YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Monday, 31 December 2012

re-post from fb: satu kisah mati


cakap benar

assalamualaikum.
it's quite a long time jugak aku tak conteng2 dekat sini...asyik membebel dekat facebook n twitter je...(walaupun aq tau tak ade orang kisah)

macam2 yang berlaku dalam tempoh masa ni. big bad wolf lah. sesat lah. comic fiesta lah. kenduri lah. itu lah. ini lah. macam tu lah hidup. tak pernah sunyi. dan hari ni, tengah2 pagi buta ni baru la aku terasa macam dah sampai seru nak conteng2 dekat sini.



beberapa jam tadi. masa stalk2 blog orang, aku terbaca satu blog ni yang aku rasa ayat2 dalam blog dia ni pedas2 jugak. lebih2 lagi bila aku yang kaum perempuan ni baca. ada ke patut dia kata perempuan suka salahkan lelaki bila ada apa2 masalah timbul antara antara dua kaum ni. sebab kan dia asyik fire kaum aku je, aku pun mesti la keluar asap dekat telinga kan. apa punya pasal la pulak lelaki ni asyik nak fire2 perempuan je. dia ingat semua lelaki tu baik sangat ke? tapi, bila aku baca entry dia sampai habis, lepas tu aku fikir2 sikit pasal apa yang dia tulis tu, aku rasa apa yang dia tulis tu sebenarnya banyak betul nya.

aku rasa, hampir semua pernah berhadapan dengan orang yang macam ni. atau memang dia orang macam ni. yang jenis bila orang tak habis cakap/tulis lagi, dia dah buat cerita/konklusi sendiri dan jenis orang yang tak boleh terima perkara yang pedas.

aku teringat satu situasi dekat sekolah dulu. bila kerja sekolah tak siap, cikgu tanya, mesti jawab buku tertinggal lah... semalam tak sihat lah... terlupa lah...walhal sebnarnya semalam tu buku bawak je balik rumah, semalam sihat je, tak terlupa pun yang semalam ada kerja rumah. hakikatnya, tak buat kerja sekolah sebab malas dan tak ada masa nak buat.tak sempat. aku nak tengok cerita katon. cerita ni dah la takde ulangan. kerja sekolah nanti2 boleh buat... tapi bila cikgu tanya, bagi alasan lain. haha...mungkin ada antara korang yang tak pernah buat. tapi aku pernah. kenapa tipu? sebab aku tau, kalau aku bagitau yang aku tak buat kerja sekolah sebab aku malas dan nak tengok tv, nanti mesti cikgu marah, silap2 kena berdiri dekat luar kelas.



then aku terfikir, haru jugak dunia ni kalau semua orang macam tu. aku tak sempat habis story lagi, dia dah kasi ending. bila aku nak cakap benda betul, aku pulak kena marah.

ok. sejak dua menjak ni, aku rasa aku lebih jujur dengan perasaan dan emosi sendiri berbanding dulu. maksudnya, sekarang, kalau kau tanya aku kau comel ke x, bila aku rasa kau tak comel, aku akan cakap kau tak comel. kalau aku jawab tak tahu, maknanya aku memang tak tahu. sebab aku tak berapa hebat sangat dalam mengklasifikasikan orang tu cantik, comel, handsome, macho atau hodoh. aku takde lah nak pusing2 ayat. macam, sebenarnya aku nak kata kau tak comel. tapi aku kata kau comel sikit je. konon nak kasi sedap sikit bila kau dengar. lol.
berkata benar walaupun pahit
aku rasa, tak semua orang boleh buat macam ayat dekat atas ni. berkata benar walaupun pahit. lebih2 lagi orang melayu yang jenis kuat makan hati ni. kadang2, bila orang tu cakap sesuatu yang mungkin boleh menyakitkan hati kita, tapi perkara tu benar pda hakikatnya, kita mesti rasa nak marah, nak fire dia. bak kata usop wheelchaa, kite bako je~ha.ha.

hello peeps. apa salahnya dengar dan terima sesuatu perkara yang benar walaupun pedas sikit tu, biasalah... tak semua rasa kita suka, yang manis2 tu, kita suka, yang pedas n yang pahit2 tu kita tak suka. tapi sedar tak sedar, rasa pedas tu kadang2 melengkapkan rasa, rasa pahit tu menyempurnakan fungsi taste buds kita. tak macam tu?
tak semua perkara yang kita suka itu baik untuk kita. dan begitulah di sebaliknya.
bila ada mana2 ayat yang bila kau baca/dengar tu kau rasa macam pedas n pahit tu, tak rugi pun kalau kita terima dan fikir balik kenapa kita rasa macam tu? padahal orang lain rasa biasa je..rasa elok je cukup rasa? mungkin ada sesuatu yang kita lupa, mungkin ada sesuatu yang kita tertinggal. tak perlu lah nak fire2 orang yang cuba untuk mempraktikkan lidah benar dan mereka2 yang ingin menegakkan kebenaran. mungkin orang yang cakap tu pun buat benda yang sama atau mungkin lebih teruk dari  tu. nak fire balik? rileks...

reflect dekat diri tu dulu. kau repair diri kau dulu dekat mana2 yang berkenaan, lepas tu kau curah la air pulak dekat dia. jangan fire. jangan marah. bagitahu dia yang apa kata dia reflect balik ayat pedas dia tu dekat diri dia balik. mungkin tujuan asal dia tulis/cakap ayat tu sebagai peringatan untuk diri dia sendiri, atau mungkin sebelum ni, dia sendiri pun tak sedar yang dia pun macam tu. ye lah...manusia ni kan cepat lupa. itu sebab kita perlu saling ingat mengingati... dan normal. manusia takkan tahu sesuatu kalau dia tidak diberitahu.

