YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sunday 3 February 2013

kelas al quran =)



Assalamualaikum
hye bloggy, rasa macam dah lama sangat x conteng2 dekat sini. 

ok. ni bukan jam aq. ni jam google. haha
Well, sem 3 is killing me. Seriously bz. Parah kot sem ni kena ambil physics 2, math 2, chemistry 1, btq, bi <- yang ni yang paling ‘urgh!’ skali ni! Sampai terkejar2 nak cari masa untuk rehat. Erk =.=’ Bila bz sangat, time weekend rasa macam pelik bila x ada kelas. Rasa macam... pelik lah! Hari2 bz dengan kelas dari pukul 8 sampai 6, tiba2 time weekend x ada kelas. Duduk dalam bilik, tengok kipas. Ok. I'm stuck but I have to face it.
Ok. Hari rabu lepas, first class btq <- basic theme al quran. 

Mula2 rasa cuak sebab dapat ustaz yang ajar ida (roomate aku) bahasa arab masa sem 1 dulu. Ida kata ustaz ni suka bar orang n sangat strict. Mana tak cuak weyh. Masa kelas arab time sem 1 dulu aku ni memang antara yang selalu skip kelas lagi2 time kelas petang hari jumaat tu. Tapi attandace aku still cantik dan comel je pasal setiap kali nak tandatangan attendance hari2 lain selain hari jumaat tu, aku tanda sekali attandace2 yang lompong tu. Haha. jahat jugak aku ni *mmg pun~. Kali ni, btq dapat pulak ustaz yg strick macam ni. Nampaknya sem ni, x dek lah peluang aku nak ‘fly’ kelas lagi.huhu

Masa first class btq tu, aku antara orang 1st sampai kelas! Huhu. Hebat x aku?! Tapi bila sampai depan pintu kelas dekat amf tu, aku nampak ustaz dah ada dalam kelas. Uisyyy…kecut perut ambe! Tapi sebab x dek sape2 lagi dalam kelas tu, aku pun tunggu la dekat luar kelas. Lepak2 kejap tunggu member yang lain datang, bila masuk kelas balik, tengok2 ustaz dah hilang. Dalam otak aku dah mula la nak countdown class cancel. Tapi macam x best pulak kalau kelas cancel, pasal roommate aku dah start chapter 1 dah. Aku? Apa pun x start lagi. Lepas lebih kurang 15 minit lepas tu baru ustaz masuk.

Lepas ustaz terang pasal study outline, ustaz set tarikh untuk test syafawi. Mak oiii…. Baru first class dah nak set tarikh untuk test… bertambah2 cuak aku. Maybe 19 ayat dalam surah furqan tu x la banyak sangat kot bagi korang. Tapi aku ni bukan la terer sangat bab hafal2 ni…huhu. Buat yang terbaik je la ye~ 13 /2/13 ni dah nak kena tasmi’ siap dengan translation dalam bahasa inggeris lagi! Atotoi~.

 Then, ustaz cerita lah sikit2 pasal al quran… masa tu, aku rasa hilang terus rasa cuak aku. Dah lama kot x dengar tazkirah macam ni. Maksud aq, tazkirah dalam kelas. Bukan macam talk dekat hall tu. Bukan apa. Kalau duduk dalam kelas ni kan, orang x ramai, macam boleh concentrate lebih sikit la kan dengan apa yang ustaz kata...

Ustaz kata, sebenarnya rasa malas tu kita yang tentukan. Allah dah kata syaitan tu زين لالناس : sentiasa menghiasi manusia. Maksudnya macam hiasi keburukan dengan kesenangan. Contoh nya macam bila kita nak buat jahat, dia buat kita rasa senang je nak buat jahat tu. Dan hiasi kebaikan dengan kepayahan. tapi yang tentukan untuk kita nak rasa susah atau senang tu sebenarnya diri kita sendiri. You choose your choice kan? =D

Then, ustaz ada bagitau lagi, yg ni x pasti la hadis atau ayat quran,
            Mana2 muslim yang membaca alquran, dia seperti buah utrujjah
Yang baunya wangu di sisi Allah. Dan…
            Mana2 muslim yang x baca alquran, dia seperti buah tamar
Yang x ada bau. Tapi rasanya manis (islam)

Ustaz kata, jangan sekali2 memandang rendah perkara yang kecil walaupun cuma dengan senyum dengan saudara kamu. Kalau hal senyum pun kita tak boleh pandang ringan, kalau bab baca kalam ALLAH ni lagi la kena ambil berat, kan.

read more for less =)
Aku rasa semua orang tahu yang dalam al quran tu ada 30 juzuk, setiap juzuk ada 10 helai, kalau setiap kali sebelum dan selepas solat kita baca 1 helai, sehari kita dah boleh dapat 1 juzuk. Ada dalam satu hadis tu kata, maksudnya lebih kurang macam : kalau kita baca 1 juzuk 1 hari, insyaALLAH kita akan berubah esoknya ( menjadi lebih baik dari semalam)

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."



selamat beramal=)