YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 24 June 2014

Terkejut

Aku ada berita tergempar ni

Ape?

Aku pitam kat public tadi
Kat pasar philpine

Tiraahhhhhh

Tak buang masa dah aku terus tekan button call. Mana tak terkejut terkujat bila tirah bagitau dia pitam tengah public. Ohh serius tak dapat bayang macam mana situasi tu. Kalau hampir nak ter pitam tu boleh faham lagi macam mana rasa dia. Bercampur baur perasaan aku. Terkejut. Risau. Excited. Kelakar. Confirm gelabah dia lepas sedar tu. Haha. Tapi serious, risau gilaaaa. Tiba2 aku dah bayang tirah terbaring atas katil dalam wad. Memang banjir la aku masa tu. Na'uzubillah. Please protect her, Ya Allah. Take care of her, Ya Rabbi.

Takde pape la... Benda tu berlaku sekelip mata je

Apa dah jadi sebenarnya...macam mana boleh pitam ni...?
*banyak la kau punya takde pape

Mula2 aku rasa badan aku berangin n loya. Aku duduk kejap. Lepas tu mak aku call. Tanya dah makan belum. Dah pukul 3.30... Tak lapar ke... Tengok la kejap lagi tengok kawan2 ni nak ke mana lepas ni.
Masa tu aku tengah tahan nak pitam. Lepas tu tiba2 je. Nasib baik la aku sempat off call mak aku. Kalau x mesti dia dengar riuh2 masa tu. Haha

Isy kau ni. Lain kali jangan skip makan. At least bawa anergy bar sekali.
Kau ok tak ni?

Aku okey je. Kan aku kata benda tu jadi sekelip mata je. Sempat kawan aku tangkap gambar aku masa nak solat asar dekat surau. Dyorang kata muka aku pucat. Memang tangan dengan kaki aku pun pucat. Kawan aku kata masa aku pengsan tu tangan aku menggeletar.

Kau kebulur ke apa tu?
Nanti pergi la check doktor...mana nak tau kalau jadi apa2..

Aku okey la..takde pape... Masa tu baru aku tahu macam mana kau rasa. Benda jadi tiba2 je

Haha. *boleh gelak dan kata hmm je. Tak tau nak comment apa.

Erm. Aku harap tirah okey. Jangan jadi macam ni lagi. Boleh kena heart attack aku dengan news macam ni. T_____T

Friday 20 June 2014

Musibah @ yang terbaik? Hujan



Erm. Aku okey je mula2 tau cgpa aq x tinggi. Bukan aku sorang je yang dapat rendah. Maybe ada ramai lagi yang dapat cgpa rendah. Tapi bila aku check balik, okey, satu subjek aku sangkut. Tercalar hati aku. Rileks raihan. Tengok lagi. Okey. Static. Rasa nak cepat2 cari punchbag. Sabar raihan. Perempuan kot. Takkan nak ber punchbag bagai. Rileks la. Bukan kau sorang je yang rasa kena repeat. Ada lagi yang lain. Just face it, score it, then its done. Yay! Aku berjaya bertenang untuk hampir dua jam. Thanks to the one. But when the line is off, when i start to re think about it. Maka bermula lah drama cuaca. Dari mendung ke rintik, dari rintik ke hujan, mujur hanya hujan. Kalau banjir, alamat esok bangun tidur mata merah, nak jawab apa dengan mama n abah?

 Keep calm. N put ur faith on Him.
Ya Allah, please give me strength and guidance to face this test.
Hujan.

