salam alayk
semalam dah masuk seminggu tirah balik sabah. rindu dah TT___TT
jumaat lepas, sebelum tirah balik sabah, tirah datang kl. flight dia pagi sabtu. tapi datang kl hari jumaat. maka bertemu lah kami seperti pemadam dan pensel. haha
the plan.
mula2 plan nak jumpa ni hampir tak jadi sebab ayah tirah tak berapa sihat. tapi alhamdulillah abang tirah ada interview dekat pj. so tirah ikut ayah n abang dia pergi pj then ayah dia drop dia dekat kl sentral.
the story.
ditakdirkan boleh kata hampir setiap jumaat aku tidur pagi pukul 8 selepas solat subuh dan selepas melakukan hal2 lain. kira macam qada' tidur la lebih kurang. tirah kata, dia akan sampai kl sentral pukul 11. jadi aku ter lambat sikit sebab tertidur. haha. kesian dia kena tunggu dekat depan gate lrt kl sentral dengan ayah dia. berjejak kasih lah kami setelah tiga saat menatap wajah masing2. tak boleh lama2 tatap muka tu. ada orang kata nanti boring. haha
breakfast roti gardenia dalam lrt aku hari tu sebab lapar. lupa nak makan apa2 sebelum keluar pergi jumpa dia. malu je.
sebabkan tirah sekarang dah macam suka dekat lasagna, aku ingat nak bawak dia pergi klcc kasi rasa lasagna cinta rasa pertama aku dekat cafe milano, klcc. maka ke klcc lah kami pada hari itu. haha. oh yeah, hari jumaat tu, hari valentine. maka bersepahlah pasangan2 berbaju berkasut, ber couple2 segalanya di merata2. ramai jugak aku tengok sisters brothers buat street dakwah dekat area kl sentral n klcc tu. seronok tengok diorang. tapi aku ada date dengan tirah ni.
sampai2 je klcc, aku dengan tirah tuju sephora dulu. memang tak senonoh perangai kami masuk sephora conteng muka dengan make up tester yang bersepah dekat sephora tu. tapi tak la conteng sampai jadi macam muka model vctoria secret atau simplycity, sikit2 je macam kim tae hee gitu. hahaha. dah lama tak menggedik dengan tirah. haha. lepas habis muka kena conteng, kami jalan2 dekat depan entrance level 2 suria klcc. tak sah la kalau tak snap sekeping dua gambar model klcc sambil tengok air pancut dekat situ.
muka memang tak boleh nak lol lagi. haha |
kesengalan terserlah. hahaha |
salmon + chicken chop +baked rice + cream n tomato sauce. tirah's treat :] |
alhamdulillah for the chance and for the happiness. tirah, thanks for the memories, thanks for the time, thanks fo the lunch, thanks for the smile and the laugh, thanks for everything. wish you stay health, stay calm and stay pah te ah. may Allah bless you. till we meet again.
me will miss this moment <3 |
end
till i type again. assalamualaikum