YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday 31 October 2013

the down: result

Assalamualaikum

Hye

23-27 haribulan 10 baru2 ni aku join salah satu program yadim, training of fasilitator yang sangat superb dekat kem btn bukit sagu. Yang tu, nanti aku cerita. Belum datang mood nak cerita sekarang.

Now.

Kisah hati aku, lebih baik jangan baca. Kalau nak baca, jangan komen apa2. Aku tak mahu komen, cuma nasihat.

Petang tadi aku baru dapat result final exam haritu. Seriously lepas nampak latest cgpa tu aku macam down sangat2. Kecewa dengan diri sendiri sebenarnya. Aku rasa, macam dah buat yang terbaik untuk exam haritu, tapi tup2 result keluar macam gini. Siapa tak sedih kan,takkan nak happy kot. Masa solat tadi pun aku macam teringat2 je result aku. Dalam doa pun macam tergambar2 je result tu. Macam mana nak bagitau mama n abah nanti. Benda ni maybe nampak simple. Result cfs je kot. Tapi kita tak tahu kan....apa yang ada dalam hati parents kita...Tapi aku masih bersyukur. At least aku tak jatuh banyak. At least aku lulus. At least aku tak kena repeat. Alhamdulillah.

Apa2 pun aku terima result ni. Ini yang ALLAH berikan pada aku. Mungkin ini yang terbaik. tapi melayang jugak la semangat ni kejap tadi. Macam malas nk buat apa2. Malas nak fikir apa2. Paksu minta tolong pun aku macam nak tak nak je buat. Nak reply msg orang pun mcm terpaksa je reply. Ampun sangat2 kalau ada siapa2 yang terasa dengan msg aku hari ni. besok nak keluar dgn aida, moga dapat recover sepenuhnya.

Nasihat kan aku.

Bye


Monday 21 October 2013

astaghfirullahal'azim

salam alaik.
hye

iman manusia turun naik. kejap kita baik, kejap kita jahat.

maafkan kesalahan orang lain, minta maaf atas segala kesalahan kita, maafkan diri sendiri.

dengar macam senang. tapi, heh. tak senang. susah. erm. tapi depends pada iman masing2 sebenarnya.

kalau kita susah memaafkan? muhasabah diri, tanya hati, kenapa susah untuk memaafkan? Allah jadikan setiap perkara itu bersebab. then, why this happen to me? jawab sendiri. you know yourself better than anyone knows.

dan jangan lupa. Allah ada. Allah tahu.

maafkan semua salah dan silapku. sungguh aku cuma manusia yang penuh kekhilafan. aku manusia. aku serba kekurangan. aku perlukan kau untuk tegur kesalahan aku, untuk aku jadi manusia yang lebih baik, sebaik kau.

faghfirli ya rahman, faghfirli ya rahim faghfirli ya rabbal 'alamin.

goodnight.

bye


works 2

salam alaik.
hye

erm. ada masa sikit lagi sebelum masuk waktu maghrib, gatal tangan nak type2. so here i am.

semalam. eh. dua hari lepas aku tanya mama, raihan nak kerja boleh? then finally! mama kasi! bhahaha! erk. alhamdulillah.... tapi... mama kasi, tapi dengan bad things yang aku akan dapat kalau aku kerja. raihan x jeles ke, kalau raihan kerja nanti tak dapat ikut kitorang pergi jalan2.. penat la kerja ni raihan, kalau dok rumah boleh rileks2... macam2 lah cerita nya. tapi abah, ok, cool macam biasa.

 so, tengok lah, hujung bulan ni ke, bulan depan ke, doakan ada kerja yang baik untuk aku diluar sana. n_n

bye


Saturday 19 October 2013

work?

salam alaik
hye

since dari sebelum exam final dekat cfs haritu, aku dah bagitau mama n abah, cuti 3 bulan nanti, raihan nak kerja. abah said yes. and mama said tengok lah macam mana~ [mcm biasa, mama dari dulu lagi x kasi aq kerja. but its ok ..i dont mind]. tapi tu dulu masa lepas spm, kena ambil lesen kereta, x la rasa sangat kalau mama x kasi kerja pun.

sebelum ni, aku x pernah cuti lama, selalu cuti, tambah tolak 2 minggu je sebab aku amek short sem dekat cfs. kali ni, ni first time aku cuti panjang, cuti 3 bulan. teringin nak cari pengalaman menjadi seorang yg 'ber-kerjaya'. bak kata kakak saudara aku, bila kerja ni, kita tahu la nak hargai sikit duit tu, tau susah senang macam mana nak dapat duit.

so, dari hari mama n abah ambil aku balik dari cfs hari tu, aku tanya balik dekat abah. abah, raihan nak kerja cuti ni, boleh? abah kata, cuba tanya mama dulu. aku pun tanya, mama, cuti ni raihan nak kerja boleh? mama kata.... [as guessed.] duduk rumah je lah... jaga rumah, kemas rumah, tengok adik2... aku x kisah, sebab ye lah.. maybe baru nak start cuti, kan... mama nak aku duduk rumah dulu kot. ok lah... aku pun memang rasa xnak kerja lagi.

hari tu, masa dekat rumah makcik[before balik rumah], pakngah ada ajak aku kerja dengan dia. kerja dekat jabatan perdana menteri, sebab pakngah kerja dekat situ. mama macam hesitate je nak bagi, jadi aku pun xnak la pasang harapan. nanti sedih pulak

tapi hari ni, dah masuk seminggu duduk rumah, member2 pun ramai yang dah start kerja, kalau bulan depan boleh kerja, boleh la aku menabung untuk beli dslr ke..tukar handphone baru ke..pergi travel ke.. .hehe. jadi hari ni, malam ni, aku nak tanya mama lagi, nak pujuk mama lagi. mama, raihan nak kerjaaaa, boleh laaaa.... T__T

gambar sekadar hiasan dan peringatan =]

bye

[share] Terfaktab Zine: Kita Berbeza

sharing this because i just want to share. (and for me to keep this article, actually) nice story. nice to read.

Terfaktab Zine: Kita Berbeza: Aku pernah bekerja sebagai cleaner semasa aku belajar di Kent. Aku bekerja di tiga tempat; university, private apartment and private resid...

Friday 18 October 2013

10/18/2013

salam alaik

hye

life is full of up and down.

kejap dekat atas. kejap dekat bawah.

kejap suka, kejap sedih,
kejap gagal, kejap barjaya,
kejap sayang,kejap  benci
kejap malas, kejap rajin
kejap bercinta, kejap putus cinta,
kejap kena puji,kejap kena keji

sometimes it is hard, and sometimes it is easy
why?
because that is what we called LIFE
smile =]


mood: undefined
bye