YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sunday 28 February 2016

from France #1

assalamualaikum

hye guys. kemain lama tak update sini, rasa macam excited pulak. hewhewhew.

ok first update nak cerita sini, alhamdulillah aku dah sebulan dekat france. buat apa dekat sini? aku ada cerita dekat sini pasal dulu ada satu masa aku buntu tak tahu nak pergi ke tak join international semester dekat france ni. but then ahamdulillah, aku decide untuk go je bila mama dengan abah encourage aku supaya join.

dalam preparation period nak pergi france ni, macam macam jugak hal dia. kena settle pasal accomodation, flight, visa, transport from airport to apartment, subject registration, packing barang dan tak lupa jugak dilema aku nak tengok result sem lepas dekat malaysia or tengok bila dah sampai france je or tak payah tengok terus. nampak tak nampak dah cuak dan kelam kabut dia tu kan. you guys must know the struggle was real beb. but again, alhamdulillah, walaupun semua nya ada masam manis pahit masin dia, semua dah selesai pun.  nampak gaya macam semua kena buat sendiri kan? yep. memang semua kena buat sendiri pun. as kitorang join international semester ni semua self support, makanya dari hal set appointment untuk buat student visa, sampai ke buat decision untuk accomodation pun semua kena settle sendiri.



dah sampai france. still ada benda nak kena settle. contract agreement untuk apartment, deposit rumah, register untuk pass bus dan register telco france. fuh minggu first baru, tapi dah broke macam dah dua bulan duduk france belanja dia. again, alhamdulillah, semua baik baik je. hal rumah dah settle, dah boleh pergi kelas hari hari naik bus, telefon pun dah boleh pakai data. nampak sangat aku ni overly attatched dengan internet.heh


during those period, aku rasa bersyukur, somehow aku rasa Allah banyak permudahkan urusan aku. walaupun ada jugak lah susah dia sini sana tapi normal lah kan. good thing comes after the hardship.


sekarang dah genap sebulan dah aku dekat france. tapi aku still macam percaya tak percaya je aku dah kat sini. ye lah, tak pernah pasang cita cita pun nak merasa belajar dekat france. angan angan nak sambung belajar ke luar negara tu ada, bukan tak ada, tapi sambung belajar dekat france tu, macam tak pernah terlintas dalam fikiran pun. tup tup alhamdulillah dapat chance ni. hee rasa macam nak tampar pipi sendiri kasi betul betul terima reality yang aku dah kat sini. haha

honestly, even baru sebulan, macam macam aku belajar dan experience dekat sini. study, lifestyle, view, way of thinking, maturity, manage diri sendiri, macam macam lah benda aku belajar dekat sini. tak lupa jugak belajar masak. ehem.

lupa nak mention, dekat france ni aku belajar dekat limoges. kalau dari paris, naik kereta around 3 to 4 hours jugak jarak dia. limoges ni kira macam kawasan kampung. tapi technology dia tak missed out jugak. atuk nenek dekat sini paling kurang naik kereta minicooper jugak ah kampung dia. public wifi dia pun bersepah.  nasib baik tak baik je nak dapat connect dengan free wifi dia. dan internet dia pun kalau tengok cerita online tu, tak pernah buffer lah kat sini. macam kampung tak berapa nak kampung la. gitteww

one more thing yang best bila duduk dekat kawasan kampung ni, aku rasa culture or lifestyle orang orang dekat sini macam bagus jugak lah. jarang nampak orang dekat sini attatched dengan handphone or gadget diorang. tak macam kita dekat malaysia, duduk makan satu meja pun krikk krikk je semua main handphone. kalau naik bus tu, even tak beratur, tak pernah bertolak tolak, still in manner semua respect each other. bila nak lintas jalan, kereta selalu nya akan slow down, kasi priority dekat pedastrian untuk melintas. and dekat sini, kalau nak shopping dekat pasaraya, memang kena prepare bag sendiri, sebab tak kira lah hari sabtu ke hari rabu ke, plastik memang dia tak bagi free. kalau nak plastik, kena beli. 0.20 euro selalunya harga dia.dekat sini 20 sen tu kalau tambah lagi 50 sen dah boleh beli biskut untuk seminggu tau.
so nak tak nak, dalam semua beg yang aku guna dekat sini, memang aku siap siap masukkan plastik bag or ecobag, just in case, mana tau kot lepas kelas nak singgah beli minyak masak ke kan, ada lah plastik nak letak barang tu. kalau tak ada memang sumbat masuk bag lah cerita dia.

oh yes. dekat sini aku perhati ramai jugak muslim. siap ada masjid dekat sini. kedai kebab pun ada banyak dekat sini. kadang kadang bila hari jumaat ada orang morocco buka booth tepi supermarket jual roti dan manisan dia. muslim yang apply islamic teaching tu ada ramai dekat sini, senang je nak nampak muslim family dekat sini. dan yang x apply islamic teaching pun ada jugak. yang pesen muslim tapi tak pakai hijab. mula mula macam terkejut jugak lah aku bila dengar orang black free hair sebut sebut alhamdulillah inshaAllah dengan kawan dia yang berhijab. ye lah, mana nak expect dia muslim kan? dressing sama macam non muslim yang lain. paranoid jugak aku ni rupanya. tu pun nak terkejut. poyo je macam aku ni baik sangat islam dia tapi even france ni bukan muslim country, jarang nak jumpa perempuan yang dressing dia tak behave. you guys know what i mean kan. tak macam kat west kot. yeah, maybe sini europe kot, dressing dia bukan macam western people.

masa mula mula start kelas dekat sini, first thing aku buat, check jadual bila cuti panjang. nak dijadikan kisah, minggu ketiga aku dekat sini, university aku dah cuti seminggu. disebabkan aku duduk sini pun 4 bulan je, cuti seminggu tu takkan nak duduk rumah je kan, so aku decide dengan kawan kawan aku nak pergi trip paris-london. next entry aku cerita pasal trip ni okay!

cerita pasa kelas, mula mula aku masuk uni aku ni, serious impressed dengan facilities dia. boleh kata techno dia power jugak la dan sangat eco friendly kalau nak dibandingkan dengan uia. dekat sini, nak beli dekat restaurant university pun pakai student card, no cash. kiranya kena topup student card tu. nak laundry, nak photostat semua kena guna card. dekat kiosk je boleh bayar guna cash. tu pun aku tak pernah beli lagi dekat kiosk tu. lab diorang memang takpayah cerita lah. siap memang ada soundproof lab untuk test voice signal, fibre optic dia pun gulung gulung bersepah je dekat lab. even lampu toilet dia pun guna timer okay. tak payah risau pasal pembaziran eletric dah. cuma satu lah, uni aku ni kecik je. kalau compare dengan uia, kuliyyah engineering saje pun lagi besar dari ensil ni.

that's all for now. nanti aku update lagi okay. bye


ps: music playlist dekat blog ni aku ada letak satu lagu korea. tu lagu ost cerita descendant of the sun. please to be informed yang aku bukan nak fangirling exo chen okay. :p

No comments:

Post a Comment