YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, 30 December 2014

Balik final

Ada seorang kawan satu sekolah dan sekarang satu universiti dah satu mahallah yang aku panggil along dah kahwin.

Tadi aku jumpa dia dekat cafe mahallah. Time2 final exam ni macam biasalah, semua tanya bila last paper, balik bila dan soalan2 lain yang sewaktu dengannya.

Aku: bila last paper?
Along: 5 haribulan
Aku: oh. sama lah.
Along: balik naik apa
Aku: bas lah kot.
Along: dah beli tiket?
Aku: belum..
Along: aik? Tak beli lagi?
Aku: haha. Nanti beli on the spot je lah. Rilek2 je. Along balik naik apa?
Along: em. Along ada orang ambil. Hahaha
Aku: ouhhh haha lupaaa (aku pun lambat sangat fikir. Mesti lah suami dia ambil! Lol)
Along: first time ni. Ada orang datang ambil balik habis sem. Hehe
Aku: untung la~~

Lain pulak rasa masa tu. Sembang dengan isteri orang. Hahaha k dah nak cerita tu aje.

Tuesday, 28 October 2014

Sibuk


Dua minggu ni, sibuk dengan macam2 hal. Aku tahu bukan aku sorang je yang sibuk, orang lain pun sama. Semua nak mental breakdown sama2. Paling stress bila satu hari ada dua tiga quiz, dua tiga meeting, masa tu jugak lah nak hilang itu ini, lupa itu ini, ah macam2 lah! Rasa nak menangis, nak tumbuk semua orang yang lalu depan mata, nak sepak almari, nak tidur tak nak bangun2, nak tarik diri, nak balik, nak lari dari semua benda, lari dari kenyataan.
Kadang2 rasa macam nak salah kan diri sendiri, nak salahkan pilihan sendiri, kenapa lah aku terima nak join benda ni, kenapa asyik aku je yang kena padahal orang lain tak buat kerja pun?, kenapa aku pilih course ni dulu, kenapa lah aku tak resign je hari tu ? Kalau boleh nak banyak lagi! Semua nak salah kan benda yang dah lepas.
Masa tu rasa macam semua orang tak faham aku. Rasa macam semua benda ada dekat atas kepala. Dah tak boleh nak kawal. Bila2 masa je boleh jatuh.
Tengah dalam kesempitan tu, ada orang ingat kan aku pasal niat. Aku tak ingat siapa yang ingat kan. Tapi masa tu rasa macam nak tanya diri sendiri balik, betul ke niat aku buat semua benda ni? Apa yang aku nak sebenarnya?  Malas nak fikir, aku biarkan soalan tu tergantung tanpa jawapan.
Malam hari yang sama, tergerak hati nak bukak tafsir quran. Teringat batchmate andeka caklempong pesan, kalau kita amalkan setiap hari sebelum kita mulakan hari kita dengan baca random ayat quran dari random page, insyaAllah tu ayat yang Allah nak kita pegang untuk kita lalui hari tu dengan baik. Walaupun masa aku cuba tu dah malam, aku masih mengharapkan Allah dengar aku. Aku tahu Allah dengar, aku nak Allah jawab aku. Aku buka quran. Pap.
Aku tak ingat ayat mana, surah mana, muka  surat berapa, aku ada cari balik, tapi tak jumpa sebab aku terlupa tanda, tapi aku ingat ayat tu makna nya lebih kurang macam ni. Bila kita buat kebajikan, kerana Allah, insyaAllah Allah ada bersama kita. Pendeknya macam tu lah.
Aku fikir2 balik, aku mengaku aku miss point niat tu. Entah apa niat aku buat semua benda ni pun aku tak pasti. No wonder lah. Alhamdulillah DIA sedar kan aku. Then aku mula betulkan niat. Setiap kali aku nak pergi meeting, nak jumpa orang, nak pergi training ke apa, aku remind diri aku untuk betulkan niat. Setiap kali rasa nak mengeluh, mengalah, rasa penat itu ini, aku ingatkan balik diri aku pasal niat. Seminggu aku try. Nak tengok ada perubahan tak.
Macam magic! Serious aku cakap! Macam magic!
Aku tak lagi rasa terbeban, tak rasa malas nak pergi meeting apa semua. Padahal aku rasa minggu ni aku lagi sibuk daripada minggu lepas. Lagi banyak benda. Biasalah. Lagi dekat dengan date's event, lagi macam2 benda nak kena settle, lagi banyak kali nak buat meeting. Tapi aku rasa aku seronok buat semua tu. Macam minum inner shine dan pati ikan kod!
Tak sangka, nampak niat tu macam hal celah gigi je, tapi rupanya sampai macam tu sekali  peranan dia.
Okey nak tulis tu je. Bye. Peace be upon you.  May Allah bless you