YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 17 June 2014

cuti

dah nak habis cuti. tinggal lagi 5 hari lagi nak masuk sem 3.
 erm.
 sejujurnya, aku rasa cuti kali ni antara cuti yang paling produktif yang aku lalui. walaupun tak join mana2 program luar, tapi boleh la nak kata produktif sebab minggu last cuti ni baru aku mula bukak lappy. heh. nampak sangat aku ni species computer freak. tu dulu punya cerita. aku okey je tak tidur dua tiga hari kalau duduk depan laptop je kerja aku.
tapi sekarang ni,
dua minggu tak buka laptop pun aku hidup sihat walafiat lagi, alhamdulillah.
cuma yang demam 4 hari tu, tak ade mengena dengan laptop.
dan cuti kali ni, aku tak pulak duduk dalam bilik je. macam dulu, dalam sehari,tempat aku selalu bertapa dekat dalam bilik. tak depan laptop, baca novel.
kali ni, aku cuba banyakkan bertapa di ruang keluarga. tak kemas rumah, lepak depan tv kacau adik aku main game, tak pun aku join sekali diorang main game.
tapi  balik cuti kali ni serious best sebab aku rasa dah ada geng. ye la. adik2 aku dah boleh masuk sekepala dengan aku. ada benda nak sembang.
pasal anime ke, pasal buku ke, pasal movie ke, pasal hostel life ke. macam2 la. kalau dulu, kalau tak cakap pasal game, aku cakap pasal cartoon.
hm. cakap pasal ni pun boring.
tak tau lah macam mana aku boleh tahan dengan adik2 aku dulu. dan balik kali ni, macam2 aku menyumbang dekat rumah ni. he he.
macam nak kembang hidung pulak.
 pasang wallpaper, cover cermin, tonyoh daki2 dekat beberapa tapak kawasan(kerja tak habis lagi), yang paling aku puas hati, akhirnya aku berjaya mengubah rupa bilik aku. wahaha.
 yang ni prestasi yang agak membanggakan bagi aku. (walaupun esok banyak lagi kerja nak buat dengan bilik ni).
dan balik kali ni, ada beberapa aktiviti lain yang sangat rare aku dah buat. baca novel melayu dan jawab fun quiz yang dari pelbagai sumber dan aspek.
dulu aku pesen tak berapa suka nak jawab fun quiz ni. macam tahpehape je buat quiz2 ni. tapi last2 sekarang aku seronok pulak buat quiz2 tu. macam best.
 kadang2 apa yang dia discribe dan elaborate based on apa yang kita jawab tu betul jugak.
ada la dua tiga kali aku sengih sorang2 depan laptop sebab rasa macam kena dekat diri sendiri.
aku sendiri macam tak percaya aku boleh habiskan satu novel hlovate dalam masa dua hari lebih sikit.
pergh. ha. jangan nak gelak. aku bab baca novel melayu ni, masa form 3 dulu je aku rasa paling lagend aku baca satu novel tebal satu hari. ni dengan skill yang dah berkarat ni, satu novel dua hari lebih sikit pun aku rasa dah boleh consider pencapaian terbaik aku la.
alhamdulillah 2 buku dah habis. sekarang nak masuk buku ke3.
aku suka baca novel hlovate ni sebab novel2 dia sangat santai, ngam dengan aku dan buku dia ada input2 yang islamik.
kira boleh dapat dua benda la dalam satu buku. cerita yang best satu, tazkirah sentap tak larat nak tunjuk hidung sendiri satu.
aku ingat, sementara ada masa sebelum balik uia ni, aku nak cari dua tiga buku yang aku rasa boleh bantu aku untuk touch up sikit2 diri ni. biar sikit, asal berkekalan, nay?
ntah la. aku rasa masa first sem aku dekat uia. aku asyik kena sentap je. macam2 sentap dah aku kena. secara lansung dan secara tak lansung. masa pergi street dakwah n masa stuff special training dengan murabbi la aku rasa yang sentap dia paling kuat sekali.
ada jugak incident2 lain yang kasi sentap masa first sem ni. masa first time join caklempong, mana tak nganga musikal club start meeting dengan tazkirah. masa akak rabiatul tumpangkan balik pasar malam, masa sir zahirul alam tolong aku masa jawab quiz, masa the heartexploding 'bangang' text. banyak la lagi incident2 sentap aku.
hah. aci tak kalau aku nak hashtag throwback? hahahaha
tapi aku malu dengan diri sendiri. dengan member2 aku, dengan dia, dengan Allah,
aku ni dah banyak kali sentap pun, tak usaha pun nak betulkan diri tu. nak berubah.
rasanya ada ke perubahan dekat aku? bukan phisically, tapi inner side aku. entah la. kalau ada, aku pun tak sedar. aku sendiri tak puas hati dengan aku.
lagu korea, linkinpark, tak habis buang dari lappy lagi. pdf hadis 40 yang masa tengah sem download pun tak habis baca lagi, tafsir quran baru berapa surah je habis. hmmm..
slow la aku ni. aku harap, Allah bagi aku masa nak habis kan semua ni.
maksud masa aku kat sini. nyawa dan kelapangan masa.
kalau masa yang saat, mini, jam tu, tak boleh la aku nak minta lebih. sebab Allah dah kasi samarata semua orang dapat 24jam sehari.
ha. satu lagi target aku tahun ni aku nak pergi bungee jumping kat sunway lagoon dan main laser tag. nak jugak! aku rasa dah lama sangat simpan cita2 ni dan dah sampai masa aku nak realisasikan cita2 aku ni. well, life should be challenging, adventurous and well used kan. ha ha *cari calculator nak kira2 duit. heh

ps: hmm. dengan cita-cita aku, aku tak nak cita-cita aku jadi angan-angan. dan, moga Allah redha

:)



No comments:

Post a Comment