YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 27 August 2014

Tak reti masak

Balik rumah kali ni, aku susah hati memikirkan satu hal ni. Aku dah tak reti masak (malu😣). Sepanjang aku balik ni, setiap hari bekerja aku akan masak lauk makanan tengahari untuk adik2. Mama memang selalu skip makan tengahari sebab dah makan dekat sekolah dan selalunya makan time petang. Abah pun selalu makan tengahari dekat cafe pejabat. Kira ok la kena masak lauk untuk adik dua orang ni je. Tapi masalahnya aku dah tak reti masak T_T.
Seingat aku takde la lama mana sangat aku tinggal dapur ni. Tapi kenapa balik kali ni teruk sangat skill masak2 ni?😧 First time masak masa cuti kali ni, hari isnin lepas. Yang tu ok lah sebab buat chicken chop. Hari selasa buat tomyam. Duh. Fail😭. Mama kasi bad comment. Buat sengih je la masa tu. Mama kasi remind yang memasak ni kena ada skill. Kena practice kalau x reti.
But then, seingat aku masa balik cuti yang lepas, mama kasi pass dekat semua masakan aku hari2. Walaupun tak puji apa2 kira pass tu ok la. Tapi kali ni, comment mama tu macam yang aku ni baru first time masak. Srottt srott. Dan hari ni buat ayam sweet sour pun. Mama gelak je. Hangus la aku macam ni. Hangus. Yang paling sadis, mama kata macam mana nak kahwin ni nanti kalau raihan masak, kena gelak je. Sob sob. Tapi takpe ma... Nanti raihan cuti tiga bulan, raihan nak balik rumah tok belajar masak dengan tok 😤.
But then, malam ni mama cakap lagi. Patut la masak tak cukup rasa, dah demam2 masak, padan la lain rasa diaaa... Eheh. Haah la. Lupa. 😅
alhamdulillah kali ni tak demam teruk. Sadis woo bila selalu demam time cuti ni, rasa macam rugi masa. Tapi sakit tu kan kafarah dosa. Padam2 la sikit dosa yang banyak tu. Hidup ni pun bukan lama. Entah banyak mana sangat kebaikan yang kita buat sedangkan buat dosa tak berhenti2. Astaghfirullah..#selfreflect
*picit2 kepala fikir macam mana nak reti masak tanpa belajar ni. ;p

No comments:

Post a Comment