YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday 24 October 2015

throwback: Langkawi 4d3n

wazup, assalam...

lega midterm dah settle wehee. tiga hari cramp crush crash otak, finally malam ni dengan senang hati nya sikit pun tak sentuh buku. haha. cukup cukup sudah, kasi rehat dulu seminggu.

kali ni saja la nak throwback sikit trip langkawi dua bulan lepas sebab tadi dok tengok member semua hapdate status off to vacation. ke london ada, ke melbourne ada, ke port dickson ada, ke pahang pun ada. dah bersepah sepah dah semua, dan golongan yang sama dengan aku ni, kita mereput je lah kat dalam bilik kita layan dua tiga movie, dah penat dah bosan, tulis entry baru lah pulak, kita hashtag throwback sikit lah kan. ha gitu~

okay start.

tipu kalau kata tak rindu. 
trip langkawi haritu start dengan pom pang pong piang dengan budak stuff gm pasal tiket flight airasia tengah sale masa tu. sembang la mula-mula. tiket return murah lah, dah lama tak group bonding lah, time travel period tu dah start cuti lah. sekali falah ajak betul betul. list out nama siapa yang betul betul nak join. aku masa tu duit tak ada lah banyak mana pun. tapi kebetulan cukup cukup boleh beli tiket tu dan aku pun memang tengah fikir plan nak buat apa masa cuti tu so aku pun tulis la nama kat list yang falah buat tu. nanti pandai pandailah nak kumpul duit macam mana sebelum pergi sana. masa tu, ada dua bulan sebelum travel date kalau tak silap. sum up, semua ada 13 orang yang join. 7perempuan 6 lelaki. tapi lebih kurang sebulan sebelum travel date tu, kitorang kehilangan kak yana(al fatihah). masing-masing terkejut sangat sebab tiba-tiba je. terasa sangat dia dah tak ada sebab dia lah yang paling kuat melayan dekat group, dialah yang paling kecoh, dia lah yang paling happy dalam gm dia lah yang paling caring dengan semua orang dan dia je lah senior yang kitoang paling tak rasa ada gap bila dengan dia. so bila kitorang dekat langkawi tu, boleh bayang macam mana suasana kalau dia ada. tapi masing-masing diam kan je. layan perasaan sendiri. 

gugirl
dan masa last minute pun, ada yang kena tarik diri tak dapat pergi. masing-masing ada sebab masing-masing. tinggal lah 9 orang je. masa mula mula tu aku pun rasa nak tarik diri. satu sebab ralat nak pergi since masih terasa lagi kak yana dah tak ada, risau kak teha belum fully recovered. dan satu lagi sebab masa tu tinggal 3 orang je perempuan. serious lah masa fikir fikir tu memang tak boleh nak bayang macam mana nak survive perempuan 3 orang je while lelaki 6 orang. takut pishang satu. takut awkward dua, takut tak berapa selamat tiga, takut tak boleh nak blend dan kena follow flow diorang pun satu hal. tapi lepas sembang sembang dengan aida, kitorang gamble je tawakal je sebab rasa saynag nak burn flight tiket dan sebab masing-masing memang nak sangat pergi jalan jalan lepas dua minggu stress exam masa tu. dan kak teha pun masih nak pergi, takkan lah kita nak tinggal dia seorang kan. so masa nak pergi tu, kita masing masing comfort  diri dengan 'its okay, one for all, all for one' haha.

basically, almost semua hal public relation masa kat sana, shuk yang settle kan sebab dia ada saudara mara dekat sana. transportation, kitoang dapat harga baek punya, myvi rm60 sehari kitorang sewa dua biji sepanjang 4 hari dekat sana. accomodation, saudara shuk carikan, jumpa yang satu bilik rm45/night. tapi masa tu kita sewa dua bilik rm45 dan satu bilik rm 65 sebab itu je yang available dan paling murah masa tu. gladly, gugirl dapat bilik yang rm65 tu. while yang men ambil bilik yang rm45. bezanya bilik rm65 dengan yang rm45 tu, cuma aircond je. kebetulan masa tu cuaca selalu redup, mendung dan sejuk je, sampai masa tidur kita tak guna pun aircond tu. sejuk dia sampai boleh gigil gigil. tidur pun rapat rapat je masing masing. island hoping pun, kitorang sewa boat. kira private lah kita pergi dengan team kita je tak campur dengan orang lain. harga pun dapat tapau baik punya, seorang rm 20. kira satu boat tu rm180 je.

sejujurnya, walaupun trip ni laki dan perempuan tak balance, tapi aku rasa trip ni lah antara yang paling best. enjoy sangat. masing masing go je nak pergi mana mana. sekepala. senang. free time pun kita isi dengan main game macam uno card macam tu. halamak rindu nyaa bila teringat uno card tu. objective group bonding tu achieved lah kiranya. dan aku baru tahu yang pantai dekat malaysia ni boleh tahan jugak. ni baru langkawi, belum perhentian, pulau harimau, sabah lagi. mak oi bila nak habis check semua tempat tempat tu pun tak tahu lah. tak apa. one step at one time. satu satu lah ye dak. takmo gopoh sangat. 

okay saja aku letak sini itinerary and full budget aku masa dekat sana. basically antara tiga gadis yang pergi trip ni, aku punya expenditure dekat ranking tengah tengah lah. sebab aida punya spending kurang 10-30 ringgit je dari aku, tapi kak teha memang besar dia punya expenditure since dia punya shopping pun mantap masa kat sana. 

Iti langkawi #GMtravelog Isnin (24hb)
flight
check in hotel
rest
jalan2 chenang
Selasa (25hb)
cable car
jln2 kt pdg matsirat
shopping coklat
dataran helang
Rabu (26hb) island hoping
parasailing, jetski kt pantai chenang
makam mahsuri
jln2 kt uptown pekan kuah
jalan2 chenang
Khamis (27hb) Jln2 shopping 2.0 Balik
--------------------------------------------
Expenditure langkawi 4hari 3 malam #GMtravelog
Basic Flight return rm69 Kereta n accomodation 4d3n rm90 Day 1 Air rm2 Ice cream rm 1.50 Day 2 Cable car skybridge rm25 Makan day 2. Rm7.50 + rm5.50 Shopping coklat rm110 Tshirt langkawi rm25 Air rm3 Milkshhake 5.50 Day3 Makan 5.50 Island hoping 20 Life jacket 5 Dayang bunting 2 Lunch 3 Green tea 3.50 Helang 5 Parasailing 50 Air 2 Keropok 3 Day4
- Total 435.50

budget dia ni boleh reduce lagi sebenarnya. shopping takpayah banyak sangat dan makan pun boleh cut lagi. souvenir pun boleh cari murah lagi. keychain dengan fridge magnet dekat sana rm 1 pun ada je. boleh jumpa merata rata. pandai pandai lah. ikut diri masing masing.



cable car dia best! sejuk gila masa kat atas tu sebab baru lepas hujan.

kelakar tak kelakar dekat  sky bridge ni pun kitorang menyempat lagi main uno card sampai lapar lapar.
orang lain tengok pelik pun kita buat tak faham je. haha
alahai rindunyaaaa


dataran lang

parasailing dekat chenang. rm50 sorang. worth to try lah

#GMtravelog 

takmo letak gambar banyak banyak. haha
ah i miss langkawi again. now kumpul duit lagi. next year dah plan nak check bukittinggi indonesia trip dengan andeka caklempong dengan check singapore nak pergi rumah ain dengan tf4 ! tashabarnyeee.

langkawi: checked!

No comments:

Post a Comment