YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday 30 November 2015

Mira & the Magistrate

salam.

lepas insiden tok injured haritu, aku selalu lah balik putrajaya. since tok stay dekat situ, so time weekend aku akan balik teman tok. oleh kerana aku busy ulang alik gombak-sepang tak pun gombak-putrajaya setiap kali weekend, aku jadi tak berapa nak aktif dah dengan caklempong. bila masuk istana pun rasa awkard je. bila buka instagram andeka, rasa macam rindu rindu je. walaupun rindu, aku still tak berani nak join apa apa show bila diorang offer, sebab aku taku taku tak boleh commit training. so at one weekend tu, bashy text aku tanya 'free ke tak?'. masa tu aku baru nak mintak paksu hantarkan aku balik gombak. aku reply text bashy dengan soalan balik, aku tanya 'kenapa ?' then bashy bagitahu yang dia nak masuk pertandingan iium got talent dengan caklempong, kira dia offer aku untuk join team dia lah. aku tak tahu kenapa tapi serious aku excited gila bila bashy bagitahu ayu, ain, syakir dah agree masuk team tu. laju laju aku reply yes yes aku on! 
dah nak masuk bertanding mestilah kena ada training kan. aku pun tanya bashy bila training? bashy kata on that night jugak kita ada nak buat meeting. masa tu aku tak fikir apa dah, aku cepat cepat minta paksu hantar kan aku balik uia. tapi so bad paksu tak dapat nak hantar aku balik uia, so aku mintak paksu hantarkan aku sampai terminal putrajaya je, then aku ambik erl sampai kl sentral dan ambil lrt sampai lrt putra( gombak)... 
masa dalam perjalanan tu pun aku dah cukup excited nak dengar bashy brief pasal competition ni. right after sampai istana, bashy pun kasi briefing, then kita decide lagu. since lagu yang kita nak bawa (medley kun anta + price tag) tu perlukan keyboardist, so kita propose nisa since farid tak available on that competition day. 
maka wujudlah mira and the magistrate 1.0. which is masa tu kita ada 7 members. bashy, ayu, ain, raihan, nisa, syakir and umar. 
serious aku rasa bertuah gila, out of everyone else, aku dapat peluang nak join diorang ni. huhu.
basically iium's got talent competition ni ada dua stage, the first one is preliminary stage. masa ni semua competitor kena perform depan juries (with no audience except committees) masa ni juries akan choose or reject kita untuk masuk final (the second stage). untuk stage ni, kita training dua hari je. first training just untuk warming up and the second time tu baru buat full training. kita perform tu hari rabu, hari khamis baru tahu result dia. 
and alhamdulillah kita berjaya masuk final! :)
mira & the magistrate 1
so untuk final ni kita sepakat nak bawa lagu medley mj. (kalau korang nak dengar lagu dia, https://www.youtube.com/watch?v=cc9d0Zuy6hA ) lagu ni (dalam video) andeka perform masa taaruf week time batch aku masuk, so aku happy gila bila dapat chance untuk perform lagu ni. since lagu ni ada pakai gitar eletrik (azfar), base(faiz) dan jidur+cymbal(khalid), member mira & the magistrate berkembang lagi, jadi sepuluh orang. untuk stage yang ni, kita training khamis malam, jumaat half day, dan ahad one day. and alhamdulillah aku kira agak laju jugak masing masing nak dapat lagu ni. dan yang paling bertuah sekali, cikgu zana sudi nak tolong ajarkan kitorang main lagu ni. :')
sepanjang masa training sampailah ke hari competition tu, macam macam benda jadi... ada yang tak sihat, batuk, demam, mandi hujan just hours before nak perform and yang siap injured pun ada. tapi yang paling sweet sekali aku rasa bonding antara member kita makin 'umph' kot, makin kenal perangai masing masing. or maybe aku je yang rasa macam tu sebab dah lama tak join lepak and training kat instana kan :)
and for final ni, alhamdulillah kita dapat second place. wehee... tak sangka talented jugak kita weyh. competitor yang lain semua power power jugak.
oh yea, masa final tu, ada nastia okay. diorang jadi one of the juries of the competition. dan yang paling best sekali sebab masa lepas kita perform is turn leo (vocalist) nastia yang suara sedap gilosss macho cakap loghat utaraa kasi comment untuk performance kita. huhu~
mira & the magistrate
not in picture: ain yang sedang gigih pergi training percussion untuk recital 6.0 
again, sampai hari ni, aku still rasa bertuah and bersyukur dapat chance join mira & the magistrate ni. seriously one new and fresh experience  for me. alhamdulillah and thanks gais.