Ps: life lesson: fail dalam exam is okey. Daripada fail masa dekat akhirat, depan Allah nanti. Kan?
Trust Him, He wants you back to Him, thats why He tests you.


ps: tak tahu apa aku type. i am just. too... hmm

Tuesday 17 June 2014

cuti

dah nak habis cuti. tinggal lagi 5 hari lagi nak masuk sem 3.
 erm.
 sejujurnya, aku rasa cuti kali ni antara cuti yang paling produktif yang aku lalui. walaupun tak join mana2 program luar, tapi boleh la nak kata produktif sebab minggu last cuti ni baru aku mula bukak lappy. heh. nampak sangat aku ni species computer freak. tu dulu punya cerita. aku okey je tak tidur dua tiga hari kalau duduk depan laptop je kerja aku.
tapi sekarang ni,
dua minggu tak buka laptop pun aku hidup sihat walafiat lagi, alhamdulillah.
cuma yang demam 4 hari tu, tak ade mengena dengan laptop.
dan cuti kali ni, aku tak pulak duduk dalam bilik je. macam dulu, dalam sehari,tempat aku selalu bertapa dekat dalam bilik. tak depan laptop, baca novel.
kali ni, aku cuba banyakkan bertapa di ruang keluarga. tak kemas rumah, lepak depan tv kacau adik aku main game, tak pun aku join sekali diorang main game.
tapi  balik cuti kali ni serious best sebab aku rasa dah ada geng. ye la. adik2 aku dah boleh masuk sekepala dengan aku. ada benda nak sembang.
pasal anime ke, pasal buku ke, pasal movie ke, pasal hostel life ke. macam2 la. kalau dulu, kalau tak cakap pasal game, aku cakap pasal cartoon.
hm. cakap pasal ni pun boring.
tak tau lah macam mana aku boleh tahan dengan adik2 aku dulu. dan balik kali ni, macam2 aku menyumbang dekat rumah ni. he he.
macam nak kembang hidung pulak.
 pasang wallpaper, cover cermin, tonyoh daki2 dekat beberapa tapak kawasan(kerja tak habis lagi), yang paling aku puas hati, akhirnya aku berjaya mengubah rupa bilik aku. wahaha.
 yang ni prestasi yang agak membanggakan bagi aku. (walaupun esok banyak lagi kerja nak buat dengan bilik ni).
dan balik kali ni, ada beberapa aktiviti lain yang sangat rare aku dah buat. baca novel melayu dan jawab fun quiz yang dari pelbagai sumber dan aspek.
dulu aku pesen tak berapa suka nak jawab fun quiz ni. macam tahpehape je buat quiz2 ni. tapi last2 sekarang aku seronok pulak buat quiz2 tu. macam best.
 kadang2 apa yang dia discribe dan elaborate based on apa yang kita jawab tu betul jugak.
ada la dua tiga kali aku sengih sorang2 depan laptop sebab rasa macam kena dekat diri sendiri.
aku sendiri macam tak percaya aku boleh habiskan satu novel hlovate dalam masa dua hari lebih sikit.
pergh. ha. jangan nak gelak. aku bab baca novel melayu ni, masa form 3 dulu je aku rasa paling lagend aku baca satu novel tebal satu hari. ni dengan skill yang dah berkarat ni, satu novel dua hari lebih sikit pun aku rasa dah boleh consider pencapaian terbaik aku la.
alhamdulillah 2 buku dah habis. sekarang nak masuk buku ke3.
aku suka baca novel hlovate ni sebab novel2 dia sangat santai, ngam dengan aku dan buku dia ada input2 yang islamik.
kira boleh dapat dua benda la dalam satu buku. cerita yang best satu, tazkirah sentap tak larat nak tunjuk hidung sendiri satu.
aku ingat, sementara ada masa sebelum balik uia ni, aku nak cari dua tiga buku yang aku rasa boleh bantu aku untuk touch up sikit2 diri ni. biar sikit, asal berkekalan, nay?
ntah la. aku rasa masa first sem aku dekat uia. aku asyik kena sentap je. macam2 sentap dah aku kena. secara lansung dan secara tak lansung. masa pergi street dakwah n masa stuff special training dengan murabbi la aku rasa yang sentap dia paling kuat sekali.
ada jugak incident2 lain yang kasi sentap masa first sem ni. masa first time join caklempong, mana tak nganga musikal club start meeting dengan tazkirah. masa akak rabiatul tumpangkan balik pasar malam, masa sir zahirul alam tolong aku masa jawab quiz, masa the heartexploding 'bangang' text. banyak la lagi incident2 sentap aku.
hah. aci tak kalau aku nak hashtag throwback? hahahaha
tapi aku malu dengan diri sendiri. dengan member2 aku, dengan dia, dengan Allah,
aku ni dah banyak kali sentap pun, tak usaha pun nak betulkan diri tu. nak berubah.
rasanya ada ke perubahan dekat aku? bukan phisically, tapi inner side aku. entah la. kalau ada, aku pun tak sedar. aku sendiri tak puas hati dengan aku.
lagu korea, linkinpark, tak habis buang dari lappy lagi. pdf hadis 40 yang masa tengah sem download pun tak habis baca lagi, tafsir quran baru berapa surah je habis. hmmm..
slow la aku ni. aku harap, Allah bagi aku masa nak habis kan semua ni.
maksud masa aku kat sini. nyawa dan kelapangan masa.
kalau masa yang saat, mini, jam tu, tak boleh la aku nak minta lebih. sebab Allah dah kasi samarata semua orang dapat 24jam sehari.
ha. satu lagi target aku tahun ni aku nak pergi bungee jumping kat sunway lagoon dan main laser tag. nak jugak! aku rasa dah lama sangat simpan cita2 ni dan dah sampai masa aku nak realisasikan cita2 aku ni. well, life should be challenging, adventurous and well used kan. ha ha *cari calculator nak kira2 duit. heh

