YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 12 March 2013

Berubah.

assalamualaikum.

perubahan. hijrah. setiap manusia akan mengalami perubahan. dari sekecil2 tapak tangan menjadi besar manusia dewasa, dari kanak2 menjadi dewasa, dari rendah menjadi tinggi, dari pelajar menjadi pengajar, dari anak menjadi ibu/bapa, dari muda menjadi tua, dan dari hidup menjadi mati. manusia itu berubah2 rupanya, rasanya, perangainya, fikirannya dan jiwanya.



aku juga berubah. dari dulu tak tahu apa2, sekarang menjadi tahu. dari dulu takut2 menyorok belakang abah, sekarang jadi berani ke hadapan. dari dulu duduk diam2 di rumah tak berkawan, sekarang dah tahu cari kawan sendiri. setiap perubahan itu mesti ada sebab musabab nya.dan setiap perubahan tu, memerlukan masa. ada yang pendek masanya, dua tiga minit, dah boleh berubah, dan ada yang panjang masanya sehingga bertahun2. depends.

ada satu cerita.

satu hari dia tunggu untuk masuk ke 5 alam yang macam rumah hantu itu. plan nak masuk semalam. tapi tak sempat. sebab dah tekad nak masuk sangat 5 alam tu, hari ni dia datang lagi. dengan tiga lagi sahabatnya. tak ramai orang. dia tunjukkan tiket yang dibelinya semalam. masuk ke dalam bilik menunggu, ada lagi 4 orang perempuan. masing menunggu giliran. sekejap lagi, giliran sahabatnya untuk masuk ke 5 alam. teruja betul. tiba2 datang seorang crew 5 alam. "lepas ni, kena masuk sorang2. kami tak boleh control keadaan kalau masuk berpasangan. tak sampai objektif." sudah. tiba2 memulas pula rasa perut. tak pe lah, bukan dia orang yang pertama pun. dan hantu2 dekat dalam tu semuanya manusia juga. pujuk hati.

selepas seorang demi seorang sahabatnya masuk, kini tiba giliran dia. berdebar2 rasa hati. tetapkan niat. semoga 5 alam ni worth utnuk dia. bismillah. "sister, sebentar lagi, sister akan melalui perjalanan 5 alam. bila dah bersedia, sister boleh buka pintu ni dan masuk" berdebar2 hati dia. dengan lafaz bismillah, dia buka pintu di hadapannya dan melangkah masuk.





gelap. sejuk. dia meraba2 kiri kanannya. mencari jalan. tiba2 dia terdengar suara yang dirakam. yang maksudnya, di alam roh, kita sudah berjanji dengan Allah untuk beribadat pada Allah, sesungguhnya hidup dan mati kita hanya kerana Allah. dia tahu ayat itu. dia tahu. cuma dia terlupa bahawa dia hidup di dunia ini kerana Nya. Allahu akbar, hati dia jadi sayu, betapa dia terlalai selama ini. terlalu mengejar dunia. dia berjalan lagi. keluar dari alam roh, dia masuk ke alam rahim. pandangannya merah. kanan kiri nya terasa seperti dinding yang berlekuk2, lembut dan berair. terbayang wajah ibu di matanya, dia tak tahu macam mana rasanya seorang ibu mengandung dan melahirkan. tapi dia tahu ianya tidak mudah. menitis air mata dia. dia lupa jasa ibu yang telah banyak berpenat lelah kerana dia. dia lupa bagaimana ibu dia menyayangi dia dari sebelum dia lahir sehingga dia kini yang sudah besar dewasa, dia lupa ibu itu nikmat dari Allah yang sementara. dia berjalan lagi melepasi alam roh, kini dia sudah berada di alam dunia. terlalu banyak nikmat Allah bagi, sehingga dia lalai dan leka. cuma iman dan ilmu yang dapat memimpin dia supaya tidak rebah di dunia yang sementara ini. dia berjalan lagi. gelap. sejuk. dia bejalan perlahan2. di depannya ada kubur. alam barzakh. dia berjalan lagi. di kanannya ada kain putih. tiba2 dia terdengar lagi suara yang dirakam. di alam barzakh, kamu akan dipersoalkan oleh dua malaikat. munkar dan nakir. jawablah kamu di dalam kubur itu. sendirian. tiada siapa yang menemani. hanya kamu seorang. menangis2 dia di dalam bilik itu. Allah...Allah... dia sayu. dengan dosa2 yang telah dia lakukan di dunia ini, dapatkah dia menjawab soalan2 itu dengan baik?

dia berjalan lagi dengan teresak2. dia masuk ke dalam satu bilik. dalam bilik itu ada dua laluan. kiri dan kanan. lalu datang seorang lelaki berjubah putih. saudari, pilihlah jalan yang mana setimpal dengan apa yang saudari sudah lakukan di dunia. dia diam. kaki nya tidak bergerak, kaku.dia pandang kanan. dia tahu, terlalu banyak dosa yang telah dia lakukan. mana dia layak untuk memilih yang kanan. dia pandang kiri. dia terbayang azab neraka yang amat pedih. dia diam. kaku. menangis teresak2. sehingga lelaki berjubah putih itu memanggil dia untuk ke kanan. dalam hati, layakkah dia nanti untuk memilih jalan yang kanan ini? menitis lagi air matanya. dia kini sudah di hujung perjalanan 5 alam. saudari, apa yang saudari lalui sebentar tadi ialah perjalanan 5 alam yang pasti akan dilalui oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. semoga perjalanan saudari sebentar tadi dapat memberi kesan kepada hati saudari.

pintu keluar di buka. dia masih menangis teresak2. dia tahu. setiap manusia pasti melalui 5 alam ini. tapi, perjalanan yang dilalui oleh setiap manusia itu berbeza2. air mata di pipi di kesat, tapi masih berbekas. dia kini berada di dunia yang sementara. yang cabarannya di tak pernah putus. siapa dia di alam yang seterusnya ditentukan oleh siapa dia di alam dunia ini. dalam hati, dia bersyukur, Allah beri dia peluang untul melalui perjalanan 5 alam ini, dia perlu berubah, supaya tidak tergelincir lagi dalam perjalanan hidup ini. dia mahu berubah. tapi dia takut untuk menghadapi cabaran dalam proses dia mahu berubah nanti. dia mencari2 di mana dia patut mulakan perubahan, dia mencari2 mana2 ruang untuk dia berubah. perlahan2. satu demi satu, dia sedang melakukan perubahan. sedikit demi sedikit. mungkin tiada siapa yang tahu. tapi dia yakin Allah tahu.