YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 11 December 2012

pc fair III 2012 + the power of hand + promoter

assalamualaikum.
long time no see, huh?

tiga hari lepas aku pergi pc fair dekat klcc. dengan roomate aku sekarang a.k.a classmate aku sem lepas. seriously best weyh. biasalah... semua pc fair heaven untuk aku. haha.



beza dengan pc fair yang aku pergi masa bulan july dulu dia guna 2 hall dalam 1 floor convention centre. tapi kali ni dia buat siap 2 floor lg. level 3 n level 1.  averange jarak semua hall pc fair tu 2km. aku tawaf pc fair tu 3 kali. non stop. berhenti solat je. memang longgar la patella aku... btw, memang puas hati la. tawaf 3 kali. aku siap boleh ingat lagi kedudukan booth2 dekat situ. seriously, worth experience.

well. macam biasa lah. nama pun pc fair. maka segala2 yang ada dekat situ semua pasal computer dan adik beradiknya. kali ni, mungkin lain sikit. sebab windows 8 dah keluar, jadi. ada la beberapa event pasal windows 8. kelakar weyh. ada satu session tu dia terangkan pasal windows 8. lepas habis explanation tu dia tanya 5 soalan. siapa yang jawab, dapat hadiah. aku. macam biasa, kalau ada hadiah2 ni memang suka lah kan. siapa2 pun macam tu kot. soalan pertama, ada orang jawab. soalan kedua ketiga, orang lain jawab soalan keempat. pasal semangat sangat, dia belum tanya soalan, aku dah angkat tangan! haha... "wow... you already know my question?! i didn't give my question yet!" haha. memang aku dah tau dah dia nak tanya soalan apa. :name two other pillars of windows 8. tapi still, malu weyh! aku rasa semua orang pandang aku. walaupun mungkin x. rasa macam nak tenggelam masuk dalam lantai kalau boleh. huh~ btw, aku tetap dapat hadiah aku. mouse je weyh~ worth la jugak~

bila pc fair, mesti ada banyak booth. dan yang paling penting sekali. satu booth tu bukan sorang dua promoter dia. aku rasa paling kurang pun ada 5 la kot. yang paling banyak tu tak payah cakap la. aku rasa dalam 20 pun ada kot untuk satu booth tu! seriously ramai, mungkin kalau semua visitors yang datang tu keluar, hall tu still boleh sesak lagi dengan promoters saja! normal la kan. itu strategy namanya. ha.ha.ha. bila lalu dekat mana2 booth, aku rasa macam aku ni vip pulak. semua nak datang dekat aku suruh beli produk diorang, haha. then, dekat sini bermula lah the power of hand.




 first round aku dekat pc fair tu aku ok lagi. kutip semua flyers yang diorang bagi dengan senyuman. banyak jugak la booth yang aku masuk terjah tengok dan dengar apa yang promoter dia explain, survey harga, lepas tu keluar. second round + dengan penat 1st round tadi. aku jalan sambil angkat tangan. talk to the hand. with smile. x macam 1st round tadi, untuk 2nd round ni aku masuk dalam 5-6 booth je. beli la sebutir class10 8gb memory card untuk handset aku yang dah sendat dia punya memory ni. roomate aku sorang beli hard disk, sorang lagi beli mp3. waktu 2nd round ni. aku mula rasa yang lalu dekat area booth2 broadband ni mencabar kesabaran aku. seriously macam artis weyh! sekali lalu 10 orang serbu! wuhuuuu.... kesiannya aku kasi tangan aje. x ada satu pun yang aku stop. ha.ha. finale round. aku dah decide nak beli apa. punya lama aku nak decide. macam nak buat keputusan hidup mati pun ada. aku terinagt mama pernah kata yang aku kalau bab nak pilih2 barang yang nak guna lama ni sejam memang tak cukup la... dan kebenarannya sangat terbukti.

gara2 jam waktu tu dah nak pukul 7, aku call je terus bother acer tu. sebab masa tu aku rasa dah penat sangat + nak cepat sebab dah nak malam. guess what? brother acer tu student uia gombak! plus, he is an engineering student jugak. macam tu lah kisah kalau ALLAH nak suruh jadi. haha. kelakar pulak. done. nak gerak keluar dari convention centre tu, untuk kali yang ketiga dan yang terakhirnya, aku kena redah kawasan broadband tu lagi. masa tu. langkah aku memang laju dah. tangan pun memang dah tak turun2. kalau boleh, aku nak letak tag "this is my 3rd round. pls get off my way" dekat dahi aku. plus, aku memang lemas duduk dekat kawasan sesak macam tu lama2. lepas solat maghrib dekat klcc, baru balik. long journey weyh~

bila aku fikir2 balik. yes. sangat la sesak dan rimas dengan promoter2 masa dekat booth2 broadband tu. tapi, diorang cuma buat kerja diorang. dan aku pulak, sebab ini dah kali ketiga aku pergi pc fair tahun ni, aku rasa yang aku dah pretty used to it. situasi macam tu. memang penat weyh nak tawaf 3 kali pc fair tu. dengan nak bawa barang2 yang beli masa shopping dekat masjid jamek sebelum pergi pc fair tu dan kepala otak yang x berhenti2 fikir nak decide brand n model apa nak beli, tapi, diorang yang jadi promoter tu pun mesti penat jugak. bukan dekat sorang dua yang diorang nak promote. beribu2 aku rasa.

ha! lupa nak story. aku tak ingat booth mana asal promoter tu, tapi dekat hall 4, masa dia nak edarkan flyers2 dia tu, dia menguap...hwack! nganga besar mulut diaa dengan tangan dok hulur flyers dia dekat aku. geli hati aku! aku tahan gelk je masa tu! lepas pass by booth dia tu, memang sakan la aku dengan roomate aku gelak. brother, mohon ampun sangat. nampak kesungguhan campur keletihan dia di situ. see? bukan aku sorang je yang penat... orang yang promote tu pun penat.

next time, hormati lah mereka yang melakukan perkerjaan mereka yang mungkin boleh membuat kan anda sedikit terganggu. kerana mereka cuma melakukan apa yang mereka patut buat. end





may ALLAH bless=]



No comments:

Post a Comment