terimalah segala2 yang benar itu walau apa jua rasanya. kerana yang benar itu tidak lain lagi selain benar.

expect nothing, accept everything=]

ampun dan maaf kalau ada mana2 yang tersilap dan terkasar
see you again,bloggy^^
may ALLAH bless

Tuesday, 11 December 2012

pc fair III 2012 + the power of hand + promoter

assalamualaikum.
long time no see, huh?

tiga hari lepas aku pergi pc fair dekat klcc. dengan roomate aku sekarang a.k.a classmate aku sem lepas. seriously best weyh. biasalah... semua pc fair heaven untuk aku. haha.



beza dengan pc fair yang aku pergi masa bulan july dulu dia guna 2 hall dalam 1 floor convention centre. tapi kali ni dia buat siap 2 floor lg. level 3 n level 1.  averange jarak semua hall pc fair tu 2km. aku tawaf pc fair tu 3 kali. non stop. berhenti solat je. memang longgar la patella aku... btw, memang puas hati la. tawaf 3 kali. aku siap boleh ingat lagi kedudukan booth2 dekat situ. seriously, worth experience.

well. macam biasa lah. nama pun pc fair. maka segala2 yang ada dekat situ semua pasal computer dan adik beradiknya. kali ni, mungkin lain sikit. sebab windows 8 dah keluar, jadi. ada la beberapa event pasal windows 8. kelakar weyh. ada satu session tu dia terangkan pasal windows 8. lepas habis explanation tu dia tanya 5 soalan. siapa yang jawab, dapat hadiah. aku. macam biasa, kalau ada hadiah2 ni memang suka lah kan. siapa2 pun macam tu kot. soalan pertama, ada orang jawab. soalan kedua ketiga, orang lain jawab soalan keempat. pasal semangat sangat, dia belum tanya soalan, aku dah angkat tangan! haha... "wow... you already know my question?! i didn't give my question yet!" haha. memang aku dah tau dah dia nak tanya soalan apa. :name two other pillars of windows 8. tapi still, malu weyh! aku rasa semua orang pandang aku. walaupun mungkin x. rasa macam nak tenggelam masuk dalam lantai kalau boleh. huh~ btw, aku tetap dapat hadiah aku. mouse je weyh~ worth la jugak~

bila pc fair, mesti ada banyak booth. dan yang paling penting sekali. satu booth tu bukan sorang dua promoter dia. aku rasa paling kurang pun ada 5 la kot. yang paling banyak tu tak payah cakap la. aku rasa dalam 20 pun ada kot untuk satu booth tu! seriously ramai, mungkin kalau semua visitors yang datang tu keluar, hall tu still boleh sesak lagi dengan promoters saja! normal la kan. itu strategy namanya. ha.ha.ha. bila lalu dekat mana2 booth, aku rasa macam aku ni vip pulak. semua nak datang dekat aku suruh beli produk diorang, haha. then, dekat sini bermula lah the power of hand.




 first round aku dekat pc fair tu aku ok lagi. kutip semua flyers yang diorang bagi dengan senyuman. banyak jugak la booth yang aku masuk terjah tengok dan dengar apa yang promoter dia explain, survey harga, lepas tu keluar. second round + dengan penat 1st round tadi. aku jalan sambil angkat tangan. talk to the hand. with smile. x macam 1st round tadi, untuk 2nd round ni aku masuk dalam 5-6 booth je. beli la sebutir class10 8gb memory card untuk handset aku yang dah sendat dia punya memory ni. roomate aku sorang beli hard disk, sorang lagi beli mp3. waktu 2nd round ni. aku mula rasa yang lalu dekat area booth2 broadband ni mencabar kesabaran aku. seriously macam artis weyh! sekali lalu 10 orang serbu! wuhuuuu.... kesiannya aku kasi tangan aje. x ada satu pun yang aku stop. ha.ha. finale round. aku dah decide nak beli apa. punya lama aku nak decide. macam nak buat keputusan hidup mati pun ada. aku terinagt mama pernah kata yang aku kalau bab nak pilih2 barang yang nak guna lama ni sejam memang tak cukup la... dan kebenarannya sangat terbukti.

gara2 jam waktu tu dah nak pukul 7, aku call je terus bother acer tu. sebab masa tu aku rasa dah penat sangat + nak cepat sebab dah nak malam. guess what? brother acer tu student uia gombak! plus, he is an engineering student jugak. macam tu lah kisah kalau ALLAH nak suruh jadi. haha. kelakar pulak. done. nak gerak keluar dari convention centre tu, untuk kali yang ketiga dan yang terakhirnya, aku kena redah kawasan broadband tu lagi. masa tu. langkah aku memang laju dah. tangan pun memang dah tak turun2. kalau boleh, aku nak letak tag "this is my 3rd round. pls get off my way" dekat dahi aku. plus, aku memang lemas duduk dekat kawasan sesak macam tu lama2. lepas solat maghrib dekat klcc, baru balik. long journey weyh~

bila aku fikir2 balik. yes. sangat la sesak dan rimas dengan promoter2 masa dekat booth2 broadband tu. tapi, diorang cuma buat kerja diorang. dan aku pulak, sebab ini dah kali ketiga aku pergi pc fair tahun ni, aku rasa yang aku dah pretty used to it. situasi macam tu. memang penat weyh nak tawaf 3 kali pc fair tu. dengan nak bawa barang2 yang beli masa shopping dekat masjid jamek sebelum pergi pc fair tu dan kepala otak yang x berhenti2 fikir nak decide brand n model apa nak beli, tapi, diorang yang jadi promoter tu pun mesti penat jugak. bukan dekat sorang dua yang diorang nak promote. beribu2 aku rasa.

