YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Friday, 2 November 2012

macam2 perangai

assalamualaikum.

again, after yesterday, aku post entry baru lagi. rajin kannn?!

asalnya aku x ada topik pun nak tulis apa kali ni. tapi aku nak tulis jugak. pasal apa2 yang terlintas lalu kat otak aku ni.

then, aku teringin nak tulis pasal adik2 aku. story2 diorang yang sampai sekarang kalau aku ingat, boleh datang macam2 perasaan.

first yang paling aku ingat, waktu aku darjah satu, first time dapat adik. setelah 7 tahun beradikkan teddy bear. lol. kausar lahir. seriously aku happy sangat. sampai guru besar aku panggil aku dalam kelas. bagitau aku dah dapat adik dan kejap lagi abah nak ambil bawa pergi jumpa adik baru. hoho. hebat x aku. sampai guru besar panggil lagi. memanglah. sebab guru besar tu kawan abah aku. lol. bila mama dan kausar dah balik rumah, keseluruhan masa aku dekat rumah aku habiskan untuk main dengan dia. kalau dia tidur, aku tidur sebelah dia. mama kata, dulu aku selalu sepak kausar waktu tidur. sampai abah kena teman aku tidur dekat bilik aku. tak nak kasi aku tidur dengan dia. bila kausar dah besar sikit, x lah besar sangat pun, waktu umur dia dalam 6-7 bulan, aku teringin nak dukung dia. mula2 mama x bagi. tapi aku nak jugak. jadi aku pun angkatlah dia. baru nak angkat, gedebuk. jatuh budak tu! muka mayat aku waktu tu! takut, risau, sedih, semua ada. kausar nangis, aku pun nangis. lol. tapi alhamdulillah sangat doktor kata x ada apa2 pun yang jadi kat kausar. dan since hari tu, aku memang x dukung dia dah. sampai dia dah 2-3 tahun baru aku dukung lagi. rasanya.

ok. tu kausar masa baby. bila dia besar sikit, dalam umur 3-4 tahun macam tu, ada satu story yang sampai sekarang bila ingat serious aku rasa nak gelak! waktu tu, kami baru pindah ke rumah yang kami duduk sekarang ni. jadi, kunci2 rumah semua belum di bahagi2kan dengan baik. satu malam, entah macam mana, kausar yang comel tu terkunci dalam bilik mama n abah. nak dijadikan cerita, semua kunci bilik ada dekat dalam bilik yang terkuci tu. di mana cuma kausar seorang aje dalam tu. macam2 la cara kami guna untuk buka balik pintu tu. tapi tak jadi. nasib baik waktu tu, aircond dalam bilik tu buka dan kausar pulak seronok tengah hisap botol susu. lagi satu, paling lega sekali bila ada satu tingkap bilik tu yang x berkunci. macam2 kami suruh kausar buat nak bagi buka balik pintu tu. sebabkan dia pendek lagi waktu tu dan memang x reti nak buka pintu, maka x terbukak2 lah pintu tu. hampir sejam lebih kausar stuck dekat dalam tu. bila aku tengok dia dari tingkap. leleh air mata aku wehh. sedih betul aku tengok dia sorang2 terkunci dekat dalam tu. akhirnya abah pun telefon la kawannya yang merupakan seorang anggota bomba dan penyelamat. sangat teruja bila pakcik tu bawak member2 nya naik lori bomba yang besar tu. siap dengan pasang lampu biru merah lagi! lama jugak la nak tunggu pakcik2 bomba buka pintu bilik tu. sempat jugak la aku sambung nangis dua tiga kali. sampai tertidur2 kausar dekat dalam tu. kesian betul aku dekat dia waktu tu...finally, alhamdulillah, guna card hotel, pintu tu berjaya dibuka.

sekarang, dah besar dah budak kausar tu. dah darjah 5 dah. hoho. dua tiga tahun lagi, sama la agaknya tinggi aku dengan dia. tapi dia ni makin besar makin sensitif. kalau cakap nada keras sikit, dah terasa. kena lembut sedia kalau nak cakap dengan dia. lepas tu, dia ni agak pemalu orang nya. macam aku. haha. nampak macam tipu je. lol. sampai bila dia darjah 3 dulu.kot? aku pun x berapa pasti. dia dapat masuk acara lari untuk hari sukan. tapi bila hari sukan tu, dia x pergi sekolah pun, sebab malu nak lari depan orang ramai. nanti ramai orang tengok. haha. serious aku macam x berapa boleh terima dia macam tu. pemalu. btw, dia adik aku.