ps: hmm. dengan cita-cita aku, aku tak nak cita-cita aku jadi angan-angan. dan, moga Allah redha

:)



Sunday 15 June 2014

Your true color is

Your true color is

Pink

Your motto is Go, Go, Go! But you also know how to relax and recharge your batteries for the next big thing. You like to work hard, play hard, and nap hard.

yayayay! suka quiz ni! it guessed me right! discription dia pun super duper power punya betul. especially yang ayat last dia tu. heheee :)

ps; alangkah indahnya hidup kalau quiz calculus senang cenggini. nak jawab senang, hati pun senang dan tenang. ha ha. me wish it. angan-angan mat jenin.

Saturday 14 June 2014

What Country in the World Best Fits Your Personality?

New Zealand
You are an adventurous individual who enjoys being outdoors and spending time being active(hmm...yes and yes. memang tak boleh nak duduk diam2 dalam bilik time cuti kalau tak ada benda nak buat. ) You are a risk taker (well~ ;p) and have no problem striking up a conversation with a total stranger (ahh...no yes no yes. dulu2 memang tak reti nak cakao dengan stranger. tapi lately tak sure nak kata yes or no...) . When you travel you love to get to know the locals, and their customs, and are always up for a challenge( setuju! setuju! teringat masa pergi aussie hari tu...up for a challange. yang ni tak sure. sebab aku bukan jenis terbakar bila dicabar. he he). You thrive in a culture where others share your deep appreciation for land, and believe life is best lived outdoors( yes, i like that one -> life is best lived outdoor, tapi tidur pun suka jugak. haha) You love a hard hike, but also love the water and are happy to spend a day beach side(i love water and beach more but mount still okey,nay?) You thrive in a society with diversity and appreciate a simpler way of living(no comment). You are keen on learning about cultures and customs that are different than your own(yes! haha, tapi depends jugak), and enjoy a deep conversation(yes! sampai tertidur~), whether it be philosophical or spiritual. You are not a city dweller by any means, and definitely believe that life is something to explore and experience firsthand(yes! rt berkali-kali). This country gives you endless opportunities to live both an active lifestyle and enjoy the company of new found friends.


kesimpulannya, aku suka quiz ni. thumbs up! ha ha ha

*korek2 tabung. nak pergi new zealand! ;p

Wednesday 11 June 2014

Cepat sihat

"ala...kakak demam pulak.. Cepat la sihat..." "abah, beli tak 100 plus dekat kakak?" "kakak, masa widad demam dulu doktor suruh beli ice cream vanila. nanti suruh abah belikan."  rasa nak gelak bila adik2 aku caring semacam macam ni. Sayang jugak dekat aku rupanya. Ke diorang baru rasa kewujudan aku bila sehari aku diam atas katil je hari ni?.. Heh.