ha! lupa nak story. aku tak ingat booth mana asal promoter tu, tapi dekat hall 4, masa dia nak edarkan flyers2 dia tu, dia menguap...hwack! nganga besar mulut diaa dengan tangan dok hulur flyers dia dekat aku. geli hati aku! aku tahan gelk je masa tu! lepas pass by booth dia tu, memang sakan la aku dengan roomate aku gelak. brother, mohon ampun sangat. nampak kesungguhan campur keletihan dia di situ. see? bukan aku sorang je yang penat... orang yang promote tu pun penat.

next time, hormati lah mereka yang melakukan perkerjaan mereka yang mungkin boleh membuat kan anda sedikit terganggu. kerana mereka cuma melakukan apa yang mereka patut buat. end





may ALLAH bless=]



Friday, 30 November 2012

sweet couple =)

assalamualaikum.

he.he.he.
hari ni aku nak tulis lagi dekat sini. boring x ada kelas sampai hari isnin. =D =.=' TT.TT

minggu lepas, aku pergi alamanda. sementara tunggu adik2 dan abah di toys r us, mama di parkson, aku duduk diam2 dekat depan tempat permainan kanak2 dekat depan entrance parkson sambil teman nuha, adik sedara aku main2 dekat situ. walaupun dekat taman permainan tu tak ramai kanak2, tapi aku kira ada ramai orang dekat situ sebab hampir semua kerusi yang ada dekat situ penuh orang duduk. hampir sepuluh minit aku duduk dekat situ, rasa bosan mula datang. rugi pulak tak ikut mama masuk parkson. mata aku pun melilau tengok sana sini. ada yang tengah bersembang. ada yang khusyuk belek handphone, ada yang tengah minum air, macam2 lah gelagat manusia dekat situ. aku jeling orang yang duduk selang sebelah kerusi aku. ada couple yang tengah borak2. pasal apa tu aku x pasti. tapi perempuan tu asyik senyum je. aku toleh belah kiri aku pulak. selang dua kerusi dari tempat aku duduk, ada satu lagi couple. pakwenya tengah betulkan jam aweknya. alahai sweet nye haaa... aku pusing tengok orang yang duduk dekat belakang aku pulak. ada seorang pakcik tengah tolong isterinya pakaikan kasut anaknya. comel. aisy...apa pasal keliling aku semua orang tengah berkasih sayang ni. aku angkat kepala. tengok dekat dalam old town. ada dua tiga couple tengah meluangkan masa berkualiti bersama2. haihh..bila la turn aku pulak. tak tahan duduk situ lama2, aku angkat kaki. pergi toys r us tengok adik2 aku tengah bersuka suki menghabiskan duit dekat situ.


tadi, aku pergi mid valley. dengan member aku. dalam bas, agak ramai orang. semua tempat duduk penuh. aku nampak ada seorang laki ni berdiri. dia kasi awek dia duduk dekat satu kerusi kosong sebelah dia. tak lama lepas tu, bas berhenti. ramai yang turun. ada lebih kurang 3-4 kerusi kosong dekat bahagian belakang bas. tapi lelaki tadi tak bergerak untuk duduk dekat kerusi kosong tu pun. tetap berdiri dekat depan awek dia. sweet. sampai mid valley. jam baru pukul 10.45 pagi. padanlah tak ramai orang lagi. lalu depan baskin robin. aku nampak mesra betul satu couple cina ni. makan aiskerim pun suap2kan. siap kongsi2 sudu lagi. comel je aku tengok. semoga mereka bahagia. aku jalan lagi. sambil jalan, mata aku melilau sana sini. weyh... apa ni... aku nampak boleh kata semua yang ada dekat keliling aku waktu tu semua nya jalan dengan pasangan masing2. aku tengok sebelah aku. member aku. key *bukan nama sebenar. "weyh...aku pun nak couple jugak la weyh... sweet sangat aku tengok couple2 hari ni. hari ni hari couple sedunia ke?" key setuju. dia pun rasa macam nak couple jugak. dalam hati, rasa macam..ohhhhh~~wuuwwuuuu~~waaaaaa~~~

satu setengah jam lepas. aku online facebook. tengok mama tengah online. he.he.he. aku nak try mintak izin lah.


mama, td raihan pg mid valley..
sweet plak tgk org ade pakwe.
raihan nak couple jgak blh x?
hehehehe

ish eh x yah lah..blajar dulu. klu ada pun x leh kluar skali.x elok.



ok. cubaan aku tak berjaya. mama said no untuk aku couple. tapi yes untuk kawen(ops).well... aku teringat pasal satu talk yang pernah aku pergi tak lama dulu. sebelum bulan ramadhan yang lepas tak silap aku. tajuk dia, jigsaw of love. salah seorang ustaz yang bagi talk malam tu, ustaz nizam abdul kadir. dalam talk tu, semua cakap pasal love... dan tajuk couple tu wajib lah masuk senarai kannn... ustaz nizam kata. couple tu asalnya tak haram. harus asalnya. couple tu macam cop. booking. dia aku punya. kau jangan kacau. macam tu. tapi, bila couple tu ditafsirkan mengikut fahaman anak2 zaman sekarang, couple tu jadi haram. bila si lelaki bawa si perempuan keluar berdua2 di tempat sunyi, bila si lelaki pegang2 tangan si perempuan. bila si perempuan cubit2 tangan si lelaki, bila itu dan ini semuanya dibuat mengikut nafsu. couple tu tak membawa makna : ok, sekarang saya awak punya... boleh la pegang2 tangan, cubit2 pipi, tarik2 hidung bawak pergi sana sini. no, no, no..... kalau kau nak buat macam tu dekat awek kau, kau kawen dulu dengan dia. jangan nak mengada2. aku teringat satu ayat yang aku pernah baca satu masa dulu.
dari aku pegang anak dara orang, baik aku pegang babi. pegang babi, boleh samak. pegang anak dara orang, daftar nama aku untuk membership neraka hell. 
ayat ni tepat dan padat. yes. memang aku kata, bila lelaki betulkan jam tangan perempuan tu sweet, makan aiskerim suap2 tu comel, tapi sweet apa nya kalau dapat dosa. ye lah... sweet la kot namanya kalau masuk neraka sama2. you jump, i jump. erk.

