YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday 30 August 2014

carrot cake

Semalam aku dengan mama tengok cerita cake boss. Suka sangat cerita ni. Sampai rasa nak menangis sebab suka sangat. Tengok dia buat cake macam kasyang je, maka mama ajak aku buat cake untuk mama bawa ke sekolah untuk potluck dengan guru2 lain. Memang setiap hari jumaat ada potluck cikgu2 ni. Minggu lepas bawak makanan berat, minggu depan bawak makanan ringan. Sebabkan aku ada dekat rumah, mama suruh aku buat kan kek.
Mula2 blank jugak tak tau nak buat cake apa. Tapi sebabkan aku rasa tak berapa nak cergas malam tu, aku buat cheese cracker je. Ada orang lain panggil cheesekut sebab ada cheese dan biskut. Maka pagi esoknya mama pun bawa cheese cracker yang aku buat tu ke sekolah. Aku harap rasa dia ok sebab aku baru teringat yang aku tak rasa pun cheese dia tu ok ke x.
Pukul 12.30 tengahari, mama pun pulang dari sekolah. Jauh dilubuk hati, aku mengharapkan masih ada baki cheese cracker hasil air tanganku untuk ku rasa. Tapi bila aku buka bekas kek tu, dah lain isinya. Ada nasi arab. 'ramai tanya macam mana nak buat cheese cracker raihan tu. Mama takde la bagitau sebab tak tengok pun raihan buat semalam'. Macam ada terharu dalam hati, tapi rasa hiba pun ada sebab tak sempat nak rasa.
Malam ni, aku buat carrot cake. Semangat betul aku pada mulanya. Rasa macam nak tiru gaya buddy cake boss tu masa decorate cake nanti. Setelah bahan digaul sebati, aku masukkan ke dalam pembakar bersuhu 175darjah celcius selama lebih kurang 1 jam.
Tapi..............dari luaran serious nampak kek tu ok. Bila nak terbalik kan dia, keluarkan dari loyang, gedebuk gedebuk. Tak sama tinggiii. Patah semangat. Hilang harapan. Sedihnya hidup ini alahai. Bagaimana bisa jadi begini?!!! Belum cukupkah kasih sayang yang telah aku curahkan? Tangis hatiku. Biarlah cubaan kali ini menjadi pengajaran buat diriku. Indah rasa dari rupa itu mungkin ada baiknya dari indah rupa dari rasa. Mental breakdown. Biarlah pembakar itu diberi cuti panjang.
I am so sorry, cakey...


No comments:

Post a Comment