YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday 25 August 2014

D.i.y

D.I.Y
Do it yourself.

Setengah orang suka beli je. Macam rak, kalau rasa nak satu, pergi je kedai perabot dan pilih mana yang berkenan, atau boleh tempah dekat mana2 kedai yang boleh buat barang customized ikut kehendak pelanggan. Tapi kalau dah ada rak, cuma rasa macam perlu cantikkan sikit lagi dan rasa macam rajin, ada masa n nak berkreativiti, boleh lah ber d.i.y. Kebanyakan orang, suka pilih untuk ber d.i.y sebab nak save budget, on mode expressing creativity,ada design sendiri yang dia nak, tapi susah nak cari dekat kedai2 di luar, minat, dan untuk puaskan hati sendiri. Yang ni antara sebab2 kenapa orang suka ber d.i.y.

Aku bukan jenis creative sangat atau gila gila punya creative yang kalau bagi pen atau pensel boleh hasilkan karya agung bernilai beribu-ribu ringgit. Tapi boleh la setakat nak decorate sikit2 tu.
Asalnya dulu tangan ni keras macam batu. Sampai kerja sekolah yang kena lukis2 mesti pass dekat abah. Bukan pemalas eh, cuma menggunakan perkhidmatan percuma yang dah sedia ada. Tapi mama, dulu sangat rajin ber d.i.y, cat itu ini, tampal sana sini, guba bunga, decorate cabinate, jadi sebagai satu2 nya anak perempuan selaku teman sejati, kena la tolong sikit, paling2 pun tolong tengok. Bila dah hari2 tengok, tolong sikit2, mama mula bagi task dekat aku. Seingat aku, first task mama bagi dekat aku, suruh buat frame guna kad kawhin. Nganga jugak masa tu. Tapi gunting sana sini, jadi la jugak frame card guna kad kahwin yang mama bagi tu. Dari saat itu, aku mula suka ber d.i.y.
Nak bagitau dekat sini, mr.diy, daiso, kaison, typo, kedai bunga antara tempat2 yang aku suka pergi bila rasa nak cari ilham ber d.i.y. Kalau masuk dekat tempat2 ni, especially typo, mesti rasa macam semangat tahap giga nak ber d.i.y. Tak lupa jugak jasa baik google dan youtube yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sokongan padu untuk aku terus ber d.i.y.

*ini semua effect lepas pasang wallpaper, cat para, decorate rak buku n buat moment frame punya pasal.

Adios

No comments:

Post a Comment