YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday 2 November 2012

macam2 perangai

assalamualaikum.

again, after yesterday, aku post entry baru lagi. rajin kannn?!

asalnya aku x ada topik pun nak tulis apa kali ni. tapi aku nak tulis jugak. pasal apa2 yang terlintas lalu kat otak aku ni.

then, aku teringin nak tulis pasal adik2 aku. story2 diorang yang sampai sekarang kalau aku ingat, boleh datang macam2 perasaan.

first yang paling aku ingat, waktu aku darjah satu, first time dapat adik. setelah 7 tahun beradikkan teddy bear. lol. kausar lahir. seriously aku happy sangat. sampai guru besar aku panggil aku dalam kelas. bagitau aku dah dapat adik dan kejap lagi abah nak ambil bawa pergi jumpa adik baru. hoho. hebat x aku. sampai guru besar panggil lagi. memanglah. sebab guru besar tu kawan abah aku. lol. bila mama dan kausar dah balik rumah, keseluruhan masa aku dekat rumah aku habiskan untuk main dengan dia. kalau dia tidur, aku tidur sebelah dia. mama kata, dulu aku selalu sepak kausar waktu tidur. sampai abah kena teman aku tidur dekat bilik aku. tak nak kasi aku tidur dengan dia. bila kausar dah besar sikit, x lah besar sangat pun, waktu umur dia dalam 6-7 bulan, aku teringin nak dukung dia. mula2 mama x bagi. tapi aku nak jugak. jadi aku pun angkatlah dia. baru nak angkat, gedebuk. jatuh budak tu! muka mayat aku waktu tu! takut, risau, sedih, semua ada. kausar nangis, aku pun nangis. lol. tapi alhamdulillah sangat doktor kata x ada apa2 pun yang jadi kat kausar. dan since hari tu, aku memang x dukung dia dah. sampai dia dah 2-3 tahun baru aku dukung lagi. rasanya.

ok. tu kausar masa baby. bila dia besar sikit, dalam umur 3-4 tahun macam tu, ada satu story yang sampai sekarang bila ingat serious aku rasa nak gelak! waktu tu, kami baru pindah ke rumah yang kami duduk sekarang ni. jadi, kunci2 rumah semua belum di bahagi2kan dengan baik. satu malam, entah macam mana, kausar yang comel tu terkunci dalam bilik mama n abah. nak dijadikan cerita, semua kunci bilik ada dekat dalam bilik yang terkuci tu. di mana cuma kausar seorang aje dalam tu. macam2 la cara kami guna untuk buka balik pintu tu. tapi tak jadi. nasib baik waktu tu, aircond dalam bilik tu buka dan kausar pulak seronok tengah hisap botol susu. lagi satu, paling lega sekali bila ada satu tingkap bilik tu yang x berkunci. macam2 kami suruh kausar buat nak bagi buka balik pintu tu. sebabkan dia pendek lagi waktu tu dan memang x reti nak buka pintu, maka x terbukak2 lah pintu tu. hampir sejam lebih kausar stuck dekat dalam tu. bila aku tengok dia dari tingkap. leleh air mata aku wehh. sedih betul aku tengok dia sorang2 terkunci dekat dalam tu. akhirnya abah pun telefon la kawannya yang merupakan seorang anggota bomba dan penyelamat. sangat teruja bila pakcik tu bawak member2 nya naik lori bomba yang besar tu. siap dengan pasang lampu biru merah lagi! lama jugak la nak tunggu pakcik2 bomba buka pintu bilik tu. sempat jugak la aku sambung nangis dua tiga kali. sampai tertidur2 kausar dekat dalam tu. kesian betul aku dekat dia waktu tu...finally, alhamdulillah, guna card hotel, pintu tu berjaya dibuka.

sekarang, dah besar dah budak kausar tu. dah darjah 5 dah. hoho. dua tiga tahun lagi, sama la agaknya tinggi aku dengan dia. tapi dia ni makin besar makin sensitif. kalau cakap nada keras sikit, dah terasa. kena lembut sedia kalau nak cakap dengan dia. lepas tu, dia ni agak pemalu orang nya. macam aku. haha. nampak macam tipu je. lol. sampai bila dia darjah 3 dulu.kot? aku pun x berapa pasti. dia dapat masuk acara lari untuk hari sukan. tapi bila hari sukan tu, dia x pergi sekolah pun, sebab malu nak lari depan orang ramai. nanti ramai orang tengok. haha. serious aku macam x berapa boleh terima dia macam tu. pemalu. btw, dia adik aku.