then, widad. adik aku nombor dua. bawah kausar. dia ni dulu kecik2 bibik yang jaga. bukan maksud aku dia tinggal dengan bibik. tapi sebabkan mama x nak hantar adik2 aku ni pergi nursery, jadi abah ambik lah bibik seorang. since dia lahir, sampai dia umur berapa, aku x ingat, memang waktu siang dia, masa mama n abah kerja mesti dengan bibik. jadi, dia ni banyak mulut. banyak tanya, suka makan, lasak dan macam2 lagi lah dia ni. tapi dia ni ramah x macam abang dia. kalau dalam kereta, dengar suara dia je dok memekit. menyanyi, sembang, ada je lah yang dia nak cakap. dalam kereta, dia diam bila tengok movie je. ha! aku teringat. widad ni satu2nya adik aku yang waktu kecik2 hisap puting baby tu, sampai berapa tahun entah dia setia dengan benda tu. haha. kalau mama simpan, pandai lah dia cari sampai jumpa. lol. dulu, dia kata nak jadi ustaz bila besar. tapi sekarang. kerana dia terlalu suka makan, dia kata nak jadi tokey kedai makan. haha. serious dia ni kuat makan. sampai tok aku selalu bising pasal dia kuat makan. btw, dia adik aku.



haaa..adik aku yang last. hanan. sekarang darjah satu, tapi tinggi dia sama dengan widad yang sekarang darjah tiga. teramatlah manja. sampai sekarang, kalau naik kereta, nak duduk depan, atas riba mama. lol. dan ini sangat tak boleh diterima oleh aku. tapi ok lah. sekarang ni kalau ajak duduk belakang dengan abang kakak dia, dia nak la juga. tapi kalau dia buat perangai, pindah balik duduk depan dengan mama. nak kata punya manja nya dia ni, tahun ni, dia masuk sekolah, hari pertama aku teman. dia tak bagi aku balik. suruh aku tunggu dekat depan pintu kelas. kasi dia nampak. bila aku nak balik, dia keluar dari kelas selamba dia je walau pun waktu tu cikgu ada dalam kelas. bukan dia x pernah pergi sekolah tu. dulu siap pra-sekolah dekat sekolah tu jugak. mama kata, waktu dia 6 tahun, mama tunggu sampai seminggu je. tapi tahun ni. dua minggu dia belasah. tapi aku kan kakak. teman je la dia. berdiri dekat tepi kelas dia. tapi seminggu je aku tahan. yang seminggu lagi tu mama n abah take over. haha.

lagi satu cerita hanan. waktu dia 5 tahun, masa hari sukan, dia kena main 2 game sukaneka. waktu kitorang sampai dekat padang sekolah tu, muka dia happy je. tapi bila cikgu panggil masuk barisan bawah khemah, dia dah buat muka kelat. jadi, aku dan mama pun pergi lah teman dia sekali dekat bawah khemah tu. aku paling nak gelak bila ingat ni. bila cikgu panggil dia untuk main game yang pertama, dia geleng, x nak. tapi dia pergi jugak sebab mama pujuk. tapi nangis2! haha. maka bermainlah adik aku ni dengan air mata yang berjurai2. tapi, team dia menang no 2. lol. aku rasa kelakar sangat waktu tu. lepas tu, dia ajak mama balik. x nak duduk situ dah. waktu tu, adik aku ni macam aku, x boleh kena panas, nanti darah hidung. dan hidung dia berdarah. jadi kami pun balik lah...maka game dia yang ke-2 tu dia tinggalkan macam tu aje. tapi waktu tu hidung dia x lah berdarah teruk pun. sampai kereta je dah berhenti dah pun darahnya. mengada2 je tu. btw, dia adik aku.



dan sampai sekarang aku ingat macam mana aku basuh berak adik2 aku. main dengan diorang, bangun malam2 bancuhkan susu.budget macam aku ni mama je.lol. tapi sebab abah x suka kejutkan mama malam2 untuk bancuh susu adik2 aku, maka aku lah mangsanya. aku lah yang kena bangun, menonong2 ke dapur bancuh susu adik aku dengan mata yang separuh terbukak.

naahhh...cerita sikit pasal adik aku pun dah macam ni panjang dia. tu baru sikit. tapi mama kata, walaupun adik2 ni perangai macam2, perangai raihan jugak yang paling lasak. heheh..anak mama jugak kan..^^

terima mereka seadanya. sayangi keluarga anda.



see u later,bloggy.k.bye


Thursday, 1 November 2012

buat kerja

assalamualaikum.

see, jumpa lagi! cuti kali ni, hampir hari2 aku post entry baru. oh ya. hari ni, nak guna aku. lol

beberapa minit lepas, aku ada dapat call dari ipts. seperti biasa, selalunya kalau call dari ipts, waktu2 hujung tahun ni, mesti pasal nak tanya sekarang dah study dekat mana2 universiti, universiti mana, course apa, dan ada tak kawan2 yang masih belum sambung pelajaran ke mana2 universiti.



