YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 22 December 2015

study week #1:comic fiesta 2015

salam.
hye guys.

now lecture weeks dah habis. segala hal hal pecah kepala pasal quiz, assignment, lab report, project dah boleh letak tepi. tamatnya lecture week bermakna bermula nya study week. cuma nya tu lah. exam aku start 3 januari nanti. kira nya aku ada lebih kurang dua minggu lebih gap sebelum start exam. maka tidak boleh lah orang orang seperti aku mensia sia kan masa ni dengan cuma melepet mereput dalam bilik sahaja. kita rest dulu, happy happy dulu seminggu, lepas tu baru kita pulun habis habis. kasi ada transition time gitu. konon nya.

so, right after aku punya final lab test yang rabak boleh kasi koyak mental dia punya teruk, family aku datang ambil aku dekat uia.kebetulan memang diorang nak datang kl, aku pun apa lagi,can't say no lah nak ikut balik sekali. dah alang alang kan. diorang ni datang kl sebab kausar nak pergi comic fiesta dekat MIECC,the mines dekat je dengan rumah paksu. dia nak reunion dengan geng dia dekat comic fiesta tu katanya. tahun depan dah nak pindah sekolah. dah tak duduk asrama  (read: aku tak setuju betul dia dah tak duduk asrama lagi. hmm ) mula mula aku malas betul nak ikut teman dia pergi comic fiesta kali ni. sebab dah dua kali pergi, memang bagi aku best je  comic fiesta ni. tapi aku malas sebenarnya nak keluar lama lama ni (read: kalau pergi comic fiesta ni, paling sekejap pun 2 jam kat dalam tu), rasa nak rest dekat rumah paksu je, main dengan sarah n irfan. tapi since adik adik aku yang lain pun pergi, 'terpaksa' lah aku pergi sekali. ye lah. kalau biar je diorang pergi, kausar tu kalau dah jumpa kawan kawan dia, memang tak harap lah dia nak layankan adik adik dia ni, layan kan kawan dia je nanti. lagipun, muadz nak ikut sekali dan semestinya lah makcik akan suruh aku jagakan dia sekali sebab aku seratus peratus yakin yang makcik tak kan masuk comic fiesta tu.

as comic fiesta start pukul 10 pagi, kami gerak dari rumah around pukul 10 pagi jugak, sebab aku dah mintakkan kawan aku yang jadi committee comic fiesta belikan tiket untuk kitorang dan rumah paksu pun tak jauh pun dari the mines. 10 minit dah boleh sampai. tapi dari 10 minit tu, boleh jadi setengah jam disebabkan jammed teruk nak masuk the mines tu. aku nasihatkan, kalau tahun depan comic fiesta masih buat dekat miecc, better naik public transport atau mintak siapa siapa bawak kan (read: jangan bawak transport sendiri), drop je korang bila dah dekat dengan the mines tu sebab serios susah gila nak parking dan jammed dia boleh kasi mood ruined satu pagi.

kitorang stay dekat comic fiesta tu dari 11 pagi sampai pukul 6 lebih. nasib baik pass dia boleh keluar masuk satu hari. boleh keluar solat dekat surau yang ok sikit dan boleh keluar pergi makan dulu. kalau tak memang kebulur lah satu hari dalam comic fiesta tu berjalan, tangkap gambar, tengok orang non stop.

dekat comic fiesta ni, macam macam jenis orang kau boleh jumpa. kali ni view aku banyak focus kat perempuan je. walaupun obviously lelaki lagi ramai dari perempuan dekat comic fiesta ni, tapi perempuan punya kerenah dekat comic fiesta ni agak tidak mengecewakan. banyak jugak yang menghiburkan hati dan membuka pandangan aku. first, aku agak suprised jugak lah bila terjumpa dua tiga sister niqabis dekat comic fiesta ni. youth niqabis yang belum kahwin lagi, mostly datang dengan kawan perempuan dia yang tak ketinggalan pakai  cosplay jugak (read: with cosplay but masih bertudung). second, serious aku baru sedar raaamaaii perempuan yang dah kahwin (read: isteri) yang pergi comic fiesta untuk teman suami diorang. ada yang datang masuk comic fiesta, cari port yang ada carpet boleh duduk, lepak situ sampai suami dia datang ambil dia balik lepas puas jalan jalan dalam comic fiesta tu (read: aku nampak akak ni duduk dekat port yang sama dari first aku masuk sampai last time aku nak balik). ada jugak yang layan sekali game n anime dengan suami dia, siap beli macam macam anime punya barang  lagi. yang paling aku salute sekali ada one lady ni, tengah pregnant pun gigih ikut teman suami dia. entah macam mana lah dia jalan tengah sesak sesak dekat comic fiesta tu. nasib baik suami dia  tak pakaikan dia cosplay jugak kan. kalau tak hmm. tak tau nak comment apa. haha . and one more, aku ada jugak jumpa lelaki yang siap berkopiah dekat comic fiesta ni. mula mula aku ingat tu cosplay set dia (read: dia pakai cosplay blackshot) tapi tengok dua kali baru aku perasan dia pakai kopiah sebenarnya.  aku tak ada la nak kata yang lelaki dekat comic fiesta ni mesti tak ada yang alim alim ni, cuma maybe boleh apply peribahasa melayu masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak kot. but still, tu hak masing masing lah. dont judge easily. it is up to him lah dia nak pakai macam mana pun. huhu.

