YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday 29 August 2014

Kaki ayam

Tidur pagi, terlelap selepas solat dhuha aku dikejutkan dengan panggilan dari abah. Hampir hari2 mama ingatkan aku jangan lupa solat dhuha. Alhamdulillah ada orang ingatkan. Kalau tak memang lebur la aku. Tapi kali ni lepas solat dhuha, rasa mengantuk betul, sampai tak sedar bila masa aku terlentok.Sedap betul tidur pagi ni, dengan cuaca indah aman damai harmoni pagi ni, lagi la buat aku rasa macam tak boleh nak bukak mata.
'raihan ni ada nasi lemak dekat dapur ni'. Eh, nasi lemak? Makan besar la aku pagi ni. Selalu nya pagi2 kalau tak pekena kopi secawan dengan biskut, memang aku belasah kuih raya yang tak habis2 dekat rumah ni atau memang tak sarapan terus. Tunggu makan tengahari je. Aku rasa ni semalam punya kes la hari ni abah belikan nasi lemak untuk aku. 'ok..ok..nanti raihan makan', Aku menjawab.
Semalam, pukul 8 pagi abah telefon dari pejabat. 'pukuk 8.40 kejap lagi abah ambil raihan, pergi check up". Hal nya abah nak bawak aku pergi check up. Dengan aku yang masih mamai mengantuk masa abah cakap nak pergi check up, sudah lah belum mandi, rumah tak habis kemas lagi, aku pun belum 200% sedar lagi . Maka berlaku lah pujukan berbalas alasan aku dengan abah. 'hmm... Ok lah. Abah dah pujuk tau..kalau mama tanya apa2 nanti raihan jawab'. Aku sengih. Yes. Tak payah pergi.
Aku, abah dan mama duduk di meja makan menunggu azan maghrib. Buka puasa. Abah belum cakap apa2 lagi dengan aku lepas call pagi tadi. Abah marah ke? Hmm...
Lepas berbuka, abah report dekat mama pasal cerita pagi tadi. 'abah dah pujuk dia banyak kali dah dia yang tak nak' abah cakap sambil ketawa. Kelakar kot bila aku takut nak pergi klinik? Aku pun ketawa la. Ingat kan abah nak marah. Aku yang fikir lebih2. Maybe abah beli nasi lemak hari ni, nak pujuk aku kot. Lol. Itu cerita semalam.
Aku pun ke dapur konon nak makan nasi lemak dengan mata nak tak nak buka. Tapi, bila tengok ada ayam dan ikan dekat sinki, aku batalkan niat nak makan. Aku proses dulu ayam dan ikan ni. Aku suka makan ikan, ayam pun aku suka. Tapi bila nak proses ayam ni, ada satu hal. Aku tak boleh betul kalau ayam tu, kaki dia, kuku dia tak potong. Ha. Kaki dia tu. Bukan geli. Tapi scary kalau pakcik jual ayam tu tak potongkan kukunya. Tak pasal2 aku membebel sorang2 dekat dapur tu. Kenapa tak dipotong kuku nya, kenapa kuku ayam ni menakutkan betul. Aku tebayang2 kalau tiba2 jari2 ayam tu bergerak2 macam hantu! Sebab kuku dia tajammm . Akhirnya, kaki ayam tu aku tak proses pun. Tunggu mama yang buatkan nanti. Sorry, kak ayam. Serious aku tak mampu . Ok nak pergi makan nasi lemak.
*aku nak tangkap gambar kaki ayam tu, nak letak dekat sini, tapi takut nanti kaki ayam tu menakutkan aku setiap kali buka blog sendiri, aku tak jadi tangkap gambar dia. 

No comments:

Post a Comment