila aku baca balik nanti. yang masa takkan berulang. tapi akan terus bergerak. semakin masa berlalu, semakin dekat kita dengan mati. semakin banyak kesalahan yang kita buat. semakin kita sepatutnya cari DIA. semakin banyak nikmat yang DIA bagi kita pinjam. semakin banyak dugaan dan cabaran kita.

dan. untuk kau, kau, kau dan kau. terima kasih. sebab dah banyak warnakan hidup aku, lengkapkan lompong2 cerita hidup aku, bagi aku rasa macam2 rasa. biar pahit atau manis rasa yang kau bagi, aku tetap hargai.



it's 2013. it's a new story. 2012 was a history. let's make our 2013.
tak tahu apa yang akan aku lalui dalam 2013 ni.
cuma aku mohon kita sama2 berjaya. tak kira dalam apa jua.
assalamualaikum.