YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, 15 August 2012

SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!


FAKTA YG MENGEJUTKAN!!
Harus semua ambil iktibar...


tengah merayau2 kat fb tadi, saya terjumpa lah akan artikel ini dan nampaknya bagus untuk menambah pengetahuan...jadi, raihan pun share lah story ni kat my bloggy..^^


SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

p/s:-aku pun terkena, so apa salahnya foward & share dengan kawan2 lain pulak!


credit:

Tuesday, 14 August 2012

it has been a long time...

in the name of Allah..

assalamualaikum..^^
salam ramadhan al-mubarak...


ha.ha.ha...
lama betul tak jenguk blog ni...bila buka sekali, rasa macam dah bersawang dan basi...(sampai nak type entry ni pun rasa macam awkward)...nampak sangat la dah lama ditinggalkan...TT_TT

hurmm...sebenarnya ada banyak sangat story yang raihan nak tulis kat sini...
tapi macam tak best pulak kalau panjang sangat kan?
 ..................
memandangkan sekarang ni cuti dah start, maka banyaklah masa yang kosong..kosong..oh...(lagu kosong =p)
so, i'm going to tell the story part by part...day by day(???)...hour by hour(dah mula merapu niey!)...

1st...
since last june, i've started my study(finally) in CFSIIUM(centre for foundation studies,iium) in PJ. course... Engineering... sebenarnya kalau ikut dalam offer letter tu, dia tulis course engineering and computer science... tapi dalam 1st week tu, kami kena pilih either nak pilih engineering or ict...kalau ikut hati, memang nak sangat masuk ict, tapi bila tanya mama n advice dari engineer2 kat dalam family kitorang ni, semua suggest ambil engineering memandangkan choice dia lebih banyak time degree nanti...

  first day kat cfs, ok alhamdulillah...entah macam mana boleh dapat mahallah khadijah(kc) while schoolmates yang sama2 dapat course engineering semua masuk mahallah zainab(zc).mula2 sebelum registration day tu kitorang memang dah pakat nak mahallah sama.tapi dengan takdir yang Maha Esa, raihan 'tercampak' ke kc...still..alhamdulillah...fortunately bilik kat kc 2 kali lebih besar dari bilik kat zc plus siap ada lift lagi, yo!! (saya sangat berbangga menjadi resident kc!)...but, kc ni asalnya hospital and converted jadi mahallah kat cfs ni...memang banyak dengar cerita2 'menarik' yang menyeramkan tapi alhamdulillah...saya masih bahagia! hahaha.belum jumpa apa2 lagi...^^

 roomates kesayanganku...mieouw~
[time ni, dah sebulan kami 'bersama'(ecece...). pergi digital mall untuk beli printer(sekarang dah jadi bisnes kami bersama=p]


introducing! my beloved roomates. from left. ehem2...sape entah=) 
yang tudung putih tu.... myra from malacca^^ 
discription: dia ni kelakar sangat. innocent yang kelakar..hehe. agak cerewet. banyak tanya dan selalu tershasyul (tapi comel).
sebelah myra, diba, dia gadis dari key-el!!=)
discription: dia ni sangat rajin. cantik~ suka benda2 environment... sangat skematik diagram...and..ada 2 orang abang..lol (myra n eyda suka kat abang diba,kot!haha...)
yang hujung sekali tu, eyda from kelantan^^...
 discription: first time nampak dia, nampak macam dia ni sombong sikit. bila dah kenal..mak oi...ramah betul... terror bab tawar menawar( nak minta kurang harga, serahkan pada budak ni!) and..pandai buat nakal atau dengan kata lainnya jenayah..(macam saye!=) hehe...

sebelum masuk cfs, selalu jugak la doa2 bagi dapat roomate yang sekepala...ahah..and..alhamdulillah.. we are perfectly match... walaupun hari ni, baru 2 bulan 8 hari kami kenal, tapi macam dah lama sangat kenal. macam family?? hurm..boleh la...i love you,guys!

korang paling best!{myra, eyda and diba}


that's all for now. will continue da story later...
selamat berbuka!
assalamualaikum.