honestly, bagi mereka yang dah meneruskan pelajaran ke universiti, kolej atau pun mana2 matrikulasi, mesti rasa untuk berkali2 menerima call yang macam ni di waktu2 macam ni adalah sesuatu agak annoying. ya. termasuk aku. nak-nak pulak telefon rumah. rumah aku ni telefon sudah lah satu aje. jenis yang ada cord pulak tu. bukan tak ada yang cordless tu, tapi abah simpan. sebab takut adik aku ni suka gayut dengan kawan dia borak pasal game dan bola segala bagai lepas tu suka tinggal telefon tu dekat merata2. kalau telefon yang ada cord tu pun dah lama dia gayut, kalau guna yang cordless tu lagi lah. tambah  pulak telefon sekarang ni nun kat ruang tamu. bilik aku ni pulak dekat ceruk hujung rumah. gaya macam rumah ni besar sangat je. bukan tu yang aku nak kata. tapi aku yang malas nak berlari2 anak ke ruang tamu untuk menyahut panggilan yang tak bawa apa2 untuk aku. huhhhh.

ha satu lagi, walau aku dah habis satu sem study dekat cfs, sampai sekarang aku masih dapat surat tawaran dari ipts. sebenarnya, dulu sebelum aku masuk cfs, aku dah buang semua surat2 tawaran yang aku terima sekarang ni. tapi lepas balik rumah dari cfs hari tu, aku tengok atas meja dalam bilik aku ni bergunung dengan surat2 tawaran tu. ok. tipu. tak la bergunung, tapi banyak la. lebih kurang 20 surat. dan sekali lagi, aku buang la surat2 tu memandangkan tak ada cara lain lagi yang aku boleh buat dengan surat2 tu. takkan nak simpan kot? nak buat apa? tunjuk dekat anak cucu aku. ni haaa... dulu2 grandma dapat banyak betul tawaran masuk ipts. tapi semua grandma tolak. lol. mama aku bising kalau simpan benda2 yang tak guna dan tak berapa bermakna. membazir ruang. tambah kawasan untuk labah2 buat sarang. tak payah nak tambah harta dengan cara macam tu.

berbalik kepada panggilan dari ipts yang aku terima tadi. lepas aku letak telefon, oh ya, yang telefon aku tadi tu perempuan dan sangat baik dan peramah juga. ok. sambung balik. lepas aku letak telefon tu, aku baru sadar. yang selama ni aku dok merungut tak tentu hala macam makcik2 dekat dapur bergossip, semua tu cuma buat rugi je. bazir air liur. tak bawa baik dekat aku pun kalau aku terus membebel pasal terima panggilan dan surat dari ipts2 ni. sedar tak sedar, walaupun annoying, tapi sebenarnya, orang yang pos surat dan telefon kita untuk tawaran dan survey bagi pihak ipts tu cuma buat kerja diorang je. dah memang kerja diorang untuk pos surat tawaran dan telefon kita. dah acane? buat je la. dan kita sebagai pelajar, penerima surat dan penjawab panggilan2 mereka, tak payah nak banyak mulut macam aku. buat je apa yang patut. kalau dapat surat tawaran tu, kalau tak berguna, boleh bagi dekat encik ah tong sam pah. kalau nak rajin dan baik sikit, boleh kumpul dan hantar dekat recycle centre. dan kalau terima panggilan telefon diorang, angkat, dan jawab je semua soalan diorang dengan tepat, ringkas dan padat. at least panggilan tu dapat la hilang kan boring korang yang tengah boring. tak pun, sekurang2 nya dapat la gunakan tenaga dan bakar sedikit lemak yang ada waktu nak lari2 ke telefon tu macam yang aku buat. kan?



