YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, 27 January 2016

family love

assalamualaikum

biasanya kalau dalam adik beradik tu cuma ada seorang anak perempuan, kau rasa dia akan rapat dengan siapa?

untuk kes aku, aku rasa aku lagi rapat dengan mama. dengan abah pun aku rapat, tapi aku lagi manja or dekat dengan mama. ye lah. aku je lah satu satu nya geng mama dalam rumah ni pun. adik adik aku yang lain semua lelaki.

semalam untuk kesekian kalinya aku cuba untuk pujuk mama pergi hantar aku ke airport esok (khamis). dan untuk kesekian kalinya aku gagal lagi. aku tahu mama orang yang tetap dengan pendirian dia. which means kalau mama say no, sampai ke sudah lah mama akan say no. tapi aku pun kadang kadang tak mudah mengalah jugak. jadi aku cuba lagi pujuk mama walaupun dah tahu mama akan cakap 'tak' jugak at last.

selalu nya kalau ada adik beradik kita yang nak pergi belajar jauh, luar negara contohnya, gambaran cliche yang kita nampak ialah keluarga dan sanak saudara satu bas akan ikut hantar ke airport. tak payah sampai luar negara, yang belajar ke luar negeri pun ada yang macam tu. culture mungkin.

tapi berbeza pula dengan kisah aku. minggu ni aku nak fly, minggu ni jugak lah baru aku bagitau saudara mara yang aku dah nak terbang. dan aku pesan, ala tak payah susah susah hantar raihan pun tak pe, pergi 4 bulan je, bukan 4 tahun pun. belagaknya dia ni.

tapi seronok jugak buat macam ni sebenarnya. macam macam reaction kau boleh tengok. ada yang terkejut beruk tak percaya, ada yang marah marah merajuk sebab tak bagitau awal, yang buat macam tak de hal pun tak kurang jugak. no offence

aku lagi prefer bagitau lambat ni or last minute sebab aku tak selesa bila nanti orang banyak tanya dan wish awal awal padahal aku sebulan nanti baru nak pergi, rilex lah sayang.

tapi dengan mama, aku menyesal bagitau tarikh flight aku lambat. aku bagitau abah dulu then beberapa hari lepas tu baru aku ingat aku belum bagitau mama date flight aku. kesannya, adik aku dah banyak ponteng sekolah awal awal, dan mama tak sempat isi borang cuti yang sepatutnya kena isi paling lewat seminggu sebelum tarikh cuti.

tapi sifat tidak putus asa aku tak pudar pudar pulak kali ni, aku tetap tak berhenti cuba pujuk mama untuk hantar aku. akhirnya aku dikecewakan berkali kali sampai aku hilang mood semalam sebab sedih. monyok aku satu hari. mulut muncung itik sejengkal, muka tak manis sikit pun hilang gula. aku tekad satu hari taknak keluar bilik. merajuk dengan semua orang kecuali abah sorang sebab abah je yang nak hantar aku esok.

setelah dua jam aku diam dalam bilik, mama buka pintu bilik aku, jenguk kepala, ajak keluar pergi pasar borong. aku menolak pada mulanya. walaupun rasa bersalah berbuku dalam hati. tapi baru dipujuk mama sekali aku tak boleh lawan lagi. ye lah ye lah. raihan pergi. aku mengalah terus.

sambil jalan jalan di pasar borong, mama pun tanya aku kenapa muncung sangat? merajuk mama tak pergi hantar lah tu? aku terus buat muka sedih. see, mama cakap pasal tu je pun raihan dah sedih. tapi kejap je aku sedih. mama belikan aku blouse satu, aku terus ok. materialistic ke aku ni?

panjang aku cerita. apa point aku sebenarnya?

perasan tak, bila kita dengan orang yang kita sayang, kadang kadang kita lagi mudah terasa dan kecewa? aku rasa sebab kita mesti expect yang best best je dari orang yang kita sayang. contohnya macam kisah aku ni, aku expect mama akan pergi hantar aku ke airport, tapi bila mama tak boleh hantar, aku sedih gila. padahal kalau orang lain aku tak kisah pun. ada yang aku siap pesan tak payah datang lagi. sebab aku malu lah orang ramai ramai kasi attention dekat aku nanti. eh.
dan kita jugak susah nak tolak apa apa je permintaan orang yang kita sayang walaupun time tu perasaan kita tengah tak best. kan? ke aku je yang macam ni? sweet jugak aku ni rupanya. aww

adakah ini yang dinamakan cinta? aku rasa ye kot. cinta antara family member kita. family love?




esok aku nak pergi dah. doakan all is well. may the bless be with me. amin

Tuesday, 26 January 2016

road to france #2

assalamualaikum

dulu aku pernah cerita dekat sini yang aku dapat offer untuk join international semester under student outbound program iium-limoges university, france. and, inshaAllah, dua hari lagi , aku fly ke sana untuk program ni selama 4 bulan lebih. flight aku hari khamis malam. dua hari je lagi. lusa okay. lusa ! ho ho ho excited nya mak oii. nak pergi paris woi ! macam mimpi jadi kenyataan ! omaigad ! omaigad ! overnya dia ni!


okay. aku tipu je. aku tak excited pun sebenarnya. instead of excited, aku rasa nervous, risau, dan malas pun ada jugak sebenarnya. mana semangat aku ni. manaaa~


sebenarnya hari ni aku nak story lah sikit pasal aku punya preparation and whatsoever dekat sini. tapi disebabkan phone aku kena hantar kedai, repair screen tak siap lagi (aku ada cerita dekat sini pasal screen aku pecah, once upon a time),


so aku k.i.v dulu lah cerita ni. gambar-gambar dan details preparation nak pergi france ni aku banyak simpan dalam phone. nanti dah baik handphone aku tu aku kasi story dekat sini, okay :)

as for now, i will just draft the rest of the story first.

aku tak ada benda nak cerita sekarang sebenarnya tapi nak tulis jugak. ha macam ni lah jadi nya. macam pointless pulak. hu~

by the way, doakan everything is fine dan dipermudahkan, please =]
will update soon !