YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday 15 November 2013

day off 2: upsr

assalamualaikum.

hye.

semalam keputusan upsr diumumkan. alhamdulillah dapat 5A. rasa macam x percaya! aku bukan study sangat pun. boleh pulak dapat 5A. hahahaha *kisah 7 tahun lepas. dah lama tu..

tahniah kepada mereka yang berjaya. semoga anda gembira dengan kejayaan yang Allah berikan kepada anda. =]

cuma kali ni, adik aku x dapat result yang menggembirakan. tak menggembirakan hati dia, hati mama dan abah dan mungkin hati tok jugak. berapa tu tak payah la aku cerita. biar lah rahsia. aku tahu mama dan abah sedih. mungkin juga kecewa. tapi semua ni rezeki yang Allah bagi. ok la tu x ada fail. aku kata. aku faham. risau ibu bapa tu, risau untuk anak2 dia jugak. risau masa depan dia. tapi kan Allah jadikan setiap masalah tu ada jalan penyelesaian dia. selagi kita usaha dan minta tolong dengan Allah, insyaAllah Allah tolong. aku percaya tu. tapi kalau kita dah usaha, dah doa, tapi tak dapat2, maybe kita ada buat something wrong, atau pun sebab masanya belum tiba, atau pun sebab Allah dah plan sesuatu yang lebih gempak dari apa yang kita mahukan. 2:216.

"..... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kau tidak mengetahui."


malam tadi. tengah aku syok2 layan cerita korea se-episode, adik aku datang bilik aku.

"kakak, dulu masa kakak upsr, sampai bila orang cakap pasal keputusan upsr eh?"

"entah. tak ingat dah. kenape? abang sedih ke?"

"haah la. abang sedih la. abang kalau boleh dapat sikit lagi ok lah"

*masa ni aku rasa kesian sangat dekat dia. sob2

"tak pe... benda dah lepas. abang patut rasa bersyukur la Allah bagi result tu kat abang. at least Allah tak bagi fail dekat abang tau."

"haah... ada kawan abang dapat fail. dia lagi kesian. tapi abang takut la nanti kalau orang tanya dapat berapa upsr.."

"abang diam je.. sabar je... nanti orang tak tanya dah. keputusan upsr bukan guna lama pun. nanti masuk sekolah menengah orang tanya pmr pulak. tak ingat dah upsr ni"

"hmm... abang ada pmr lagi ke nanti?"

"erk. dah takde eh? hehe"

*diorang dah takde pmr dah eh nanti? (malu)

dulu aku rasa adik aku ni macam tak pernah ada perasaan. tapi kali ni, aku rasa bukan dia tak ade perasaan, tapi aku yang tak pernah ambil kisah apa yang dia rasa. mungkin ujian yang Allah bagi ni bukan untuk buat dia je sedar, tapi mungkin untuk aku jugak. Allah made things for reasons kan. Allah campakkan kita dalam satu ujian tu tanda Allah masih ada rasa kasih pada kita. masih ada sayang. maka, bersyukur lah jika diuji. dan belajar lah dari musibah dan ujian itu. insyaAllah, ada pelangi selepas hujan.

bye.


No comments:

Post a Comment