YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday 18 January 2013

masa

assalamualaikum

peristiwa ni berlaku sejam yang lepas. sebabkan besok aku dah nak gerak pergi ke kl, tinggalkan perak, jadi malam ni aku memang sibuk lah nak packing barang (akibat rilex sangat, konon hebat sangat bab packing2 barang ni). ini nak letak dalam beg tu yang tu nak letak dalam bag ni, yang ni tak beli lagi, yang tu tak susun lagi. parah...parah... jarang sekali aku kelam kabut macam ni bila nak packing barang. selalu nya pakar dan professional lah kan aku ni... besok nak balik, hari ni barang dah siap beratur depan pintu..huhu

tengah sibuk2 aku packing2 barang, tiba2 abah panggil
abah: raihan, sini kejap.
me: kenapa?
abah: sini la kejap, tengok ni, gambar puteri.
me:'puteri mana pulak ni?~' mana gambar nye?

abah selak2 album gambar dekat atas meja makan.
'eh, ni album gambar aku ni.'
satu-satu gambar aq dari kecik sampai besar abah selak..banyak jugak gambar aku..haha...dalam adik beradik aku, memang album gambar aku yang paling banyak pun...photogedik kan...haha.. kelakar nya aku kecik2 dulu..comel3..puii...

abah:  mana ye..abah nampak tadi...

abah selak2 lagi album gambar aku tu

abah: ha..ni dia...
sambil tunjuk dekat satu gambar ni
->gambar aku masa darjah berapa entah pakai baju kawen makcik aku.

me: abah ni, buat malu je la...
*buat aku rasa malu

cepat2 aku tutup album tu.pap!

cepat nya masa berlalu. tak sedar pun masa berlalu. x sedar pun diri dah besar. x sedar diri pun ada. haihh...hari ahad dah balik cfs, start sem 3...

dulu  aku pernah dengar mama pesan dekat along, kakak sedara aq.
sekarang dah masuk universiti, sikit lagi dah nak kerja, lepas tu nak kawen pulak
betul weyh. dulu, masuk sekolah menengah, rasa macam baru semalam ambil upsr, dah habis spm, rasa macam baru semalam masuk tingkatan 1, dah masuk u, rasa macam baru semalam habis spm. sekarang dah masuk sem 3 dekat cfs. rasa macam baru minggu lepas daftar masuk cfs. masa...cepat...cepat...cepat...

hargailah masa.


No comments:

Post a Comment