seriously, semua tu sweet sangat kalau perempuan dengan lelaki tu dah kawin. lagi sweet kalau lelaki dengan perempuan tu dah 30 tahun kawen, tapi sweet dia macam tu punya manis. pasal 30 tahun kawen, aku teringat satu benda.



beberapa minggu lepas, dekat mid valley(again) aku nampak ada couple omputeh ni sweet sangat. jalan pegang2 tangan, lelaki tolong pilihkan kasut untuk perempuan. siap tolong pakaikan kasut tu dekat kaki perempuan tu lagi! makan kongsi2, lelaki tu panggil perempuan tu sweetheart. perempuan tu suka lentokkan kepala dia dekat bahu lelaki tu. lelaki tu tarik2 hidung perempuan tu. pilih buku, baca sama2. (aku x follow mat saleh ni sampai habis, x sempat.=P) sweet kan. guess what? yang dok sweet2 macam ni punya cute, diorang dah berumur dalam 40-45 tahun kott... dah umur macam tu pun sweet dia macam newlywed lagi.


nahhh.... serious aku kata, kalau orang melayu pun macam tu, aku yakin masa tua tu antara sesuatu yang sangat dinanti2 kan. sebab masa tu, kau dah tak payah nak fikir pasal benda lain. macam kerja, duit, belajar,  dll, yang ada masa tu, masa untuk kau dengan dia je... macam selalu orang2 couple kata,

i want to grow old with you
betul kan, bila aku kata kau sweet, cute , romantik dengan pasangan kau bila dah kawen jauh lebih sweet dari bila kau manja2 dengan pakwe kau yang belum tentu lagi akan grow old dengan kau. bagi aku, it's ok kalau kau nak couple. cuma jangan nak act macam orang dah kawen. syurga awak bawah tapak kaki mak lagi. ok?



will write again soon, bye bloggy^^
*minta ampun kalau ada yang terasa. kalau saya salah, mohon ditegur dengan baik =)

Tuesday, 27 November 2012

please be strong...

assalamualaikum.

setelah lama ketandusan idea, hari ni aku rasa terpanggil untuk menconteng lagi.

aku ter-baca (ter = tak sengaja)  blog member aku. entry dia kali ni buat aku rasa bimbang, kesian, risau...ermm..aku pun tak pasti apa yang aku rasa, tapi perasaan yang sewaktu dengan nya. dari entry yang dia post tu, mungkin sekarang hati dia bukan dalam perasaan yang aman dan bahagia. dengan kata lain, mungkin sekarang dia tengah down.



lumrah hidup, setiap manusia akan merasa naik dan turun. kejap kita di atas dan kejap kita di bawah. mungkin hari ni kita ketawa, esoknya kita menangis. dan begitu juga sebaliknya. sejauh mana kekuatan hati kita untuk menghadapi situasi tu, bergantung kepada diri kita sendiri. setiap orang mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang berbeza2. kau lain, aku lain. banyak perkara yang boleh membuatkan manusia rasa down (putus asa, sedih, kecewa, etc)

antara situasi2 yang boleh buatkan manusia rasa down:

  • msti la masa aq kalah or gagal..eh, 1 lg... aq down ble putus cinte kot.haha -ieka
  • down bila belajar tu susah -dayah
  • situasi kena marah.putus cinta. -mama
  • ehmm time kena pulau dgn kawan2
    tu aku rasa down sgt
    pastu kalau kena marah ngan mak aku . -fikah 
  • erm .. ble sumting yg aq da lme aim aq x dpt ..ble aq tgk org yg aq ske dok ngn org laen ..ble aq gado ngn kwn ..-beloved czn:tikah
  • kematian
    putus cinta
    kemiskinan
    atau sakit
    -
    naim fahmi
ok. cukuplah dengan contoh2 situasi yang boleh buatkan sesorang rasa down. dekat sini, aku nak tambah lagi dua tiga situasi lain. bila hilang kepercayaan, dipandang serong, dipersalahkan bila tidak bersalah dan bila perasaan kita diketepikan atau tidak dipedulikan. mungkin tak semua situasi2 yang aku bagi ni kau pernah rasa. tapi mesti satu dua situasi ni kau pernah hadapi. 

aku rasa, situasi bila kita dipersalahkan walau kita tak bersalah dan bila perasaan kita diabaikan tu adalah antara saat2 yang betul2 boleh buat kita down. mungkin keadaan tu tak lama. tapi rasa dia..pergh....macam 10 biji durian jatuh atas hati dalam satu masa yang sama.grr! 

