YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday 22 August 2015

Motor

Pada suatu petang, sedang aku melipat kain, mama bersantaian di ruang tamu, adik-adik bermain di luar, suatu perbualan menarik telah berlaku. Begini ceritanya.
Jam menunjukkan pukul 7 petang. Sebaik saja adik pulang dari bermain di rumah jiran, adik terus berlari mencari abah. Tidak lama kemudian adik muncul dengan abah di ruang keluarga. Berlaku perbualan antara mereka. 

Adik: abah, nanti kita balik kampung opah boleh?
Abah: kenapa?
Adik: adik teringin nak naik motor dengan abah. Abah bawa, adik duduk dekat belakang. Bestnya rasa angin~
 *sambil buat muka nikmat nya dunia. 

Kasihan adik. Zaman kita berbeza. Masa kakak kecil dahulu, abah ada sebiji motor, abah selalu bawa kakak bersiar-siat dengan menaiki motor tersebut. Tapi riwayat motor tu tidak lah lama mana, kerana tidak lama kemudian abah telah membawa pulang sebiji kereta. Sejak dari itu, keluarga kita tidak pernah lagi memiliki sebiji motor. Walaupun begitu, sampai sekarang, kakak masih menjerit kegembiraan dan teruja setiap kali dapat naik motor. Terbukti. Kita adik beradik kandung. 

No comments:

Post a Comment