YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 10 September 2014

Lesson for kiddo

Kelas adab untuk kanak2 sangat perlu dipopularkan lebih2 lagi dekat malaysia ni. Sejujurnya, budak2 zaman sekarang dah semakin kurang adab. Saya angkat tangan surrender awal2 mengaku diri sendiri pun tak habis khatam lagi tata tertib adab santun yang sepatutnya dipraktikkan oleh seorang gadis melayu muslim.
Secara kasarnya, aku yakin bukan aku sorang je yang nampak perkara ni. Tak rasa bersalah buang sampah merata2, rasa bangga bila dapat keluar rumah senyap2, tak hormat ibu bapa, dengar nasihat guru macam dengar radio klasik nasional, balik kampung terus masuk tengok tv dekat ruang tamu, tak menyempat nak salam saudara mara, lelaki dan perempuan main tepuk tampar tak berlapik suka hati macam tak ada beza jantina dan macam2 lagi.
Aku ingat dulu masa kecil, mama dan abah selalu hantar aku balik kampung setiap kali cuti panjang. Memang aku suka balik kampung, boleh mandi sungai, main layang2, jalan2 tengah sawah, berkelah dengan jiran dekat belakang rumah, main mesin padi, pakai inai dari pokok inai rumah pakcik umaq, makan ikan fresh, dan banyak lagi keseronokan duduk dekat kampung ni. Tapi ada juga yang tak best. Kena mengaji ikut turn (selalu dekat rumah mengaji sorang2 dengan abah). Tak boleh keluar merayau lebih dari kawasan rumah jiran, kalau tok dengan wan keluar pergi mana2 mesti kena ikut, kena bangun awal, kena dengar tazkirah wan sebelum tidur, kalau kena marah jiran2 mesti boleh dengar sekali, kena tolong tok dekat dapur hari2, kena itu lah, kena ini lah.
Biasalah, dekat mana2 pun ada seronok dan rungut nya. Tapi bila dah besar ni, baru sedar yang sebenarnya, duduk di kampung ni banyak mendidik aku untuk lebih beradab. Seriously.
Dalam kelas petang tadi ustaz ada bagitau, rakyat malaysia ni sebenarnya sangat beradab dan berfikir dengan rasional sebelum bertindak, tak terburu2 ikut perasaan. Cuma sejak kebelakangan ini, nilai2 tu semakin menghilang. Tak mahu menunding jari ke mana2 pihak, cuma solusi kepada masalah ini perlu dicari dan  dilaksanakan secara serius. Kalau tak, bercerailah melayu dengan adab. Bukan itu je, tak lengkap lah seorang muslim itu tanpa adab. Say what, adab is one of the part of the islam itself, ayte?
Maka nya, dalam hal ni, semua kena ambil tugas masing2. Check diri sendiri dulu, touch up yang mana yang kurang, dan sebarkan kebaikan kepada orang lain. action + adab = akhlaq

#selfreflect rejam lembing dekat batang hidung sendiri.

No comments:

Post a Comment