fitrah untuk manusia kalau dia mahu menegakkan kebenaran. normal. cuma bukan semua orang berani untuk bangkit menegakkan perkara yang benar. rata2, kaum perempuan terutamanya, bila berdepan dengan keadaan2 macam ni, lebih suka untuk diam, tarik diri, menangis, bawa diri, layan perasaan sendiri, salahkan diri sendiri, dan mungkin ada juga yang menyimpan dendam. nahh... yang menyimpan dendam tu  salah satu daripada tindakan yang paling tak relevant sekali. ada banyak lagi tindakan lain yang boleh kau buat.tak payah la nak dendam2. simpan dendam tu tak bawa apa2 kebaikan pun. so, kau jangan lah gatal2 nak simpan dendam kesumat dekat sapa2. seriously, it is so bad...so bad...



ok

apa yang kau buat bila kau down?
ermmm...
firstly, mstilah solat sunat, apaje lahh.. slt sunat hajat laa selalu...
yg kedua..
kte slalu bkk blog..
iluvislam ka, allah seeker tuh ker..
blog yg slalu tulis psl motivation...-nabilah

aq cpat nangis sorg2
n i seek my friend's advice
cite kat org
tido...qiam
n
aq jnis luah ats krtas
evrytime i cant take it anymore
Nursofiyah Jamaluddin
mula2 aq menangis sepuas hati..
lps tu aq wat ape2 yg aq suke...
yg bleh wat aq lupa la prob tu..
g jln2 ke... tolong org ke.. bila da cool n tng...
bru aq fikir btol2 pasal prob aq tu
n.. klu pyah sgt.. aq cite kat org.. mnx tlg
org yg aq pcaye je la -ieka
aq nanges..
sbb lps aq nanges .. aq rse mcm lege sikit
then bce quran byk2 ..
pas uh aq rse lege gler . x de marah2 .. sdey2 .. aq rse mcm redha je -beloved czn : tikah 
 see? ada banyak cara sebenarnya yang boleh kita buat bila kita down... kadang2 kita perlu fikir jugak. mungkin semua yang terjadi ni sebenarnya berpunja dari kesalahan kita sendiri. kenapa ALLAH letakkan diri kita dalam situasi2 macam ni? apa yang kita dah buat sampai kita kena berada dalam keadaan2 macam ni?
setiap yang berlaku itu ada sebab dan musababnya, ALLAH lebih mengetahui
kalau sesuatu perkara buruk itu berlaku kerana kesalahan kita, antara perkara yang kita perlu buat ialah muhasabah diri kita sendiri. tak ada sapa2 yang boleh sedarkan kita kecuali dengan izin ALLAH dan diri kita sendiri yang mahukan kesedaran dan tak ada sapa2 pun yang boleh mengubah kita kalau bukan diri kita sendiri yang mahukan perubahan.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka":Al-Quran:Ar-Rad:ayat11
 ada juga yang bila berlakunya sesuatu yang buruk, dia akan mempersalahkan diri sendiri. ok. aku tak kata yang perangai macam ni tak bagus, cuma, kalau terus-terusan salahkan diri sendiri, aku rasa, lebih banyak benda buruk yang akan berlaku pada diri kau sendiri. hilang keyakinan dan kemurungan contohnya.
tidak ada ciptaan allah yang sia-sia
aku, kau, kau dan kau, semuanya ALLAH ciptakan ada fungsinya. bukan untuk saja2. dan tujuan yang paling utama ialah untuk beribadat padaNYA.  jangan lupa juga matlamat kita untuk menjadi khalifah di bumi NYA. jadi, bila berlakunya sesuatu perkara yang tak baik (tak menggembirakan) fikir lah yang setiap apa yang berlaku di dunia ini, ada sebab nya. mungkin untuk menguji keimanan dan kesabaran kita. iman manusia, turun dan naik. dan turun naik iman kita tu sebenarnya kita yang tentukan. you choose your choice.


time is moving, move forward. don't turn back

smile!=)




Thursday, 22 November 2012

try to be nice.

assalamualaikum.

boring nak tunggu kelas pukul 2, aku nak tulis sikit dekat sini.

ada dengar background music baru bloggy aku? ha.haaa...aku syok dengan lagu ni pulak sekarang :try try try by jason mraz.

(boleh abaikan lirik ni dan terus scroll down)
Try Try Try lyrics

T-R-Y
Oh baby we can fight like dogs we can fight like cats
a dirty laundry needs a laundry man
maybe the king and the queen should lay off the caffeine
baby breathe before you react


sometimes we do forget to behave
and we regret what we say
cause words are too weapons
if we don't choose'em carefully
ladies and gentlemen this is instrumental
if life's to be a bed of roses


i know i gave you everything you like
because you still give me butterflies


if we just try try try
just to be ni-ni-nice
then the world would be a better place for you and I
if we just live our lives
putting our differences aside
oh that would be so beautiful to me


Are we just dangling in the middle of a galaxy
Well i'm stoked on gravity
To be stuck with you like flowers on the dew drops
Now let it in my direction
My direction is up when everybody's down
cause i don't mind being anybody's clown
I love a little lift cause i'm an optimistic
In an altruistic way
Cause basically this place is needing instruments of harmony
Spreading my philosophy of love and inspiration
Oh these words I speak I commit to like a crime
with a rhythm i deliver i'm giving them a picture
of the reasons why


We should just try try try
Just to be ni-ni-nice
So the world could be a better place for you and I
If we just live our lives
Putting our differences aside
Oh that would be so beautiful to me


well it wouldn't cost a penny but could save so many lonely lives
from teary eyes
if we just try try try
to open up a can of understanding open up your heart
i'm just planting seeds
cause i believe


