YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, 26 August 2014

Wallpaper Kaison 2.0


-----------Continue-------
Cuti sem lepas start pasang first wallpaper dekat bilik sendiri. Bagus kaison ni jual wallpaper murah2 dan dah siap ada sticker. Kira terus pasang je la, tak payah sapu gam apa2. Bila dah siap pasang yang dekat bilik sendiri ni, rasa macam ok tapi x satisfied dengan kerja sendiri sebab ada comot2 sikit. Mungkin sebab material dan corak wallpaper yang first ni memang leceh sikit nak pasang dan buat sorang2 yang memang susah amat bab nak balance kan kanan kiri atas bawah dia dan sebab cetek akal, pasang dulu baru potong wallpaper tu . Tapi worth to try. Baru tahu tinggi bilik tu 11 kaki(lepas ni boleh potong siap2 sebelum pasang), sekarang dah tau satu dinding tu kena guna berapa gulung wallpaper, satu gulung tu boleh dapat berapa stripe n so on.
Project 2.0 ni, dah terer sikit . Beli wallpaper yang corak scattered, tak lah kena betul2 tampal hujung-hujung satu stripe tu, boleh belasah je nak tindih sikit ke banyak ke dekat atas stripe yang dah siap tu. Senang sikit. Dan bertambah2 senang bila ada orang tolong sikit2. Tapi jadi panjang jugak cerita dia bila mama nak pasang dekat dua dinding dalam bilik tetamu ni. Disebabkan dinding yang mama nak pasang wallpaper tu ada tingkap, kena la ukur dan potong betul2 ikut dinding bilik tu. Alhamdulillah tambah tolak berapa hari jam minit saat, dua dinding tu boleh siap 3 hari sebab kena tunggu beli extra wallpaper dekat kaison .
Ni la rupa dia bila dah siap pasang 😊


Project 3.0
Dan project seterusnya, satu lagi dinding dalam bilik sendiri. Nampak nya kali ni kena buat sorang2 lagi, sebab bilik sendiri kan, macam rasa bersalah je nak kacau masa orang lain rehat untuk tolong kita. Tapi slow slow, nanti siap jugak (cett. tak perasan sendiri buat kerja sampai xcukup nafas setiap kali pasang wallpaper)
Okey got to work now.
Hapload masuk instaq dulu~
😝

-----------Continue------------
He he he
Alhamdulillah
Akhirnya siap pasang dekat bilik sendiri punya !
2jam jugak nak pasang satu dinding ni sorang2. Tu pun xberhenti check lurus ke tak. Ni kalau tirah ada kat rumah ni memang aku buli dia suruh pegang elok2 dekat hujung line tepi stripe tu kasi lurus. Tapi buat sorang2 pun okey je. Dah pro kan . Btw, ada satu hal yang tak puas hati dengan wallpaper ni. Ada yang separuh nya warna lain. Mesin print wallpaper ni habis dakwat kot masa tu . Tapi x puas hati jugak. Macam mana boleh lepas quality check benda alah ni? Hmm.
Nasib baik ada lagi segulung masa tu. Kira satu dinding bilik ni guna dua gulung setengah wallpaper ni. Yang lebih tu, boleh la guna decorate almari ke peti ais ke calculator ke, apa2 la yang rasa ok.

Jeng jeng! 😁

Dan.... mama pun nampaknya jeles dengan bilik ai yang dah ada wallpaper cantik ni. Itu tandanya sikit lagi kena pasang dekat bilik mama pulak. Yayy! 

Kaison jjang!!! 😍

So now,
What is the next project?
#diy

Monday, 25 August 2014

D.i.y

D.I.Y
Do it yourself.

Setengah orang suka beli je. Macam rak, kalau rasa nak satu, pergi je kedai perabot dan pilih mana yang berkenan, atau boleh tempah dekat mana2 kedai yang boleh buat barang customized ikut kehendak pelanggan. Tapi kalau dah ada rak, cuma rasa macam perlu cantikkan sikit lagi dan rasa macam rajin, ada masa n nak berkreativiti, boleh lah ber d.i.y. Kebanyakan orang, suka pilih untuk ber d.i.y sebab nak save budget, on mode expressing creativity,ada design sendiri yang dia nak, tapi susah nak cari dekat kedai2 di luar, minat, dan untuk puaskan hati sendiri. Yang ni antara sebab2 kenapa orang suka ber d.i.y.

Aku bukan jenis creative sangat atau gila gila punya creative yang kalau bagi pen atau pensel boleh hasilkan karya agung bernilai beribu-ribu ringgit. Tapi boleh la setakat nak decorate sikit2 tu.
Asalnya dulu tangan ni keras macam batu. Sampai kerja sekolah yang kena lukis2 mesti pass dekat abah. Bukan pemalas eh, cuma menggunakan perkhidmatan percuma yang dah sedia ada. Tapi mama, dulu sangat rajin ber d.i.y, cat itu ini, tampal sana sini, guba bunga, decorate cabinate, jadi sebagai satu2 nya anak perempuan selaku teman sejati, kena la tolong sikit, paling2 pun tolong tengok. Bila dah hari2 tengok, tolong sikit2, mama mula bagi task dekat aku. Seingat aku, first task mama bagi dekat aku, suruh buat frame guna kad kawhin. Nganga jugak masa tu. Tapi gunting sana sini, jadi la jugak frame card guna kad kahwin yang mama bagi tu. Dari saat itu, aku mula suka ber d.i.y.
Nak bagitau dekat sini, mr.diy, daiso, kaison, typo, kedai bunga antara tempat2 yang aku suka pergi bila rasa nak cari ilham ber d.i.y. Kalau masuk dekat tempat2 ni, especially typo, mesti rasa macam semangat tahap giga nak ber d.i.y. Tak lupa jugak jasa baik google dan youtube yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sokongan padu untuk aku terus ber d.i.y.

*ini semua effect lepas pasang wallpaper, cat para, decorate rak buku n buat moment frame punya pasal.

Adios