YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday 21 May 2015

renew passport

salam.

tengah-tengah study week ni rajin pulak rasa nak tulis entry baru ni. al maklum lah. dah penat belajar, nak berehat kejap, tapi melepet dalam bilik aje, memang tak ada banyak benda yang boleh dibuat selain makan, minum dan tidur. mungkin tonton anime se episod kalau rajin sebab sherlock holmes dan once upon a time series dah berulang kali aku khatam masa awal-awal study week hari tu. heh. kadang-kadang tu, study tak ada lah kencang manat tapi bila time break, berehat dia bukan main beria...dua tiga jam jugak aku belasah. bila tengok jam, rasa menyesal. bila dah menyesal tu, muhasabah lah kejap, set mind kena study lebih sikit lepas ni, nak cover balik masa yang terbuang tadi. konon je lah. serupa tu juga momentum dia, kelaut.

sebenarnya jadual exam kali boleh kata antara exam yang paling selesa sebab ada gap antara setiap paper. kalau nak dibandungkan dengan sem lepas. haaa,,,dibandungkann...nampak tak...bila time study week ni memang yang segala-gala yang pelik akan muncul tanpa petanda. ha. okay sambung balik. kalau dibandingkan dengan sem lepas, jadual exam sem lepas boleh tahan dia punya siksa sebab tak berapa nak ada gap antara satu paper dengan paper yang lain. walaupun jadual exam sem ni cantek je ada gap antara setiap paper, tapi serious aku rasa tak cukup masa nak cover semua benda. rasa macam nak pergi tandas pun tak sempat!
(menipu betul. dekat atas tadi dah cerita bukan main rilex aku main-main time study week ni. -_-)

sejujurnya, entry kali ni aku nak cerita pasal benda lain. end up buat luahan perasaan pasal perangai tak baik sendiri. hmmh.

cerita yang aku nak cerita dalam entry kali ni sebenarnya tentang pengalam pertama kali buat passport sendiri. bunyi keanak-anakkan gitu. tapi suka hati lah aku nak cerita pun kan. tak salah pun.
merujuk kepada apa yang aku tulis tadi, pertama kali buat passport sendiri, aku dah pernah buat passport dulu, masa tengah cfs dulu, tapi pergi buat dengan abah. so kali ni, aku pergi renew passport lah sebenarnya. sebab nak pergi krabi lepas habis sem ni. habis je paper hari khamis nanti, terus angkat kaki tinggalkan uia. wehoo! serious dah tak sabar nak pergi holiday. dah lama sangat tunggu :'(  boleh kata dah terobek-robek dah hati ni tunggu masa nak pergi holiday.

okay sambung balik cerita renew passport tadi. bukan tak pernah buat, tapi bila time study week ni macam takut-takut sikit nak keluar. macam rasa buang masa, rugi masa yang patut digunakan untuk study. konon lah. sebab bukan study non-stop pun. propa je. sebab tengah study week ni, aku tak ada lah ajak siapa-siapa temankan aku pergi renew passport ni, sebab nanti kacau pulak orang lain nak study kan, so aku end up pergi renew passport sorang-sorang. dua hari jugak fikir betul ke nak pergi sensorang ni sebab dah lama jugak aku tak keluar uia sorang-sorang. maka pagi semalam aku pun pergi lah ke utc dato' keramat. first time pergi, aku tanya siap-siap dekat member adc siapa yang pernah sampai sana. tanya terus location tmpt nak renew passport tu dekat mana apa semua.

bila dah sampai, boleh pulak aku tak sure dekat jabatan mana nak pergi. banyak jugak jabatan ada dalam utc tu. jambatan pun ada. bukan jambatan... jejantas yang aku nak maksudkan sebenarnya. tak ada jambatan pun dekat situ. kebetulan ada brother yang gaya dia macam nak pergi renew passport jugak, aku pun ikut belakang dia sampai masuk dalam pejabat jabatan imegresen. tak sangka betul pulak firasat aku masa tu, vrother tu...hmm....brother tu betul-betul nak renew passport jugak. nasib tak ramai orang masa tu, kejap aje nak settle tangkap gambar apa semua. tapi ada satu benda yang sangat mengecewakan aku hari itu. gambar passport aku hmmmhh..aku tak tahu nak describe macam mana, tapi kalau ada pegawai imegresen nak check passport aku nanti, aku tak heran kalau dia ingat aku nak jadi bibik dekat negara tu. T__T serious.

lepas dah settle uruskan renew passport tu, kena tunggu sejam nak tunggu passport tu siap. jenuh jugak fikir mana nak pergi sementara tu. aku pun masuk dalam lrt, tengok station mana yang best dekat-dekat dengan situ, end up pergi ke klcc yang selang satu station je dengan station damai. baru aku perasan. damai dengan klcc dekat je rupanya. sampai je klcc, aku terus pergi foodcourt sebab tu je tempat yang aku rasa nak pergi masa tu. boleh je nak lepak dekat fountain depan klcc tu tapi sadis sangat lepak situ sensorang. dekat foodcourt tu baru lah aku sedar yang aku tak makan apa-apa lagi haritu. aku pun makan lah roti gardenia rm0.85 dekat foodcourt tu. bila aku tengok meja kanan kiri aku, semua orang makan makanan berat sebab dah masuk time lunch dah masa tu. aku je makan roti gardenia rm0,85 ni. tak pe lah. aku tak kisah. tak rasa nak makan benda lain pun masa tu. 45 minit aku dekat klcc, best jugak sebenarnya lepak sensorang ni. lagi best kalau bawak novel ke magazine ke masa tu.

bila aku gerak balik ke utc keramat, aku sampai situ betul-betul sejam lepas aku tinggalkan utc tadi. punctual jugak aku ni sebenarnya. heh. aku jumpa lagi brother tadi. tapi dia dah  settle ambil passport baru dia. lepas ambil passport baru aku, aku terus balik uia. total masa aku keluar haritu, 3 jam. memang standard kalau keluar naik public transport dekat kl ni 3 jam kot. berdasarkan pengalaman aku sebelum ni lah sebagai seorang pelajar dan perempuan. heh.

begitu lah kisahnya. bila dah tulis ni, aku tak sure apa motif aku tulis cerita ni sebenarnya. tapi tak pe lah. tak de hal pun. haha.

aku harap momentum study aku accelerate lah lepas ni. lusa dah nak exam. doakan semuanya baik-baik saja. wassalam. adios.




No comments:

Post a Comment