Ps/ eat nothing today. eh. ada2. karipap separuh breakfast tadi. teringin nak makan haagen dazs. Tapi tak selera. Tengok gambar ney am kat ipoh riverfront. Teringin nak pergi. Hamboi. Bukan main demam demand itu ini. - ,-

Tuesday 10 June 2014

Wallpaper Kaison 1.0

Finally berjaya pasang wallpaper dekat dinding bilik aku *flipshawl. Mula2 ingat nak cat balik dinding bilik ni sebab ada macam cabut2 cat nye dan hasil seni karya adik2 aku conteng masa kecil dulu. Then masa pergi aeon hari tu, jumpa pulak wallpaper cantik2 dekat kaison yang baru bukak dekat situ. Murah jugak. Yang aku beli, Rm19.90 untuk gulung kecil 45cmx10m. Beli dua gulung untuk satu side dinding bilik aku ni. Tu pun ade lebih.  Ada jugak yang gulung besar rm49.90 tak silap harga dia. tapi yang besar tak ada sticker dekat belakang dia macam yang gulung kecil tu. kena apply gam sendiri. dah siap pasang gam dekat bilik sendiri, mama suruh pasan wallpaper dekat dapur pulak. rak mama baru beli tak pasang lagi, sticker dekat tingkap tak pasang lagi, elok la time cuti2 ni banyak kerja daripada tak ada benda nak buat. may Allah ease everything. majulah rumah untuk keluarga. eh.

ps/ elok sangat la demam time tengah banyak hal ni. takdela melayan sangat demam ni. hm. smile raihan, smile
(:
buruk pulak gambar nye. N serious x puas hati apesal soket tu kat tengah2 dinding.  nasib la~

Network engineer?

All the best along for the final exam. Hmm. Along dah third year sekarang. Next sem dah practical. Lepas tu nanti sikit lagi dah grad, officially a network engineer then. Semalam discuss2 dengan mama,.abah n makcik, aku rasa antara software engineer dengan network engineer, makcik suggest network. Aku pun rasa macam tu sebenarnya. Paksu pun cakap better pilih network. Kenapa? Ntah. Aku tak ingat paksu kata apa dulu. Tapi bila tengok pakcik kerja, macam inspired pulak. Walaupun ada on call, kena standby etc, tapi rasa macam best to be called network engineer. Walaupun aku rasa mechanical engineer sounds lebih style. Hm. Pakcik pun cakap kalau aku practical nanti, dia boleh tolong. Hmm~ macam best je kalau kerja dekat klia. He he he. Btw, lama lagi rasa nak ke peringkat tu. Sekarang baru first year. Ngaaa~~ cuak pulak rasa lagi 10 hari result exam nak keluar. Harap sangat result okey. Nak apply scholarship.... Huaaa..... Risau tahap tak ingat niiii. Rasa macam takut ni lagi takut dari masa tunggu result spm dulu. T_____T moga Allah berikan yang terbaik.

Ps/ back to perak. Macam2 lagi hal dekat rumah tu tak setle lagi. Mama dah tambah to-do-list aku. Cuti lagi 13 hari nak habis. Adoi...*picit2 kepala.

I read he is going to aqabah. May Allah protect him and ease his journey. Take care.

Monday 9 June 2014

Me, anti-social ke?