okay now meh kasi gambar masa dekat comic fiesta day one haritu. gedebuk.



adik aku ni dah pandai posing2. dulu masa first time nak tangkap gambar pun malu.




kaklong layankan je


orang ni lukis on the spot je dekat board ni. awesome gila tengok



this one dia ada 360 view. dia kasi through email. malas pulak nak share



yeah ini lah satu satu nya saitama yang aku jumpa dekat cf ni.
semua orang pun kalau lalu sebelah dia mesti tengok dia. haha

minecraft buddies. 







main stage cf2015. jumpa danny choo dekat sini.
in the other hand.
jumpa these people dekat depan tgv cinema masa on the way nak pergi makan 

of us. adik adik di bawah jagaan kaklong. eh
overall, aku happy je pergi comic fiesta kali ni. walaupun aku rasa cf kali ni tak se best cf yang lepas, maybe sebab vanue dia, tapi aku happy sebab dapat spend time dengan adik adik. even sampai nak tercabut kaki kakak ikut korang pergi sana sini dalam cf tu. haha

comic fiesta 2015: checked!

Tuesday 8 December 2015

a bittersweet weekend




salam

selalu nya dalam seminggu, hari yang kita paling tunggu-tunggu semestinya hari sabtu dan ahad.time weekend ni, ada setengah orang yang suka melepet je dekat bilik konon nak recover penat seminggu kerja or belajar, ada yang asal weekend je pergi mall, pavillion, klcc, hang out, window shopping, etc, kalau yang sep sep pelajar mithali tu, time weekend ni lah nak study, nak revise, nak cover topic yang belum faham dan etcetera.

so aku punya weekend haritu is one of the most bittersweet weekend aku sepanjang sem ni kot. mixed weather; ribut, hujan, pelangi, bunga-bunga kind of weekend. kenapa? okay let me sort the events one by one.

first.
haha. no, of course i dont mean it.
pagi pagi sabtu tu, bangun dari tidur lepas subuh, aku cuddling dulu atas katil malas-malas nak bangun mandi lagi tiba tiba macam gatal tangan nak bukak facebook, sebaik baik sahaja aku bukak facebook, first status dekat timeline tu dah kasi aku ribut satu hari. there is one person mingling beyond the line with that someone. serious aku geram. pagi pagi lagi ni weyh~ elok pulak time baru bangun tidur, mood tak berapa nak elok lagi. tapi aku cuba cool down dulu. diorang kan memang teman tapi mesra.  dia pun belum aku punya lagi pun. macam tak ada right je nak marah marah kan. lagipun bukan that someone yang mention pun. cuma that person je yang buat macam tu. *cuba pujuk hati. fuh~ termenung dua jam jugak aku pasal benda ni. 

ps; aku bukan jenis orang yang suka termenung except bila ada benda benda yang betul betul kacau perasaan aku.

second.
handphone aku jatuh. dan nak dijadikan cerita, screen dia crack teruk. macam mana boleh jatuh? kawan aku ter terlanggar tangan aku dan aku terlepas handphone aku maka jatuhlah handphone itu ke lantai dengan kuat nya. pendek je cerita dia. tak sampai lima saat pun. tapi sampai sekarang belum solve lagi masalah ni. screen handphone aku masih belum baik lagi. dan hati aku masih terpaksa bersabar setiap kali aku tengok screen handphone yang retak seribu. oh ya, nak dijadikan cerita, aku tak marah sikit pun dekat kawan yang terlanggar tangan aku tu sebab pagi tu aku teramat lah malas nak fikir pasal apa apa pun berikutan insiden facebook di awal pagi tu. dan nasib baik handphone aku tu masih boleh guna, walaupun retak nya beribu tidak terkira. fuh~

ps; lcd replacement dekat machine priced rm1k++ botak kepala fikir mana nak cari duit. 

