YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday 22 February 2014

before she went back to sabah :tirah.

bismillah
salam alayk

semalam dah masuk seminggu tirah balik sabah. rindu dah TT___TT

jumaat lepas, sebelum tirah balik sabah, tirah datang kl. flight dia pagi sabtu. tapi datang kl hari jumaat. maka bertemu lah kami seperti pemadam dan pensel. haha

the plan.
mula2 plan nak jumpa ni hampir tak jadi sebab ayah tirah tak berapa sihat. tapi alhamdulillah abang tirah ada interview dekat pj. so tirah ikut ayah n abang dia pergi pj then ayah dia drop dia dekat kl sentral.

the story.
ditakdirkan boleh kata hampir setiap jumaat aku tidur pagi pukul 8 selepas solat subuh dan selepas melakukan hal2 lain. kira macam qada' tidur la lebih kurang. tirah kata, dia akan sampai kl sentral pukul 11. jadi aku ter lambat sikit sebab tertidur. haha. kesian dia kena tunggu dekat depan gate lrt kl sentral dengan ayah dia. berjejak kasih lah kami setelah tiga saat menatap wajah masing2. tak boleh lama2 tatap muka tu. ada orang kata nanti boring. haha

breakfast roti gardenia dalam lrt aku hari tu sebab lapar. lupa nak makan apa2 sebelum keluar pergi jumpa dia. malu je.

sebabkan tirah sekarang dah macam suka dekat lasagna, aku ingat nak bawak dia pergi klcc kasi rasa lasagna cinta rasa pertama aku dekat cafe milano, klcc. maka ke klcc lah kami pada hari itu. haha. oh yeah, hari jumaat tu, hari valentine. maka bersepahlah pasangan2 berbaju berkasut, ber couple2 segalanya di merata2. ramai jugak aku tengok sisters brothers buat street dakwah dekat area kl sentral n klcc tu. seronok tengok diorang. tapi aku ada date dengan tirah ni.

sampai2 je klcc, aku dengan tirah tuju sephora dulu. memang tak senonoh perangai kami masuk sephora conteng muka dengan make up tester yang bersepah dekat sephora tu. tapi tak la conteng sampai jadi macam muka model vctoria secret atau simplycity, sikit2 je macam kim tae hee gitu. hahaha. dah lama tak menggedik dengan tirah. haha. lepas habis muka kena conteng, kami jalan2 dekat depan entrance level 2 suria klcc. tak sah la kalau tak snap sekeping dua gambar model klcc sambil tengok air pancut dekat situ.


muka memang tak boleh nak lol lagi. haha

kesengalan terserlah. hahaha


dah habis jadi part time model, perut pun dah bunyi keriuk keriuk, maka ke food court lah destinasi kami. macam aku tulis tadi, kami plan nak makan lasagna, tapi last2 makan kungfu baked rice sebab laparrr nak makan nasi. aku orang melayu okey.

salmon + chicken chop +baked rice + cream n tomato sauce.
tirah's treat :] 
lepas ke masjid jamek mencari dua tiga harta orang, jam dah pukul 5.45. ayah tirah dah janji nak ambil dia dekat ampang. terus aku teman tirah naik ke monorail. sedih betul masa tu. bila lagi nak jumpa? bila pulak dia nak balik sini lagi? bila lagi nak hangout macam ni? bila lagi nak sembang puas2 lepas ni? semua soalan tu ada dalam fikiran kami. sob sob. aku tunggu tirah pergi sampai hilang dari pandangan. pulanglah aku ke gombak sendirian sepertimana aku ke kl sentral awal tadi. cuma mula tadi dengan rasa teruja dan gembira, pulang kali ini dengan rindu dan penuh harapan. (lol ayat dia)

alhamdulillah for the chance and for the happiness. tirah, thanks for the memories, thanks for the time, thanks fo the lunch, thanks for the smile and the laugh, thanks for everything. wish you stay health, stay calm and stay pah te ah. may Allah bless you. till we meet again.