then, widad. adik aku nombor dua. bawah kausar. dia ni dulu kecik2 bibik yang jaga. bukan maksud aku dia tinggal dengan bibik. tapi sebabkan mama x nak hantar adik2 aku ni pergi nursery, jadi abah ambik lah bibik seorang. since dia lahir, sampai dia umur berapa, aku x ingat, memang waktu siang dia, masa mama n abah kerja mesti dengan bibik. jadi, dia ni banyak mulut. banyak tanya, suka makan, lasak dan macam2 lagi lah dia ni. tapi dia ni ramah x macam abang dia. kalau dalam kereta, dengar suara dia je dok memekit. menyanyi, sembang, ada je lah yang dia nak cakap. dalam kereta, dia diam bila tengok movie je. ha! aku teringat. widad ni satu2nya adik aku yang waktu kecik2 hisap puting baby tu, sampai berapa tahun entah dia setia dengan benda tu. haha. kalau mama simpan, pandai lah dia cari sampai jumpa. lol. dulu, dia kata nak jadi ustaz bila besar. tapi sekarang. kerana dia terlalu suka makan, dia kata nak jadi tokey kedai makan. haha. serious dia ni kuat makan. sampai tok aku selalu bising pasal dia kuat makan. btw, dia adik aku.



haaa..adik aku yang last. hanan. sekarang darjah satu, tapi tinggi dia sama dengan widad yang sekarang darjah tiga. teramatlah manja. sampai sekarang, kalau naik kereta, nak duduk depan, atas riba mama. lol. dan ini sangat tak boleh diterima oleh aku. tapi ok lah. sekarang ni kalau ajak duduk belakang dengan abang kakak dia, dia nak la juga. tapi kalau dia buat perangai, pindah balik duduk depan dengan mama. nak kata punya manja nya dia ni, tahun ni, dia masuk sekolah, hari pertama aku teman. dia tak bagi aku balik. suruh aku tunggu dekat depan pintu kelas. kasi dia nampak. bila aku nak balik, dia keluar dari kelas selamba dia je walau pun waktu tu cikgu ada dalam kelas. bukan dia x pernah pergi sekolah tu. dulu siap pra-sekolah dekat sekolah tu jugak. mama kata, waktu dia 6 tahun, mama tunggu sampai seminggu je. tapi tahun ni. dua minggu dia belasah. tapi aku kan kakak. teman je la dia. berdiri dekat tepi kelas dia. tapi seminggu je aku tahan. yang seminggu lagi tu mama n abah take over. haha.

lagi satu cerita hanan. waktu dia 5 tahun, masa hari sukan, dia kena main 2 game sukaneka. waktu kitorang sampai dekat padang sekolah tu, muka dia happy je. tapi bila cikgu panggil masuk barisan bawah khemah, dia dah buat muka kelat. jadi, aku dan mama pun pergi lah teman dia sekali dekat bawah khemah tu. aku paling nak gelak bila ingat ni. bila cikgu panggil dia untuk main game yang pertama, dia geleng, x nak. tapi dia pergi jugak sebab mama pujuk. tapi nangis2! haha. maka bermainlah adik aku ni dengan air mata yang berjurai2. tapi, team dia menang no 2. lol. aku rasa kelakar sangat waktu tu. lepas tu, dia ajak mama balik. x nak duduk situ dah. waktu tu, adik aku ni macam aku, x boleh kena panas, nanti darah hidung. dan hidung dia berdarah. jadi kami pun balik lah...maka game dia yang ke-2 tu dia tinggalkan macam tu aje. tapi waktu tu hidung dia x lah berdarah teruk pun. sampai kereta je dah berhenti dah pun darahnya. mengada2 je tu. btw, dia adik aku.



dan sampai sekarang aku ingat macam mana aku basuh berak adik2 aku. main dengan diorang, bangun malam2 bancuhkan susu.budget macam aku ni mama je.lol. tapi sebab abah x suka kejutkan mama malam2 untuk bancuh susu adik2 aku, maka aku lah mangsanya. aku lah yang kena bangun, menonong2 ke dapur bancuh susu adik aku dengan mata yang separuh terbukak.

naahhh...cerita sikit pasal adik aku pun dah macam ni panjang dia. tu baru sikit. tapi mama kata, walaupun adik2 ni perangai macam2, perangai raihan jugak yang paling lasak. heheh..anak mama jugak kan..^^

terima mereka seadanya. sayangi keluarga anda.



see u later,bloggy.k.bye


No comments:

Post a Comment