Erm. Ni cerita semalam. Aq x tau sejak bila aku terkena jangkitan anti-social ni. Serious aku pun pelik dengan diri aku sendiri. Boleh pulak la nak jumpa kawan sendiri pun kena sampai mama tarik tangan. Bila kawan tu dah depan mata, tangan tu tak tau kenapa kena meraba-raba tarik lengan baju mama. Dah kena jangkitan mana pulak aku ni. Baru aku perasan sejak masuk first year ni aku dapat habit baru. Tangan tu aci nak merayau dekat lengan baju orang macam main aci tiang je bila nervous. *aida selalu jadi mangsa. Kesian pulak dekat dia =.=* kira macam boleh dapat semangat ke apa kalau dapat grab lengan baju orang tu raihan? Eheh. Apekemenda tu. Tak faham. Tak faham macam mana boleh jadi cenggini. Ke sebab ada orang tu pernah pesan jangan keluar sensorang kat luar tu bahaya? Eh. Macam tak kait je. Ngeeee~ takkan la sampai nak jumpa kawan dekat kenduri pun bahaya kot? Sampai mama kena tarik tangan? Ekk? Parah...parah...

ps/ aku ni memang jenis cepat affected dengan benda2 luar ke eh? -,-

9-6-2014

erm. sejak kebelakangan ni, aku rasa macam nak buat blog ni tempat nak luah rasa je. walaupun aku tahu, boleh je nak buat party qiam story semua cerita dekat DIA, tapi aku tetap rasa nak tulis jugak. kenapa? entah. tak tau la nak kata sebab aku yang tak tahu atau buat2 tak tahu. aku harap takdela orang teringin nak baca blog ni dah. lately aku rasa kepala aku serabut pasal satu benda ni. nak kata masalah? tak berapa nak masalah sangat. nak kata bukan masalah, aku asyik dok fikir pasal satu hal ni sampai sebelum tidur pun, aku rasa topik ni boleh bawak masuk dalam module muhasabah. sebenarnya, aku tak rasa aku marah dengan orang tu, tapi aku rasa kecewa a.k.a kecil hati dekat dia kot. macam mana boleh sampai cekiwa sangat tu? bukan aku jenis tak ambil pusing sangat ke pasal benda2 pesen macam ni? nak2 aku bukan jenis senang nak terasa hati ni. entah. maybe kali ni aku yang over sangat. asyik fikir je macam mana dia boleh cakap macam tu. sebab dia memang nak cakap macam tu, nak suruh aku buat macam yag dia cakap tu ke? ke dia terlepas cakap, ter melatah tak perasan apa yang dia cakap? hmm. ke benda ni wajar untuk aku cekiwa sebenarnya? entah. aku pun tak tahu. tapi mungkin betul jugak macam dalam conversation dengan tirah tadi. maybe aku dah mula nak berharapan kot. tu la pasal. macam tu je roboh tiang depan muka tu kenapa. bukan dulu aku jenis heartless ke? kalau heartless macam mana boleh deep feel sampai eat deep (makan dalam) sangat ni? ngaaaa~~~ macam mana ni? patut aku keep calm and be heartless ke keep calm let your expression expressed ke cemana? waduh! kena fikir dulu ni. fikir? hmm...dari semalam dah dok fikir pasal ni. sampai tadi dalam kereta pun aku perhati je awan tu macam awan tu boleh bentuk tulis jawapan untuk soalan aku ni. ekk? makin lama, makin putus fius aku ni. parah la. apa2 pun yang terjadi, aku harap Allah berikan yang terbaik dalam apa jua perkara pun. aku yakin ada hikmah benda ni jadi macam ni. maybe DIA nak kasi aku turn back to HIM. erm. bukan maybe. memang pun. on whatever matter, DIA je yang paling faham, DIA je yang paling tahu. tapi, susah pulak malam ni nak buat party dekat rumah paksu ni. semua bilik ber orang. hm. ke tu alasan je tu raihan? naa~~ apa ni. takkan nak sombong dengan DIA kot.... hmm.. aku harap hati aku boleh back to the ease asap. amiinn.....