me will miss this moment <3


end

till i type again. assalamualaikum

meet them again :dba & mira

bismillah.
salam alayk.

dah lama tak conteng2 dekat sini :)

setelah seminggu berperang dengan masa. minggu yang sangat sibuk aku kira sudah habis sebaik sahaja pre-induction caklempong habis. walaupun ada induction lagi hari ahad ni. tapi aku dah tak tahan sangat dah nak release tension ni. haha.

so here is the plan
 aku ajak aida pergi pc expo dekat mid valley untuk cari beberapa barang yang ada dalam want-to-buy list aku. plan asal hari ni nak pergi digital mall, tapi tak jadi sebab aku malas nak tunggu teksi dekat tepi jalan. lepas tu kami plan nak pergi lowyat tapi x jadi sebab kami dua2 tak pernah pergi lowyat naik public transport. alang2 dekat mid valley tengah ada pc expo maka aku dengan aida ke mid valley lah akhirnya.

mula2 plan nak pergi pc expo je dekat mid valley tu. tup tup dapat tahu diba and mira pun plan nak pergi mid valley jugak. so kami deal nak jumpa dekat pc expo tu. lepas tu nak dating2 kejap.

so the story begin.
keluar pkul 10 sampai mid valley dah nak dekat pukul 12. perut dah menyanyi lagu keroncong untuk ana. jadi aku dengan aida pergi lah brunch. mengisi perut yang dah menyanyi tak berlagu. laparrrr..

japanese cruise for today brunch. hokoiro set, food junction mid valley rm13.90
sedapppp. mangkuk dekat depan tu asam laksa aida :)
lepas dah gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati, baru lah kami pergi pc expo dengan dba dan mira. dua2 dah kecik kurus aku nampak. dah join fitness first agaknya :p





rm15 pink is so raihan bak kata classmate aku.
akhirnya aku dapat earphone baru TT__TT dah lama aku tunggu saat ni. 
aku tak sabar dah nak tunggu pikom pc fair dekat klcc bulan 4 nanti. dah jadi agenda tahunan aku dah aktiviti ziarah pc fair ni. haha 

lepas puas kami cuci mata dekat pc expo, kami jalan2 pulak. macam2 cerita nak kena update ni. masa tu, kami plan nak tengok movie. ada satu cerita ni, vampire academy, macam best. tapi pukul 6.00pm baru ada. memang x la... ada plan lain lagi malam tu, xsempat balik pulak karang. jadi kitorang pergi main bowling. first time weyyyy! sebelum ni main bowling dengan kinect xbox je dekat rumah. tak pernah main bowling betul2 punya, haha. bukan aku sorang eh! aida pun sama! haha. main satu game je. sebab kan aku ni first timer, aku dapat no 2nd last. hahaha.. malu je. 
korang pretty as always





lepas tu kitorang pergi main arcade, main sampai penat dah. murah jugak la 1 coin rm1. standard kot? masa pergi dekat bukit tinggi dengan paksu n maksu dulu, arcade dia punya coin 1 coin rm2. mahal gilaaa... tapi masa tu aku main je. paksu yang bayar, haha


dah 4 bulan x jumpa dba n mira ni. rindu nak satu bilik dengan korang lagi T___T 
btw, alhamdulillah for the chance, thanks korang for the time, thanks korang for the memories. thanks korang for everything. may Allah bless you all. cepat2 masuk gombak. nanti boleh jenjalan sama2 lagi :)





pukul 6, kitorang balik. rushing nak balik. sebab malam tu plan nak pergi talk heroes battle of badr kat moot court, aikol dengan classmates. tapi sedih sangat...hall tu dah full.... sampai ke pintu keluar penuh dengan orang. nak duduk dekat luar pun dah tak dengar talk dia. jadi kami pun dengan berat hati pergi dinner dekat cafe aminah sambil tunggu brother buku teks delivery buku dekat mahallah aku. 

aten n ayu. hahaha
end.

till i type again, assalamualaikum.