YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday 31 December 2012

cakap benar

assalamualaikum.
it's quite a long time jugak aku tak conteng2 dekat sini...asyik membebel dekat facebook n twitter je...(walaupun aq tau tak ade orang kisah)

macam2 yang berlaku dalam tempoh masa ni. big bad wolf lah. sesat lah. comic fiesta lah. kenduri lah. itu lah. ini lah. macam tu lah hidup. tak pernah sunyi. dan hari ni, tengah2 pagi buta ni baru la aku terasa macam dah sampai seru nak conteng2 dekat sini.



beberapa jam tadi. masa stalk2 blog orang, aku terbaca satu blog ni yang aku rasa ayat2 dalam blog dia ni pedas2 jugak. lebih2 lagi bila aku yang kaum perempuan ni baca. ada ke patut dia kata perempuan suka salahkan lelaki bila ada apa2 masalah timbul antara antara dua kaum ni. sebab kan dia asyik fire kaum aku je, aku pun mesti la keluar asap dekat telinga kan. apa punya pasal la pulak lelaki ni asyik nak fire2 perempuan je. dia ingat semua lelaki tu baik sangat ke? tapi, bila aku baca entry dia sampai habis, lepas tu aku fikir2 sikit pasal apa yang dia tulis tu, aku rasa apa yang dia tulis tu sebenarnya banyak betul nya.

aku rasa, hampir semua pernah berhadapan dengan orang yang macam ni. atau memang dia orang macam ni. yang jenis bila orang tak habis cakap/tulis lagi, dia dah buat cerita/konklusi sendiri dan jenis orang yang tak boleh terima perkara yang pedas.

aku teringat satu situasi dekat sekolah dulu. bila kerja sekolah tak siap, cikgu tanya, mesti jawab buku tertinggal lah... semalam tak sihat lah... terlupa lah...walhal sebnarnya semalam tu buku bawak je balik rumah, semalam sihat je, tak terlupa pun yang semalam ada kerja rumah. hakikatnya, tak buat kerja sekolah sebab malas dan tak ada masa nak buat.tak sempat. aku nak tengok cerita katon. cerita ni dah la takde ulangan. kerja sekolah nanti2 boleh buat... tapi bila cikgu tanya, bagi alasan lain. haha...mungkin ada antara korang yang tak pernah buat. tapi aku pernah. kenapa tipu? sebab aku tau, kalau aku bagitau yang aku tak buat kerja sekolah sebab aku malas dan nak tengok tv, nanti mesti cikgu marah, silap2 kena berdiri dekat luar kelas.



then aku terfikir, haru jugak dunia ni kalau semua orang macam tu. aku tak sempat habis story lagi, dia dah kasi ending. bila aku nak cakap benda betul, aku pulak kena marah.

ok. sejak dua menjak ni, aku rasa aku lebih jujur dengan perasaan dan emosi sendiri berbanding dulu. maksudnya, sekarang, kalau kau tanya aku kau comel ke x, bila aku rasa kau tak comel, aku akan cakap kau tak comel. kalau aku jawab tak tahu, maknanya aku memang tak tahu. sebab aku tak berapa hebat sangat dalam mengklasifikasikan orang tu cantik, comel, handsome, macho atau hodoh. aku takde lah nak pusing2 ayat. macam, sebenarnya aku nak kata kau tak comel. tapi aku kata kau comel sikit je. konon nak kasi sedap sikit bila kau dengar. lol.
berkata benar walaupun pahit
aku rasa, tak semua orang boleh buat macam ayat dekat atas ni. berkata benar walaupun pahit. lebih2 lagi orang melayu yang jenis kuat makan hati ni. kadang2, bila orang tu cakap sesuatu yang mungkin boleh menyakitkan hati kita, tapi perkara tu benar pda hakikatnya, kita mesti rasa nak marah, nak fire dia. bak kata usop wheelchaa, kite bako je~ha.ha.

hello peeps. apa salahnya dengar dan terima sesuatu perkara yang benar walaupun pedas sikit tu, biasalah... tak semua rasa kita suka, yang manis2 tu, kita suka, yang pedas n yang pahit2 tu kita tak suka. tapi sedar tak sedar, rasa pedas tu kadang2 melengkapkan rasa, rasa pahit tu menyempurnakan fungsi taste buds kita. tak macam tu?
tak semua perkara yang kita suka itu baik untuk kita. dan begitulah di sebaliknya.
bila ada mana2 ayat yang bila kau baca/dengar tu kau rasa macam pedas n pahit tu, tak rugi pun kalau kita terima dan fikir balik kenapa kita rasa macam tu? padahal orang lain rasa biasa je..rasa elok je cukup rasa? mungkin ada sesuatu yang kita lupa, mungkin ada sesuatu yang kita tertinggal. tak perlu lah nak fire2 orang yang cuba untuk mempraktikkan lidah benar dan mereka2 yang ingin menegakkan kebenaran. mungkin orang yang cakap tu pun buat benda yang sama atau mungkin lebih teruk dari  tu. nak fire balik? rileks...

reflect dekat diri tu dulu. kau repair diri kau dulu dekat mana2 yang berkenaan, lepas tu kau curah la air pulak dekat dia. jangan fire. jangan marah. bagitahu dia yang apa kata dia reflect balik ayat pedas dia tu dekat diri dia balik. mungkin tujuan asal dia tulis/cakap ayat tu sebagai peringatan untuk diri dia sendiri, atau mungkin sebelum ni, dia sendiri pun tak sedar yang dia pun macam tu. ye lah...manusia ni kan cepat lupa. itu sebab kita perlu saling ingat mengingati... dan normal. manusia takkan tahu sesuatu kalau dia tidak diberitahu.

terimalah segala2 yang benar itu walau apa jua rasanya. kerana yang benar itu tidak lain lagi selain benar.

expect nothing, accept everything=]

ampun dan maaf kalau ada mana2 yang tersilap dan terkasar
see you again,bloggy^^
may ALLAH bless

1 comment:

  1. Good job, raihan... qul haq wa lau ka na murran...
    Pepatah Arab ni ha...

    ReplyDelete