We could just try try try
Just to be ni-ni-nice
So the world would be a better place for you and I
If we just live our lives
Putting our differences aside
Oh that would be so beautiful to me


if we could try, just to be nice
that could be so beautiful to me
I believe,

Oh that could be so beautiful to me
ok.aku suka whole part of the song. tapi aku paling suka yang ni
We could just try try try
Just to be ni-ni-nice
So the world would be a better place for you and I
If we just live our lives
Putting our differences aside
Oh that would be so beautiful to me
bila sampai part ni, aku terfikir kalau semua orang kat dunia ni try to be nice. mesti tak kan ada yang bergaduh dan berperang. tak rugi itu dan ini. perasaan pun mesti tenang bahagia, negara aman sejahtera, dunia indah belaka. lol. but in fact. 360 degree opposite. kalau dalam fairytale pun ada gaduh2, cinderella gaduh dengan step-sisters dia, snow white gaduh dengan nenek mirror mirror on the wall, rapunzel dengan mak tipu dia. aku kasi tiga je contoh dari fairytale. yang lain, kau boleh google sendiri. itu baru fairytale. kalau real life, memang banyak sangat lah contoh yang ada. tak payah aku tulis kan dekat sini, kau pun boleh tahu sendiri. tak payah google2, tengok dekat sekeliling kau pun aku rasa dah cukup. jiran marah sebab pokok yang kau tanam dah besar sangat dan ganggu orang nak nampak langit. student marah2 dekat makcik kantin sebab ada semut/lalat/dll dalam makanan. mak bising2 bila jumpa chewing gum dekat lantai rumah. cikgu marah2 bila student tak buat kerja sekolah. student marah2 bila elaun masuk lambat. see, tak sikit kan? banyak!

Oh baby we can fight like dogs we can fight like cats
a dirty laundry needs a laundry man
maybe the king and the queen should lay off the caffeine
baby breathe before you react
bila ada benda yang tak kena, orang mula tak puas hati, then marah2 tanda nak mengekspresi kan jiwa dan perasaan. yes. aku tahu yang mengekspresi kan jiwa dan perasaan tu satu benda yang bagus. sebab orang selalu kata tak elok pendam2 perasaan. cuma nya, aku nak cerita pasal orang yang suka marah2. bukan kah marah tu cuma hasutan syaitanirrajim? bukan satu je cara yang ada dekat dunia ni untuk mengekspresi kan rasa tak puas hati. ada banyak. yang lebih baik. contohnya, kalau bila step-sister cinderella tak suka dekat cinderella. mungkin sebab dia rasa cinderella tu menyusahkan dan menyemakkan ruang dalam rumah dia, dia suka marah dan maki hamun dekat cinderella. in the end, bila cinderella dah kawen dengan prince, diorang kena jadi housekeeper je dekat rumah cinderella n the prince. see. once you make a wrong step, you will diserve it.(usually).



ok. kalau aku tukar sikit story line dia. step-sister cinderella tak suka dekat cinderella sebab cinderella tu menyusahkan dan menyemakkan dekat rumah diorang. step-sister jumpa dengan cinderella. cakap " kalau boleh, kau tak payah la duduk lama2 dekat rumah ni sebab rumah ni tak la besar sangat. apa kata kalau besok kau pergi cari kerja. dah cukup duit, kau cari rumah lain. bila dah jumpa, kau boleh duduk dekat rumah kau sendiri.". seminggu kemudian, cinderella pindah rumah. dan step-family cinderella hidup dengan aman. sebulan kemuadian, cinderella kawen dengan prince, jadi kaya, duduk istana, dia ajak step-family dia tinggal sekali dekat istana. hidup bahagia sejahtera. ha.ha.... jadi lain kan? sebab tu orang selalu kata
fikir dulu sebelum bertindak...
sebelum buat apa2, fikir dulu baik buruknya. bukan fikir apa baik buruk yang kau dapat je, fikir sekali apa baik buruk yang akan jadi pada siapa2 yang terlibat dan orang2 di sekeliling kau. then, baru bertindak.

kalau semua orang try to be nice, semua orang boleh jadi kawan. semua orang tak gaduh2. tapi. biasalah... semua orang tak terlepas dari melakukan kesalahan. dan kau, apa salahnya kalau sentiasa berbaik sangka.  tu pun kira try to be nice, kan?

Are we just dangling in the middle of a galaxy
Well i'm stoked on gravity
To be stuck with you like flowers on the dew drops
Now let it in my direction
My direction is up when everybody's down
cause i don't mind being anybody's clown
I love a little lift cause i'm an optimistic
dan bila aku, kau, kau dan kau try to be nice, maka dunia ini akan jadi indah~ ha.ha.ha. mungkin masalah tak dapat dielakkan. tapi sekurang2nya dapat di kurangkan. cukup2 lah dengan kesalahan2 dan masalah2 yang kau dah buat sebelum ni. sekarang, try to be nice.ok?^^

try to be nice.


may ALLAH bless :)

Saturday, 17 November 2012

rindu : i miss you

assalamualaikum...

nahhh...... i am back here in my bloggy.

almost one week aku tinggalkan rumah dan berada di cfs ni. (one week la sangattt~~) erm. dan kali ni ada satu perkataan yang boleh menggarambarkan apa yang aku rasa sekarang. rindu. rindu rumah, bilik, mama, abah, adik2 aku, ahhh.. rindu ahh segala2 yang ada dekat rumah tu! sampai terbawa2 dalam mimpi sekali! ok. mungkin aku homesick.



apa maksud rindu??

