YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday 9 November 2012

kawan dan sahabat

assalamualaikum

hah! aku dekat sini lagi hari ni. mungkin untuk kali terakhir sebelum aku start balik study untuk sem2 minggu depan. semalam. ada 'somebody' bagi aku suggestion untuk tajuk hari ni. setelah aku cari sana-sini, aku rasa idea aku dah cukup untuk tulis pasal ni.

kawan dan sahabat. bezanya.

berdasarkan pusat rujukan persuratan melayu:
sahabat : 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~;

tapi bila akusearch pasal kawan, x jumpa pulak apa yang aku nak cari. jadi, aku minta pendapat beberapa orang member aku tentang beza antara kawan dan sahabat. macam2 definisi dan pendapat. 
kawan tyme happy snang dpt

sahabat tyme sedih selalu ada

hahaha-along
kwn tu ~ bg aq la ..
erm .. sumone yg kite knl nme ,,, knl tego ble kite jmpe ??
tp shbt ....
sumone yg boley smbong nyanyian hati kite ble kite lpe lirik die ..-tikah
.bg aku kawan ni , semua org kawn means xde limit..but sahabat ni up sikit..always there when we need them xkire susah or sng..kawan sng nak cari..buat sahabat payah.. n yg pasti sahabat akn sntisa bimbing till jannah..=) hoohh-izzah
dan ada pula yang macam ni pendapat dia:

kawan ngan sahabat nie same jer-cimci
ok. tu pendapat orang la kan. pendapat tak semestinya betul dan tak semestinya salah. bagi aku sendiri, kawan dan sahabat ni ada persamaan dan perbezaannya. persamaannya, dua2 kenal kau, dan kau pun kenal dia. dan perbezaannya sangat lah banyak.mengikut otak dan pemikiran aku, kawan ni, macam yang  di mention kan di atas, orang yang kita kenal nama, rupa dan muka dia. kenal nama tak semestinya kita kenal hati, perangai dan pemikiran dia kan? dan kawan tu juga sinonim dengan orang yang bersama kita bila kita suka dan gembira. tapi bukan dia yang kita cari bila kita sedih dan duka. bila kau sembang dengan dia just say salam, hi, tanya2 sikit dan end. 

sahabat pulak. insan yang kenal, tahu, faham kau dari segi luar dan dalam. maksud aku dia kenal nama, muka, rupa kau dan dia juga kenal, tahu, faham perangai, kerenah, pemikiran kau. dia terima kau sebagai insan yang dekat dan hampir dengan hati kau. sampai boleh kata macam air kalau dicincang takkan putus. macam adik beradik. kalau ikut kata orang dulu2, sahabat ni orang yang selalu dekat dengan kau. yang dekat mana kau ada, dekat situ juga dia mesti ada. tapi dengan kemodenan yang kian meningkat tanpa titik henti sekarang ni, walaupun kau jauh dengan dia, tapi dia lah orang yang kau selalu contact x kira suka atau duka. ada je benda kau nak story. kau nak dia tahu. dan macam tu juga dia. bila keburukan kau dia simpan, kebaikan kau dia hebahkan, kisah hati kau dia boleh baca, bila kau susah, dia akan usahakan supaya dia boleh tolong kau, dan , bila dia tak ada, kau akan rasa sangat2 ketiadaan dia tu. kau akan rasa...rindu.maybe? then, dia adalah insan yang lebih bermakna dari seorang kawan biasa.





kalau kita tengok kisah sahabat2 nabi muhammad s.a.w. saydina abu bakr tak kisah kalau dia kena patuk dengan ular demi rasulullah, saydina ali sanggup tidur di katil rasulullah sedangkan dia tahu rumah tu dah dikelilingi manusia yang sangat bencikan rasulullah.lagi kisah saydina abu bakr mengorbankan hartanya yang bukan sedikit untuk membantu jalan dakwah rasulullah. saydina umar pulak dulu punya pandang rasulullah dengan benci akhirnya dia yang melindungi rasulullah walau dia tahu nyawa dia boleh melayang macam tu je. banyak sangat la weyh kalau aku nak cerita dekat sini pasal kisah sahabat2 rasulullah. kalau kau nak tahu lagi, boleh google atau cari mana2 buku yang berkenaan. dan itu semua kisah persahabatan yang boleh bawa ke syurga.

but the main point aku nak cakap dari cerita2 di atas, sahabat tu, kalau dia buat apa2, semua nya ikhlas. dia butakan saja apa2 yang buruk yang akan menimpa, dia tak minta apa2 balasan untuk kebaikan yang dia buat untuk kau. walau pun dia tahu dia perlu berkorban. besar makna sahabat ni. manusia yang mendekatkan kita pada DIA. yang ingatkan kita pada DIA bila kita lupa dan bawa kita kembali pada jalan DIA bila kita tersilap jalan. dan yang bila dia nak bantu kau, dia tak rasa ianya sebagai satu beban atau sesuatu yang menyusahkan. tapi tak semua sahabat tu asalnya memang baik macam malaikat. ada je yang sahabat dia bukan asal dari golongan yang kuat pegangan agama dalam jiwa. tapi dia tak pangkah kau bila kau ingatkan dan nasihatkan dia. dan mungkin juga, dia support kau untuk teruskan jalan dakwah kau. kan? but in the end, kalau salah seorang baik, yang lagi seorang tu mesti baik jugak kan. sebab tu, orang tua2 selalu pesan kena bijak pilih kawan. mungkin 'kawan' yang dimaksudkan dekat sini ialah sahabat. sebab kalau sahabat kau jual minyak wangi, kau pun akan dapat wanginya. tapi kalau kau bersahabat dengan tukang besi, kau pun dapat lah bau besinya. aku tak kata orang yang jual minyak wangi tu semestinya baik dan orang yang kerja tukang besi tu seharusnya tidak baik. tapi sahabat tu kan cermin pada diri kita. kalau kau bersahabat dengan orang2 yang baik, insyaAllah kau pun akan jadi baik dan begitu juga sebaliknya.

dalam erti kata lain, kawan tu cuma kawan. orang yang kau sekadar kenal macam gitu2 je. kawan tak boleh jadi sahabat. tapi sahabat boleh jadi kawan. sahabat kadang2 macam adik, kadang2 macam kakak/abang, kadang2 macam cikgu/ustaz/ustazah. tapi sebenarnya, sahabat dan kawan ni ada definisi yang pelbagai lebih2 lagi dari pemikiran lelaki dan pemikiran perempuan. btw, apa2 yang aku tulis dekat sini, datang dari fikiran dan pemikiran aku. harap faham.

 TAK semua kawan boleh jadi RAKAN, 
TAK semua rakan boleh jadi TEMAN, 
     TAK semua teman boleh jadi SAHABAT, -babylove 






tapi. aku selalu jumpa soalan 'boleh ke laki dengan perempuan jadi sahabat?' bagi aku, untuk jadi kawan tu, boleh. tapi untuk jadi sahabat tu tak kot. sebab mesti akan timbul satu perasaan lain kalau laki dan perempuan ni jadi 'sahabat'. jadi, cepat2 lah elakkan kalau kau tak nak. ni, bagi aku la. tak tau la macam mana pula bagi orang lain. malas nak ulas lebih pasal soalan ni. 

that's all for now. k.bye. assalamualaikum


4 comments:

  1. malu la saya..malu la saya..malu la saya.. ^^~

    ReplyDelete
  2. hambuih. cimci pun ad. haha~ maju33

    ReplyDelete