YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sunday 23 March 2014

midsem break: to-do-list

salam alayk

mid sem break dah!

maka macam-macam lah plan yang nak di buat pada masa cuti ni. kali ni aku rasa semacam berwibawa sikit sebab kemain ada to-do-list untuk break kali ni. ada gaya macam datin datin persatuan ha. ber-planner siap!

-jogging at least once per two days.
-qiamullail hari hari
-dhuha hari hari
-mathurat pagi n petang
-quran pagi n malam
-study at least 3 hours everyday.
-tolong mama housekeeping


orang kata, kalau kita share apa yang kita nak, boleh kasi up semangat gitu. tapi tak ada siapa2 aku nak share kan benda ni, aku tulis aje lah dekat sini. kasi aku baca sendiri bila terlupa. harapnya semangat aku sebesar cita-cita aku.

mungkin to-do-list aku nampak simple bagi orang lain. but still, aku masih mahu cuba bangun dari satu tempat yang jauh di bawah setelah rebah berkali-kali. semoga Allah permudahkan. :)


Saturday 15 March 2014

exam fever

salam alayk

cepat nya masa berlalu, minggu depan ni dah mid term exam. rasa macam baru seminggu masuk u.

bila time nak exam ni, benda yang aku paling tak suka ialah stress + homesick. boleh kata hampir setiap kali nak exam, simptom2 ni akan kena dekat aku. kalau call rumah, cepat je banjir. kalau buat latihan tak dapat jawapan, cepat je nak give up. rasa macam tak pernah belajar. teruk ni....teruk..... bukan main lagi cita2 nak score sem 1st so next sem boleh apply scholarship. kalau macam gini gaya memang kelaut la aku. aku risau sebenarnya, takut result 1st sem ni rendah macam dekat cfs dulu. lepas tu baru nak terkejar2 kumpul pointer lagi. tu pun jatuh jugak. haihh. benda lepas tak boleh nak ubah dah. jadikan sebagai pengajaran. jangan leka lagi. please raihan, puh-lease lah!

next week, hari2 ada benda nak kena hadap. kalau x exam, quiz n lab test. all the best untuk aku. jangan lalai. jangan lupa, belajar kerana Allah.

*tadi keluar beli tiket. weyyy...dah nak masuk dua bulan tak jumpa family!! homesick sangat dah ni. boleh la start packing barang n countdown nak balik ni. hehe

wassalam

Tuesday 4 March 2014

short message

tiada manusia yang kekal hidup. semua nya akan hadapi kematian. tapi kita semua berbeza, sama ada sudah bersiap sedia untuk ke alam yang seterusnya atau masih leka dengan dunia yang sementara.

sementara Allah beri peluang kita untuk mengingatiNya, gunakanlah peluang itu sebaiknya. seperti Dia di hadapan kamu dan kamu melihat Dia.