YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday, 15 November 2013

day off 2: upsr

assalamualaikum.

hye.

semalam keputusan upsr diumumkan. alhamdulillah dapat 5A. rasa macam x percaya! aku bukan study sangat pun. boleh pulak dapat 5A. hahahaha *kisah 7 tahun lepas. dah lama tu..

tahniah kepada mereka yang berjaya. semoga anda gembira dengan kejayaan yang Allah berikan kepada anda. =]

cuma kali ni, adik aku x dapat result yang menggembirakan. tak menggembirakan hati dia, hati mama dan abah dan mungkin hati tok jugak. berapa tu tak payah la aku cerita. biar lah rahsia. aku tahu mama dan abah sedih. mungkin juga kecewa. tapi semua ni rezeki yang Allah bagi. ok la tu x ada fail. aku kata. aku faham. risau ibu bapa tu, risau untuk anak2 dia jugak. risau masa depan dia. tapi kan Allah jadikan setiap masalah tu ada jalan penyelesaian dia. selagi kita usaha dan minta tolong dengan Allah, insyaAllah Allah tolong. aku percaya tu. tapi kalau kita dah usaha, dah doa, tapi tak dapat2, maybe kita ada buat something wrong, atau pun sebab masanya belum tiba, atau pun sebab Allah dah plan sesuatu yang lebih gempak dari apa yang kita mahukan. 2:216.

"..... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kau tidak mengetahui."


malam tadi. tengah aku syok2 layan cerita korea se-episode, adik aku datang bilik aku.

"kakak, dulu masa kakak upsr, sampai bila orang cakap pasal keputusan upsr eh?"

"entah. tak ingat dah. kenape? abang sedih ke?"

"haah la. abang sedih la. abang kalau boleh dapat sikit lagi ok lah"

*masa ni aku rasa kesian sangat dekat dia. sob2

"tak pe... benda dah lepas. abang patut rasa bersyukur la Allah bagi result tu kat abang. at least Allah tak bagi fail dekat abang tau."

"haah... ada kawan abang dapat fail. dia lagi kesian. tapi abang takut la nanti kalau orang tanya dapat berapa upsr.."

"abang diam je.. sabar je... nanti orang tak tanya dah. keputusan upsr bukan guna lama pun. nanti masuk sekolah menengah orang tanya pmr pulak. tak ingat dah upsr ni"

"hmm... abang ada pmr lagi ke nanti?"

"erk. dah takde eh? hehe"

*diorang dah takde pmr dah eh nanti? (malu)

dulu aku rasa adik aku ni macam tak pernah ada perasaan. tapi kali ni, aku rasa bukan dia tak ade perasaan, tapi aku yang tak pernah ambil kisah apa yang dia rasa. mungkin ujian yang Allah bagi ni bukan untuk buat dia je sedar, tapi mungkin untuk aku jugak. Allah made things for reasons kan. Allah campakkan kita dalam satu ujian tu tanda Allah masih ada rasa kasih pada kita. masih ada sayang. maka, bersyukur lah jika diuji. dan belajar lah dari musibah dan ujian itu. insyaAllah, ada pelangi selepas hujan.

bye.


Wednesday, 6 November 2013

off day: 1

salam alayk

hye

minggu lepas, lima hari aku stay kat rumah paksu lepas camp training of fasilitator kat kem btn bukit sagu. saja nak stay situ kejap before balik perak. hihi. lima hari dekat rumah paksu, lima hari la aku dengan sarah, anak paksu. bukan main dia. dah ada adik, sekarang nak suruh panggil baby. nasib baik comel.



depavali, balik kedah, rumah tok. family aku pun balik. serious terkejut bila kausar bawak balik xbox. ini tidak adil! seribu mama spend untuk dia. haihhh.. tapi x kisah la pasal aku pun naik tanduk main sekali. muahaha. serious sekarang aku asyik main game je. sampai lupa nak tengok cerita korea. kalau diorang main xbox, aku main psp, serious dahsyat teruk aku sekarang. sedar2 la diri tu dah besar ha. besar usia mahupun badan. maybe excited kejap dah lama tak sentuh species2 game ni kan. dekat hp pun suci je xada game. huhu

masa dekat rumah tok tu, aku, mama, paksu, maksu plan nak pergi langkawi. tapi x jadi sebab macam tak sempat kalau nak pergi pun. ye lah... langkawi ni kalau nak pergi jalan2, aku syorkan pergi tidur dekat sana. sebab langkawi best dekat pantai2 dia...pemandangan dia best. tapi kalau nak jalan2 shopping pinggan mangkuk dan cekelat tu sempat je kalau nak pergi sehari. jadi, paksu tukar plan, kitorang pergi hatyai. tak lah jauh sangat dari rumah tok nak sampai sempadan tu, ada dalam sejam setengah kalau tak sesat. jalan pun lurus je. cuma masa tu, aku dengan mama tak bawak passport. kena buat border pass. guide untuk yang nak buat border pass ke thailand, mesti lahir dekat perlis/kedah/perak/kelantan, bawa ic, salinan ic, gambar size passport 2 keping dan rm10 untuk dewasa, rm5 utk kanak2.

malangnya, macam2 kes jadi sampai kitorang x jadi nak pergi hatyai. mungkin x ada rezeki. mula2, geran kereta paksu tertinggal, tak boleh buat insuran kereta. tapi masalah tu settle lepas paksu minta orang yang jual kereta tu email kan geran kereta tu. lepas tu, ic aku x lepas. sebab guna ic lama. akak imegresen tu kata, kalau nak buat border pass guna ic lama, kena ada salinan surat beranak. masa tu rasa macam nak balik je. tapi paksu bawak pergi jpn pergi mintak salinan surat beranak. setengah jam jugak nak tunggu dapat salinan surat beranak tu. segan sebenarnya duduk dalam jpn tu lama2 sebab orang lain datang nak buat ic baru, aku datang nak buat surat beranak baru. huhu. lepas tu, pergi dekat imegresen tu balik. masa tu, dah 6 kali kami lalu dekat roadblock sebelum masuk sempadan tu. rasa macam abang polis tu boleh cam dah kereta paksu tu. haha. bila dah sampai dekat kaunter imegresen tu, orang dah makin ramai, sebab pasar malam dekat hatya tu buka pukul 2ptg-9mlm. sebab tu paksu tak kisah ulang alik tak masuk2. malangnya, ic aku tak lepas jugak. akak imegresen tu kata, "adik, kena buat ic baru la dik..." masa tu rasa macam dah nak meletup dah. tadi kata kena bawak surat beranak. ni kena buat ic baru pulak. rasa macam sia2 je... sriously, serik dah nak buat border pass. lepas ni, pergi jalan mana2 pun, bawak je lah passport tu, lagi2 bila jalan dengan paksu. bukan boleh harap sangat. karang tiba2 je dia ajak pergi sana sini. plan last minute. biasala. engineer memang pesen macam tu dah. haha.

panjang cerita.

bye.