YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 10 September 2014

Lesson for kiddo

Kelas adab untuk kanak2 sangat perlu dipopularkan lebih2 lagi dekat malaysia ni. Sejujurnya, budak2 zaman sekarang dah semakin kurang adab. Saya angkat tangan surrender awal2 mengaku diri sendiri pun tak habis khatam lagi tata tertib adab santun yang sepatutnya dipraktikkan oleh seorang gadis melayu muslim.
Secara kasarnya, aku yakin bukan aku sorang je yang nampak perkara ni. Tak rasa bersalah buang sampah merata2, rasa bangga bila dapat keluar rumah senyap2, tak hormat ibu bapa, dengar nasihat guru macam dengar radio klasik nasional, balik kampung terus masuk tengok tv dekat ruang tamu, tak menyempat nak salam saudara mara, lelaki dan perempuan main tepuk tampar tak berlapik suka hati macam tak ada beza jantina dan macam2 lagi.
Aku ingat dulu masa kecil, mama dan abah selalu hantar aku balik kampung setiap kali cuti panjang. Memang aku suka balik kampung, boleh mandi sungai, main layang2, jalan2 tengah sawah, berkelah dengan jiran dekat belakang rumah, main mesin padi, pakai inai dari pokok inai rumah pakcik umaq, makan ikan fresh, dan banyak lagi keseronokan duduk dekat kampung ni. Tapi ada juga yang tak best. Kena mengaji ikut turn (selalu dekat rumah mengaji sorang2 dengan abah). Tak boleh keluar merayau lebih dari kawasan rumah jiran, kalau tok dengan wan keluar pergi mana2 mesti kena ikut, kena bangun awal, kena dengar tazkirah wan sebelum tidur, kalau kena marah jiran2 mesti boleh dengar sekali, kena tolong tok dekat dapur hari2, kena itu lah, kena ini lah.
Biasalah, dekat mana2 pun ada seronok dan rungut nya. Tapi bila dah besar ni, baru sedar yang sebenarnya, duduk di kampung ni banyak mendidik aku untuk lebih beradab. Seriously.
Dalam kelas petang tadi ustaz ada bagitau, rakyat malaysia ni sebenarnya sangat beradab dan berfikir dengan rasional sebelum bertindak, tak terburu2 ikut perasaan. Cuma sejak kebelakangan ini, nilai2 tu semakin menghilang. Tak mahu menunding jari ke mana2 pihak, cuma solusi kepada masalah ini perlu dicari dan  dilaksanakan secara serius. Kalau tak, bercerailah melayu dengan adab. Bukan itu je, tak lengkap lah seorang muslim itu tanpa adab. Say what, adab is one of the part of the islam itself, ayte?
Maka nya, dalam hal ni, semua kena ambil tugas masing2. Check diri sendiri dulu, touch up yang mana yang kurang, dan sebarkan kebaikan kepada orang lain. action + adab = akhlaq

#selfreflect rejam lembing dekat batang hidung sendiri.

Wednesday 3 September 2014

Aiskrim malaysia

Dulu masa kecik2, aku paling suka balik kampung sebab opah selalu buat ais krim. Siap jual lagi. Zaman tu, ais krim malaysia ni orang jual satu sepuluh sen je. Dah la sepuluh sen je, sedap n panjang lagi. Zaman sekarang ni, sebatang 50 sen, kadang2 tu rasa pun tak kaw macam dulu n selalu jumpa yang kontot2 je. Tak macam dulu. Kira dulu, kalau buat perangai tak nak balik kampung, ais krim ni la bahan nak pujuk aku. Kalau balik kampung je, mesti curi2 buka peti ais nak cari aiskrim. Suka sangat dekat aiskrim ni sampai mama marah sebab makan banyak sangat. Ye lah, opah pun buat aiskrim ni sebab nak jual jugak, yang aku tak berhenti2 makan. Selagi tak habis aiskrim dalam peti ais tu, selagi tu lah aku tak boleh berhenti makan. Tapi lama2, opah dah tak buat aiskrim ni dah. Budak2 dekat kampung yang dulu jadi pelanggan setia opah pun dah besar2, dah tak ada orang nak beli dah .
Tok pun selalu jugak buat aiskrim malaysia ni. Nak2 bila tengah ada banyak buah dekat kampung. Tok selalu buat aiskrim pelam n aiskrim jagung (gulp!).
Sebab rindukan aiskrim yang opah n tok buat, hari ni aku buat aiskrim malaysia jugak. Setiap gigtan aiskrim tu mampu untuk mengimbau setiap memori2 indah dekat kampung masa kecil2 dulu (ceyh). Kira kalau aku dah jadi nanny rai nanti, aku nak experiment aiskrim ni dekat cucu aku. Nak tengok sejauh mana peribahasa 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan' tu boleh jalan dekat aiskrim malaysia ni 
Last piece.
Yang lain dah selamat ditelan aku n adik2 
#inimalaysiakita