bila rindu, rasa macam nak dapatkan apa yang kita rindu.-aisyahamid
rindu I 1 (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dgn seseorang: Terlalu ~ baginda akan anakandanya. 2 = ~ dendam perasaan sangat cinta atau kasih kpd: ~nya terhadap gadis itu sudah lama terpendam dlm hatinya. merindu menjadi rindu; menanggung rindu. merindui berasa rindu akan: Dia ~ anak-anaknya di kampung. merindukan membangkitkan atau menimbulkan rasa rindu: Nyanyian yg merawankan dan ~ hati. kerinduan keinginan hendak berjumpa dgn orang yg dikasihi dll; rasa rindu. perindu 1 orang yg menanggung rindu. 2 sesuatu yg membangkitkan rasa rindu: buluh ~.

rindu I 1. ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dgn seseorang: ia selalu ~ akan pa­kaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi = ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan ~ men­curahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~ menaruh cinta kasih; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. ber­nyanyi-nyanyi kerana rindu, ber­senandung kerana rindu; merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau men­dapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; rindu-merindui saling berasa rindu: tentu­nya mereka ~ ketika berjauhan; merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nya­nyi­­an yg merawankan dan ~ hati; 2. me­naruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, ke­inginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata ber­ten­tangan; perindu orang yg menanggung rindu.
sr:pusat rujukan persuratan melayu


ok. mostly dekat sini menyatakan maksud rindu tu ialah satu perasaan bila kita nak sangat bertemu dengan sesuatu atau seseorang sebab sayang atau sebab2 lain. alahh...kau pun mesti tau kan macam mana rasa nya? jadi, faham2 sendiri lahh..hihi




so, bila rindu, apa kau buat? erm. kalau aku, bila aku rindu kat somebody tu, aku call je dia... semua orang ada handphone sekarang... apa nak kacau. in case kalau kau rindu dekat kanak2 yang mesih belum mempunyai handphone sendiri, kau call lah rumah dia ke, handphone mak dia ke... lol. aku cakap macam ni sebab aku teringat bila aku rindu dekat adik2 aku dan adik2 sedara aku, aku kena call parents diorang sebab diorang belum ada handphone sendiri lagi. lepas tu, kalau cakap lama2, parents nya mesti marah sebab takut bateri handphone nya habis...lol. 

telephone2 ni satu option yang selalu aku pilih. tapi facebook, skype, (dll) pun boleh. still, boleh je borak2. malah, free lagi! cuma ada tak ada internet je...  


nahh... hari tu aku ada jumpa dekat facebook, doa nabi yusuf. doa ni dibaca bila kita rindu someone.


" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "
sweet kan doa ni?! hurm. tapi ramai la yang dok pulun nak baca doa ni bila rindu dekat boypren, boboy , dan abe masing2. lol. minta ampun dan maaf kalau ada yang terasa. aku tak halang untuk kau melakukan sedemikian. ok je. sweet gitu. cuma nya aku nak kata kenapa dengan boypren, boboy , dan abe tu kemain lagi doa2. tapi dekat parents macam tak terfikir pun nak doa2 macam tu. lagi sweet apa... bila rindu dekat mama, umi, mummy, ibu, mak, bonda, korang baca doa nabi yusuf ni... lepas tu tambah2 la sikit doa2 lain untuk diorang. doa untuk ibu bapa contohnya. siap boleh dapat pahala extra lagi. kan3?




kadang2 kita lupa dan tak sedar yang kita rindukan parents dan family kita sebab sibuk sangat nak rindu dekat orang lain. sedangkan yang selalu bersama2 kita dan yang mencurahkan kasih sayang sejak kita kecil lagi ialah mereka. tapi, aku rasa kalau dah rindu dekat parents tu, luahkan aje lah... cakap je yang kau rindu dekat mak kau. tak dosa pun. mungkin ada parents yang touched. dan ada pula yang bila anak cakap macam tu, dia jawab 'apa kena dengan kau ni?'. well, hati mak tu lembut. mulut je cakap macam tu. tapi dalam hati dah ada taman. so, why not bila kau rindu dekat mak kau, just go pick up your phone, or else and say 'mom, i miss you, lahhhh...' i miss you, ialah three words means a lot untuk aku.

mama, i miss you!


wassalam.k.bye!


Friday, 9 November 2012

kawan dan sahabat

assalamualaikum

hah! aku dekat sini lagi hari ni. mungkin untuk kali terakhir sebelum aku start balik study untuk sem2 minggu depan. semalam. ada 'somebody' bagi aku suggestion untuk tajuk hari ni. setelah aku cari sana-sini, aku rasa idea aku dah cukup untuk tulis pasal ni.

kawan dan sahabat. bezanya.

berdasarkan pusat rujukan persuratan melayu:
sahabat : 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~;

tapi bila akusearch pasal kawan, x jumpa pulak apa yang aku nak cari. jadi, aku minta pendapat beberapa orang member aku tentang beza antara kawan dan sahabat. macam2 definisi dan pendapat. 
kawan tyme happy snang dpt

sahabat tyme sedih selalu ada

hahaha-along
kwn tu ~ bg aq la ..
erm .. sumone yg kite knl nme ,,, knl tego ble kite jmpe ??
tp shbt ....
sumone yg boley smbong nyanyian hati kite ble kite lpe lirik die ..-tikah
.bg aku kawan ni , semua org kawn means xde limit..but sahabat ni up sikit..always there when we need them xkire susah or sng..kawan sng nak cari..buat sahabat payah.. n yg pasti sahabat akn sntisa bimbing till jannah..=) hoohh-izzah
dan ada pula yang macam ni pendapat dia:

kawan ngan sahabat nie same jer-cimci
ok. tu pendapat orang la kan. pendapat tak semestinya betul dan tak semestinya salah. bagi aku sendiri, kawan dan sahabat ni ada persamaan dan perbezaannya. persamaannya, dua2 kenal kau, dan kau pun kenal dia. dan perbezaannya sangat lah banyak.mengikut otak dan pemikiran aku, kawan ni, macam yang  di mention kan di atas, orang yang kita kenal nama, rupa dan muka dia. kenal nama tak semestinya kita kenal hati, perangai dan pemikiran dia kan? dan kawan tu juga sinonim dengan orang yang bersama kita bila kita suka dan gembira. tapi bukan dia yang kita cari bila kita sedih dan duka. bila kau sembang dengan dia just say salam, hi, tanya2 sikit dan end. 