third.
dalam perjalanan kitorang nak pergi wedding show, oh ya lupa nak bagitau, aku join wedding show on that saturday. so dalam kereta tu, sambil sambil borak dengan orang sebelah, aku tengok lah handphone. ada notification dari facebook. that someone shared a video from tastemade. aku pun bukak notification tu dengan hati bercampur baur. amboi kali ni aku ribut betul ni. tak boleh balas pinggan kosong cun melecun bukan main. ya Allah masa tu geram nyaaa sampai merah muka aku. bila perasaan tak stabil, dan condition kita tak tenang, mula lah fikiran fikiran negative menjelma. contoh nya. 1.kalau dekat public macam ni, agaknya kalau conversation between diorang dua entah macam mana mesra dia agaknya. memang bahasakan dinda kanda ke macam mana? 2.last night dia bukan main tak reply text dekat facebook tu bukan main dia comment comment dengan dinda tu. 3. aku tau lah aku tak pandai masak. but still jangan lah assault my weakness dengan cara macam ni. 4. third wheel lah ni cerita dia. kenapa lah aku cool je dari dulu. 5. kenapa time aku baru nak bukak pintu hati aku ni lah nak jadi benda macam ni. 6. aku tak ada kawan laki yang teman tapi mesra pun, tapi buat macam ni pulak. 7. this is not fair, kata what you give you get back? 8.dah tak boleh husnuzon lagi dah ni 9.10.100.1000... to infinity lah bad thought tu muncul satu satu. in fact, aku siap mintak advice member satu kereta ( masa on the way nak pergi wedding show; as incident ni jadi masa dalam kereta) lagi pasal apa yang patut aku buat, macam mana nak cool down, etc. and nasib baik aku satu kereta dengan orang orang yang rational dan yang memang tak awkward dengan aku (read: bukan stranger) kak fatin, kak ayu, sheera dan ayuley. alhamdulillah dapat naik satu kereta dengan diorang. aku ribut ribut pun diorang sabar je layankan perangai aku. kalau nak mintak word boleh describe  macam mana ribut aku masa dalam kereta tu, word yang paling sesuai is 'out of control'. serious. at one point tu, masa lalu terowong, kak fatin ajak bukak tingkap kereta dan jerit kuat, aku punya jerit tu sampai kereta belakang terus slow down, maybe dia ingat bunyi hon or ada orang gila dekat dalam kereta kitorang tu. 
tambah cerita lagi, aku siap bagitau mama, beserta screenshot both status facebook tu lagi. sumpah imature nya tindakan tindakan aku bila hilang cool macam ni. *facepalm

ps: masa tu aku rasa sedih, disappointed and frust instead of marah sebenarnya.
ps: this is my first time being like this. i never be like this before. trust me. 


fourth.
as aku mention dekat atas tadi, hari sabtu tu aku join wedding show. vanue: royal chulan hotel. show time: 7:45 pm to 10:40 pm (read: malam) tapi untuk preparation dan rehersal dia. time zohor kita dah terpacak dekat depan hotel tu. untuk performance malam tu, kita perform non stop sampai habis event. boleh tahan lemau jugak kitorang bila habis show ni. sampai ada yang demam demam. kesian. tapi, the positive one is kita masing masing dapat experience baru sebab rasanya ni antara wedding show kita join yang wedding dia grand gilaaa... wedding hall dia, sekali masuk rasa macam masuk istana. serious grand. and excessive (read: bagi aku selaku rakyat marhaen ni).

ni baru entrance dia gais

yes, ni kak wani. depan tu kak azreen.
tapi highlight kat sini tempat pengantin makan beradab tu gais.

biasa kita show memang selalu nya budak budak macam ni selalu datang depan nak main instrument,
tapi this time thi litle girl ni cute sangat macam pricess
when all girls be like.
full ensamble. 
ps: aku punya lah excited first time masuk royal chulan hotel ni serious cantik dia punya segala gala interior exterior design landscape dia apa semua *shed tears terharu 
ps: the first untill fourth event were all happened on saturday. i was getting fever on that night

fifth.
it is sunday and by 8.15 am aku, kak ayu, kak ain and sheera gerak naik buki tinggi pahang. trip ni kita dah plan tiga minggu. walaupun aku dah pernah pergi bukit tinggi, tapi saja nak pergi lagi as kali ni pergi dengan different person ( first time pergi dulu dengan family paksu) even time tu aku tak berapa sihat, cuaca tak sejuk dekat atas sana dan trip ni kejap je (tak sampai half day), tapi aku still rasa trip ni best. maybe sebab pergi trip dengan TF4. dengan diorang apa apa pun aku rasa best kot. (orang lain no offence ok)








roadtrip #tf4 (bukit tinggi) : checked!