YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday 30 November 2015

Mira & the Magistrate

salam.

lepas insiden tok injured haritu, aku selalu lah balik putrajaya. since tok stay dekat situ, so time weekend aku akan balik teman tok. oleh kerana aku busy ulang alik gombak-sepang tak pun gombak-putrajaya setiap kali weekend, aku jadi tak berapa nak aktif dah dengan caklempong. bila masuk istana pun rasa awkard je. bila buka instagram andeka, rasa macam rindu rindu je. walaupun rindu, aku still tak berani nak join apa apa show bila diorang offer, sebab aku taku taku tak boleh commit training. so at one weekend tu, bashy text aku tanya 'free ke tak?'. masa tu aku baru nak mintak paksu hantarkan aku balik gombak. aku reply text bashy dengan soalan balik, aku tanya 'kenapa ?' then bashy bagitahu yang dia nak masuk pertandingan iium got talent dengan caklempong, kira dia offer aku untuk join team dia lah. aku tak tahu kenapa tapi serious aku excited gila bila bashy bagitahu ayu, ain, syakir dah agree masuk team tu. laju laju aku reply yes yes aku on! 
dah nak masuk bertanding mestilah kena ada training kan. aku pun tanya bashy bila training? bashy kata on that night jugak kita ada nak buat meeting. masa tu aku tak fikir apa dah, aku cepat cepat minta paksu hantar kan aku balik uia. tapi so bad paksu tak dapat nak hantar aku balik uia, so aku mintak paksu hantarkan aku sampai terminal putrajaya je, then aku ambik erl sampai kl sentral dan ambil lrt sampai lrt putra( gombak)... 
masa dalam perjalanan tu pun aku dah cukup excited nak dengar bashy brief pasal competition ni. right after sampai istana, bashy pun kasi briefing, then kita decide lagu. since lagu yang kita nak bawa (medley kun anta + price tag) tu perlukan keyboardist, so kita propose nisa since farid tak available on that competition day. 
maka wujudlah mira and the magistrate 1.0. which is masa tu kita ada 7 members. bashy, ayu, ain, raihan, nisa, syakir and umar. 
serious aku rasa bertuah gila, out of everyone else, aku dapat peluang nak join diorang ni. huhu.
basically iium's got talent competition ni ada dua stage, the first one is preliminary stage. masa ni semua competitor kena perform depan juries (with no audience except committees) masa ni juries akan choose or reject kita untuk masuk final (the second stage). untuk stage ni, kita training dua hari je. first training just untuk warming up and the second time tu baru buat full training. kita perform tu hari rabu, hari khamis baru tahu result dia. 
and alhamdulillah kita berjaya masuk final! :)
mira & the magistrate 1
so untuk final ni kita sepakat nak bawa lagu medley mj. (kalau korang nak dengar lagu dia, https://www.youtube.com/watch?v=cc9d0Zuy6hA ) lagu ni (dalam video) andeka perform masa taaruf week time batch aku masuk, so aku happy gila bila dapat chance untuk perform lagu ni. since lagu ni ada pakai gitar eletrik (azfar), base(faiz) dan jidur+cymbal(khalid), member mira & the magistrate berkembang lagi, jadi sepuluh orang. untuk stage yang ni, kita training khamis malam, jumaat half day, dan ahad one day. and alhamdulillah aku kira agak laju jugak masing masing nak dapat lagu ni. dan yang paling bertuah sekali, cikgu zana sudi nak tolong ajarkan kitorang main lagu ni. :')
sepanjang masa training sampailah ke hari competition tu, macam macam benda jadi... ada yang tak sihat, batuk, demam, mandi hujan just hours before nak perform and yang siap injured pun ada. tapi yang paling sweet sekali aku rasa bonding antara member kita makin 'umph' kot, makin kenal perangai masing masing. or maybe aku je yang rasa macam tu sebab dah lama tak join lepak and training kat instana kan :)
and for final ni, alhamdulillah kita dapat second place. wehee... tak sangka talented jugak kita weyh. competitor yang lain semua power power jugak.
oh yea, masa final tu, ada nastia okay. diorang jadi one of the juries of the competition. dan yang paling best sekali sebab masa lepas kita perform is turn leo (vocalist) nastia yang suara sedap gilosss macho cakap loghat utaraa kasi comment untuk performance kita. huhu~
mira & the magistrate
not in picture: ain yang sedang gigih pergi training percussion untuk recital 6.0 
again, sampai hari ni, aku still rasa bertuah and bersyukur dapat chance join mira & the magistrate ni. seriously one new and fresh experience  for me. alhamdulillah and thanks gais.

-preliminary stage



-final







source: credited to committees iium got talent :)


No comments:

Post a Comment