YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday 15 March 2014

exam fever

salam alayk

cepat nya masa berlalu, minggu depan ni dah mid term exam. rasa macam baru seminggu masuk u.

bila time nak exam ni, benda yang aku paling tak suka ialah stress + homesick. boleh kata hampir setiap kali nak exam, simptom2 ni akan kena dekat aku. kalau call rumah, cepat je banjir. kalau buat latihan tak dapat jawapan, cepat je nak give up. rasa macam tak pernah belajar. teruk ni....teruk..... bukan main lagi cita2 nak score sem 1st so next sem boleh apply scholarship. kalau macam gini gaya memang kelaut la aku. aku risau sebenarnya, takut result 1st sem ni rendah macam dekat cfs dulu. lepas tu baru nak terkejar2 kumpul pointer lagi. tu pun jatuh jugak. haihh. benda lepas tak boleh nak ubah dah. jadikan sebagai pengajaran. jangan leka lagi. please raihan, puh-lease lah!

next week, hari2 ada benda nak kena hadap. kalau x exam, quiz n lab test. all the best untuk aku. jangan lalai. jangan lupa, belajar kerana Allah.

*tadi keluar beli tiket. weyyy...dah nak masuk dua bulan tak jumpa family!! homesick sangat dah ni. boleh la start packing barang n countdown nak balik ni. hehe

wassalam

No comments:

Post a Comment