sahabat pulak. insan yang kenal, tahu, faham kau dari segi luar dan dalam. maksud aku dia kenal nama, muka, rupa kau dan dia juga kenal, tahu, faham perangai, kerenah, pemikiran kau. dia terima kau sebagai insan yang dekat dan hampir dengan hati kau. sampai boleh kata macam air kalau dicincang takkan putus. macam adik beradik. kalau ikut kata orang dulu2, sahabat ni orang yang selalu dekat dengan kau. yang dekat mana kau ada, dekat situ juga dia mesti ada. tapi dengan kemodenan yang kian meningkat tanpa titik henti sekarang ni, walaupun kau jauh dengan dia, tapi dia lah orang yang kau selalu contact x kira suka atau duka. ada je benda kau nak story. kau nak dia tahu. dan macam tu juga dia. bila keburukan kau dia simpan, kebaikan kau dia hebahkan, kisah hati kau dia boleh baca, bila kau susah, dia akan usahakan supaya dia boleh tolong kau, dan , bila dia tak ada, kau akan rasa sangat2 ketiadaan dia tu. kau akan rasa...rindu.maybe? then, dia adalah insan yang lebih bermakna dari seorang kawan biasa.





kalau kita tengok kisah sahabat2 nabi muhammad s.a.w. saydina abu bakr tak kisah kalau dia kena patuk dengan ular demi rasulullah, saydina ali sanggup tidur di katil rasulullah sedangkan dia tahu rumah tu dah dikelilingi manusia yang sangat bencikan rasulullah.lagi kisah saydina abu bakr mengorbankan hartanya yang bukan sedikit untuk membantu jalan dakwah rasulullah. saydina umar pulak dulu punya pandang rasulullah dengan benci akhirnya dia yang melindungi rasulullah walau dia tahu nyawa dia boleh melayang macam tu je. banyak sangat la weyh kalau aku nak cerita dekat sini pasal kisah sahabat2 rasulullah. kalau kau nak tahu lagi, boleh google atau cari mana2 buku yang berkenaan. dan itu semua kisah persahabatan yang boleh bawa ke syurga.

but the main point aku nak cakap dari cerita2 di atas, sahabat tu, kalau dia buat apa2, semua nya ikhlas. dia butakan saja apa2 yang buruk yang akan menimpa, dia tak minta apa2 balasan untuk kebaikan yang dia buat untuk kau. walau pun dia tahu dia perlu berkorban. besar makna sahabat ni. manusia yang mendekatkan kita pada DIA. yang ingatkan kita pada DIA bila kita lupa dan bawa kita kembali pada jalan DIA bila kita tersilap jalan. dan yang bila dia nak bantu kau, dia tak rasa ianya sebagai satu beban atau sesuatu yang menyusahkan. tapi tak semua sahabat tu asalnya memang baik macam malaikat. ada je yang sahabat dia bukan asal dari golongan yang kuat pegangan agama dalam jiwa. tapi dia tak pangkah kau bila kau ingatkan dan nasihatkan dia. dan mungkin juga, dia support kau untuk teruskan jalan dakwah kau. kan? but in the end, kalau salah seorang baik, yang lagi seorang tu mesti baik jugak kan. sebab tu, orang tua2 selalu pesan kena bijak pilih kawan. mungkin 'kawan' yang dimaksudkan dekat sini ialah sahabat. sebab kalau sahabat kau jual minyak wangi, kau pun akan dapat wanginya. tapi kalau kau bersahabat dengan tukang besi, kau pun dapat lah bau besinya. aku tak kata orang yang jual minyak wangi tu semestinya baik dan orang yang kerja tukang besi tu seharusnya tidak baik. tapi sahabat tu kan cermin pada diri kita. kalau kau bersahabat dengan orang2 yang baik, insyaAllah kau pun akan jadi baik dan begitu juga sebaliknya.

dalam erti kata lain, kawan tu cuma kawan. orang yang kau sekadar kenal macam gitu2 je. kawan tak boleh jadi sahabat. tapi sahabat boleh jadi kawan. sahabat kadang2 macam adik, kadang2 macam kakak/abang, kadang2 macam cikgu/ustaz/ustazah. tapi sebenarnya, sahabat dan kawan ni ada definisi yang pelbagai lebih2 lagi dari pemikiran lelaki dan pemikiran perempuan. btw, apa2 yang aku tulis dekat sini, datang dari fikiran dan pemikiran aku. harap faham.

 TAK semua kawan boleh jadi RAKAN, 
TAK semua rakan boleh jadi TEMAN, 
     TAK semua teman boleh jadi SAHABAT, -babylove 






tapi. aku selalu jumpa soalan 'boleh ke laki dengan perempuan jadi sahabat?' bagi aku, untuk jadi kawan tu, boleh. tapi untuk jadi sahabat tu tak kot. sebab mesti akan timbul satu perasaan lain kalau laki dan perempuan ni jadi 'sahabat'. jadi, cepat2 lah elakkan kalau kau tak nak. ni, bagi aku la. tak tau la macam mana pula bagi orang lain. malas nak ulas lebih pasal soalan ni. 

that's all for now. k.bye. assalamualaikum