-preliminary stage



-final







source: credited to committees iium got talent :)


Thursday 5 November 2015

I pray tok is okay

Harini aku rasa adalah antara hari hari yang baik. Segalanya dipermudahkan dari bangun tidur, revision, breakfast, pergi kelas, lunch, kelas lagi sampai pukul 5. Setiap hari rabu aku ada kelas skill dari pukul 5-7. Cuma hari ni instructor mintak start kelas lambat satu jam. Lapang hati aku bila kelas math yang patutnya sampai pukul 5 habis awal setengah jam harini. So aku fikir nak balik bilik, solat, mandi lepas tu baru pergi kelas skill pukul 6. Entah macam mana pukul 5.30 aku dah siap keluar bilik bergerak ke cac. Kebetulan masa tu masih awal dan istana andeka pun buka, so aku decide nak lepak dekat istana dulu. Masa nak sampai depan pintu istana tu, tiba tiba dapat msg dari instructor kelas skill aku tu dia bagitahu kelas hari ni terpaksa cancel. Hadoyaii kalau tahu ni duduk bilik settle kan presentation slide pun sempat ni. Tapi takpe lah sebab memang dah hajat nak pergi istana, aku pun proceed je lah. MasyaAllah Subhanallah aku nampak istana tu apakk dia punya sepah. Sebulan jugak dah aku tak jejak istana ni. Tak sangka betul boleh sepah macam stor dah aku tengok. Sebagai head biro technical n welfare, dah jadi tanggungjawab aku lah untuk jaga welfare istana ni supaya dia kemas dan bersih. So aku mula mengemas apa yang patut. Lebih kurang setengah jam macam tu dah siap kemas dah semua benda yang aku rasa perlu di kemaskan. 
Then aku pun lepak lah dekat tengah istana tu sambil main phone. Entah apa pasal tergerak hati nak buka facebook time tu, tengah scroll scroll timeline tu aku nampak status makcik. Dia bagitahu yang tok injured. Aku mula panik masa tu. Aku baca status makcik tu word by word then baca comment comment dekat status tu. Bahu tok dislocated. But Tok doesnt tell any of us. Maybe she dont want to make us worry. Kita tahu pun sebab jiran rumah tok call pakngah bagitau pasal condition tok. By that time jugak pakngah update dekat  adik beradik yang lain and call ambulance. The call was made from putrajaya as pakngah was there by that time and paksu shoot back to kedah right away untuk tengok tok.
Masa aku baca tu the first thing i want to do is call tok. No wonder dua tiga hari ni asyik rasa nak call tok but i dont know why i didnt make the call yet. But then malam tadi lepas aku solat isya, aku dapat notification missed call from tok. Ah yes aku silent phone. Memang on weekdays almost all time aku keep phone aku in silent. Lepas nampak notification tu aku terus call tok. Then tok update aku yang tok dekat hospital sekarang. Masih tunggu doktor check. Aku pesan tok supaya take care. Nanti paksu balik. Tok jaga diri baik baik. Man, tears drop nonstop now weyh. Serious aku risau. Out of all tok just call aku je. Aku dua tiga hari terfikir nak call tak call call pun tok, but tok at this kind of situation masih ingat nak call aku. 
Ok sorry maybe aku touching sangat. Bagi orang lain benda kecil je ni kot. Everything is going to be fine, insyaAllah. But guys, one lesson learned, lepas ni jangan tangguh untuk call orang tersayang bila kau rasa nak call. Once you feel like to do it, then just do it. Jangan tangguh. Sebab kita tak tahu apa akan jadi esok. Pray for tok please. Moga tok kuat dan cepat sembuh. I love you tok.

ps: btw tok dah discharge lepas kena warded one night. alhamdulillah everything is fine. tok bagitau pakngah hantar 'agent' dia settle kan hal hal penting masa dekat specialist hospital tu. aku pun tak berapa faham apa maksud tok. tak kisahlah yang penting now tok dah okay :)