YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday 29 October 2012

the written status update

assalamualaikum

dah lama x tulis.

dear bloggy. tadi raihan merayau2 di laman muka buku. entah kenapa gatal tangan nak tengok update2 yang lepas. scroll punya scroll. terjumpa satu story yang raihan share kat fb. lupa pula nak tulis kat sini. senang sikit nak cari. nanti, kalau nak baca senang. mana tahu..satu hari nanti teringin nak baca kannn..nahhh


Raihan Jannati
September 27 via mobile
Teringat peristiwa beberapa hari lalu

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 8.30 malam. Hati dah rasa resah macam ada bom je kat dalam hati ni. Kepala ditoleh ke kanan. Mencari bayang lrt. Uhh..ramai betul orang... Peak hour lah katakan. 'weyh, sempat ke nak balik ni?' aku menggeleng. 'redha je la. Aku rasa sempat je kot...' lrt dah sampai. Masing2 bergerak menuju ke dalam lrt.uhh...sempit nya... Rasa macam sardin dalam tin. Jarak penumpang masing2 lebih kurang dari satu jengkal. Aku cuba untuk mengalihkan badan menghadap rakan sebilikku. Senyum. Kelat. Haha... Aku faham senyuman tu. Siapa yang selesa dengan keadaan macam ni? Sempit. Sendat. Rapat. Tak kira laki perempuan. Semua belasah je berdiri atau duduk dekat mana2 pun asal muat masuk dalam lrt ni. Lrt mula bergerak. Ke kanan. Ke kiri. Lrt nembelok. Rapat betul jarak antara penumpang. Sampai aku rasa aku boleh agak yang orang dekat belakang aku ni baru lepas kenyang makan rotiboy. Punya nak kata betapa bersempitnya kami waktu tu. Sekali aku terpandang akan pasangan suami isteri yang juga berada di dalan lrt tu. Lelaki di depan. Isterinya di belakang. Belakang lelaki itu. Humm... Mana boleh suami tu nak biar isteri dia berdiri kena himpit, langgar2 dengan laki lain... Haha. Kalau sebelum ni pasangan tu gaduh pun, mesti boleh berbaik semula lepas naik lrt ni. Bukan aku nak kata lrt ni magik. Dapat memulihkan hubungan yang keruh. Tapi sebab keadaan dalam lrt ni yang sempit bukan main lagi. Mesti buat lelaki tu rasa protective terhadap isteri dia. Kan? Nanti, kalau aku gaduh2 dengan suami aku, aku nak buat macam tu lah. Masuk lrt yang sempit. Ramai orang. Sama2 dengan dia. Hehe.. Apa aku ni. Fikir tu pulak. Ohh.. Lama sangat berangan sampai tak sedar yang kami dah sampai pun ke destinasi. Aku tengok lagi ke pasangan tadi. Lelaki tu capai dan genggam tangan isteri dia. Si isteri senyum so sweet. LoL

nanti, aku dah kawin, aku nak jalan2 kat taman sambil pegang tangan suami aku. *angan lagi*


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teringat exam arab pagi tadi

Ish. Apa punya teks ni...sikit pun xfaham. Letih fikir. Mata mula melilau ke tempat lain. Depan aq perempuan. Sebelah aq pun perempuan. Aish...tekun je aq tengok diorang ni... Huh!... Mata melilau lagi. Depan perempuan sebelah aq yang duduk dekat situ lelaki. Tekun jugak. Uhh! Apa pasal mulut dye terkumat kamit je semacam tengah baca jampi? Kelas makin senyap. Serupa 

boleh dengar bunyi kipas walaupun bunyinya perlahan. Lelaki tadi masih sibuk baca jampi. Asal dia tulis, dia jampi, asal dia jampi, dia tulis. Aku jadi curious. Cuba untuk tangkap lafaz jampinya. Oh! Bukan jampi la! Dia baca bismillah la.. Pergh..gila bagus dia ni. Asal letak mata pen atas kertas je dia baca bismillah. Erk. Aku? Baca bismillah time baca doa tadi dengan waktu nak jawab soalan pertama je. Lepas tu x ada dah. Ermm...nak buat jugak lah.

Petang tadi.

Jam dah dekat pukul 3.30. Stesen seterusnya bangsar. Ada lagi 2 ke 3 stesen lagi lepas ni? Entah. Aq pun x ingat. Dalam lrt semakin kosong. Ramai yang keluar dekat stesen kl sentral tadi. Sebelah aq, roomate aq. Depan aq, ada seorang perempuan. Baya aq. Budak uia jugak kot. Beberapa kali aq ulang tengok perempuan yang duduk di depan aq tu. Terkumat kamit mulut dia sambil tengok screen handphone yang dia pegang lebih kurang sama tinggi dengan muka dia. Menyanyi ke? Tak nampak pulak dia pakai earphone. Uh? Baca quran ke? ..... Sentap sekejap. Hari ni jumaat. Belum baca kahfi. Tangan meraba2 dalam beg tangan. Cari handphone. Nak baca quran jugak lah.

Ok. Learn from people around you. Take the good, prevent the bad. *betul ke aq punya ayat ni?-.-

May Allah bless






see you again, bloggy^^


No comments:

Post a Comment