YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday 22 January 2016

sister solat jumaat

assalamualaikum

salam jumaat penghulu segala hari.
kenapa hari jumaat ni kita panggil penghulu segala hari? apa special dia?

satu. banyak amalan sunat buat hari jumaat ni, mandi sunat salah satunya. dua, sunnah nabi pun banyak, potong kuku, baca kahfi contohnya. tiga, hari jumaat ni jugak, elok lah kita banyakkan berselawat dan bersedekah. bukan nak kata hari lain tak payah selawat, tak payah bersedekah dah, tapi apa salahnya kan selawat banyak sikit hari jumaat ni kan. okay aku dah tak ada point lain nak hurai

dan untuk orang lelaki muslim, wajib lah untuk mereka pergi solat jumaat pada setiap hari jumaat. aku ada kisah sikit nak cerita dekat sini pasal solat jumaat ni.

kisah ni berlaku masa tengah study week final exam baru ni.
diceritakan exclusive oleh aten dekat aku. dia yang request aku tulis cerita dia ni.
aten roomate aku ni jenis kalau time study week dia rajin gila pergi study dekat library. jauh beza lah dengan aku yang satu sem ni sekali pun tak pernah jejak library. astaghfirullah aku punya pemalas nya nak angkat kaki pergi library tu tuhan saja yang tahu. over pulak cerita pasal malas sendiri heh .

library dekat uia ni setiap hari jumaat, time solat jumaat dia tutup. ye lah. kalau tak tutup nanti ada pulak brothers yang skip solat jumaat menyorok dalam library kan. so aten pun ikut sama lah kawan kawan dia pergi masjid. nak balik bilik, bilik jauh. tak kuasa nak pergi balik bilik - library. kalau balik bilik memang dah tak nampak jalan pulang ke library agaknya sebab jauh dia boleh tahan kasi tiakk basah jugak kalau cuasa panas. alang alang dah dekat masjid tu, aten ikut lah sisters yang lain sama sama solat jumaat since ruang solat wanita dekat main prayer hall masjid uia tu dia memang reserve untuk sisters, tak kasi brothers masuk.

dalam solat jumaat ni, lepas azan, khatib akan bagi khutbah dua session dan sambung dengan solat sunat jumaat dua rakaat. aten pun ikut lah jemaah semua solat bersama sama. kalau nak tahu, ni first time aten ikut solat jumaat. sebelum ni aten belajar dalam kelas je pasal solat jumaat ni.

sebaik saja imam bagi salam lepas selesai solat dua rakaat, masih dalam saf, aten rasa macam keliru dan tertanya tanya. dia pun bertanya dekat kawan di sebelah dia.

a: ni solat jumaat kan?
k: yup
a: bila nak solat zohor?
k: . . . .

setelah krik krik terdiam  dua tiga saat, kawan aten terangkan pada aten. 'sebenarnya, kalau kita dah solat jumaat, kita tak payah solat zohor dah. macam substitute lah lebih kurang'. aten angguk angguk kepala, baru faham. 'weyh selama 21 tahun aku hidup ni, hari ni baru aku tahu lelaki tak payah solat zohor kalau dah solat jumaat', kata aten.

aku pun sejak dengar kisah aten ni baru aku sedar. bukan semua orang tahu apa yang kita tahu. dan bukan semua yang kita tahu, orang lain tahu. ceyh benda sama je ni.

'experience is the best way to learn'



aku yakin aten akan ingat kisah ni sampai bila-bila dan dia akan cerita pasal benda ni dekat cucu cicit dia nanti supaya diorang tak lalui kekeliruan yang aten lalui selama 21 tahun dalam hidup dia.


nota: cerita ni merupakan kisah benar yang diolah sedikit supaya rasanya lebih sedap secukup rasa. lidah i lidah omelayu campur omputeh kalau nak tahu.

sekian.
sollu alannabiy. it's jumaah =]

No comments:

Post a Comment