tiba2 aku teringat pulak dekat pakcik guard. dari tingkatan 1 sampai ke sekarang, aku memang tak berapa suka dekat pakcik guard. satu sebab dia pakcik yakni lelaki. tak boleh la nak borak2 ke gurau2 ke time tengah tunggu bas dekat depan pagar tu. yang ke dua, bila aku nak balik ke rumah dan bila aku balik dari rumah, pakcik guard ni akan mula sesi soal jawab sebelum dia lepaskan aku keluar atau masuk kawasan. tapi yang paling tak suka kalau aku balik lambat sikit. lepas tu kena tahan. walaupun lambat seminit?. yang paling geram bila time dekat sekolah dulu, kami kena balik sebelum pukul 6 petang. sekali tu aku sampai pukul 5.50 petang dan pintu pagar tu dah di tutup. dan-dan pulak waktu tu aku form 5, kena hantar module cuti panjang yang cikgu bagi dekat pondok pakcik guard tu. bila pagar dah tutup, maknanya aku kena naik bas no 11 atau senang kata berjalan kaki untuk masuk ke asrama. dalam kata lain yang lebih mendalam, aku kena angkat barang2 aku yang se lori tu, berjalan kaki balik ke asrama. aku ingat lagi betapa banyaknya barang yang aku bawak waktu tu sebab minggu depan nya kami ada lawatan ke rumah anak yatim. aku sangat bersemangat dan bermurah hati untuk bagi segala barang2 kat rumah aku yang aku rasa boleh aku beri pada mereka dan akan berguna kepada mereka kelak. tapi niat baik aku tu di uji dengan pintu pagar yang dah tertutup tu. tahu apa aku buat waktu tu? aku keluar kereta. walau waktu tu kereta abah agak jauh dari pagar, aku turun juga. pergi ke pondok pakcik guard tu. sambil tengok jam dan 'asslamualaikum pakcik sekarang belum pukul 6 tepat lagi tapi kenapa dah tutup pagar? jam saya ikut jam berita dekat tv,dan tak salah' hohooo...aku rasa itu kali pertama aku ke depan sorang2 untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. dan sangat lah melukakan hati bila pakcik tu kata 'saya ikut jam saya. dah pukul enam.' ok. memang agak geram waktu tu. bukan agak. sangat. aku terus balik dekat kereta abah yang dah tak berapa jauh lagi dari pagar sekolah. and guess what? abah keluar kereta, buka bonet dan bawa keluar barang2 aku dari kereta. oit. abah bukan nak halau aku dari kereta lah. abah tolong aku keluarkan barang2 aku. then, aku pun tarik nafas dalam2 dan keluar dari kereta. let just face it. lepas tu abah kata, 'nak bawak semua ke? ke nak bawak sikit dulu, minggu depan abah hantar yang lain.' wehh. nak leleh kot waktu tu. sebabkan pakcik guard tu tutup pagar awal sikit dan angin aku agak swing waktu tu, abah kena penat2 datang lagi minggu depan. tapi abah memang datang tiap minggu pun bila aku form5. lol. btw, aku tetap rasa bersalah sebab nanti abah kena angkut sekali barang2 yang banyak ni minggu depan. so, aku pun tinggal kan satu beg aku yang berisi barang2 yang aku agak tak mati kalau aku tak ada benda ni seminggu dan sama2 dengan abah berjalan menuju ke asramaku syurgaku. bila aku lalu sebelah pondok guard tu, aku nampak ada sorang student yang macam aku jugak, dalam kegeraman tahap gamma, cakap2 dengan pakcik tu. dan aku terdengar pakcik tu kata 'saya cuma buat kerja saya. pintu pagar memang tutup pukul 6.' agak panas telinga dengar waktu tu. sebab waktu dia tutup pagar tu, jam aku belum pukul 6 pun.

tapi bila fikir balik. sangatlah tak patut aku geram2 dengan seorang pakcik yang mencari rezeki sebagai guard di sekolah aku dan mejalankan tugasnya seperti yang diarahkan. lepas tu, siapa suruh aku tak kasi sama jam aku dengan jam pakcik tu? kan senang.


ok

hari tu, waktu aku nak pergi klcc, naik bas metro no12 untuk ke stesen lrt universiti, aku nampak pakcik conductor bas tu kena marah dengan driver bas tu. sudah lah driver bas tu lagi muda dari pakcik conductor bas tu dan pakcik conductor tu lagi tau dari driver bas tu. ok. maksud yang sama. dia marah2 nya pakcik conductor bas tu sebab apa tu aku tak tahu tapi aku nampak kepahitan muka pakcik tu bila kena marah2 dengan driver bas yang lagi muda dari dia. kesian pakcik yang dah bernyawa separuh abad tu. kalau tengok dari baju dan usia dia pun aku boleh tahu yang pakcik ni betul2 bersusah payah untuk mencari rezeki demi memberikan sesuap nasi untuk dia dan bini di rumah. sudah berkerut mukanya di tambah dengan peluh keringat. lagi dengan baju dia yang koyak sana sini. baju lama. koyak kecil sana sini tu buat tak nampak je. dia tetap pakaikan juga. huhh..hati aku tersentuh betul waktu tu. membayangkan kalau aku di tempat dia. atau insan2 yang aku sayang berada di tempat dia pun dah cukup pahit dan payau rasanya.



so here, message cuma satu. biarkan mereka bahagia buat kerja mereka.

see you later, bloggy.k bye